Dada Fizi berdegup kencang. Sejuk penghawa dingin tidak terasa. Peluh terasa menitik di dahi dalam bilik kecil itu.
Fizi duduk bersila di depan seseorang. Dari riak wajah lelaki dewasa itu Fizi meneka umurnya dalam lingkungan 40-an.
'hoi!! Ko menung apa Pg?' Fizi tersentak. Berdesing telinganya ditengking Abang Darul. Fizi tunduk kepala diam.
'Dah wudhu'?, tanya lelaki pertengahan umur di hadapannya perlahan. Fizi cuma menjawab dengan angguk kecil.
'Bagus,' lelaki itu turut mengangguk.
'Darul,' dia memaling wajah dan bertentang mata dengan Abang Darul.
'Sudah ayah,' jawab Abang Darul perlahan, tapi nadanya berbunyi tegas.
'Baiklah, kita mula sekarang,' Fizi menegakkan kepala dan duduk tegak. Lelaki pertengahan umur itu menghulur senaskhah Al-Quran. Fizi sambut dengan cermat.
Dia bertentang mata dengan lelaki dewasa itu sebaik sahaja memegang naskhah Al-Quran. Dia cuba mengingati semua peraturan yang diterangkan Abang Darul sebelum dia masuk ke bilik kecil itu.
'Tahu mengucap?' tanya lelaki berserban dan berjubah putih itu.
'Tahu ayah,' ...
***
0 komen:
Catat Ulasan