Khamis, 9 Jun 2011

Minum.

Gua minum air di satu gerai kanopi. Air teh cawan.

Masa tu gua minum sorang sambil usha makwe-makwe, lalu lalang.

Gua pasang rokok, kemudian tarik ashtray kasi dekat.

Gua hisap sambil usha makwe.

Tap.

Gua renjis habuk rokok dalam ashtray.

Tiba-tiba hati gua rasa tak sedap. Rasa lain macam. Gua rilek dulu pandang makwe, gua tengok meja.

'makcik, teh lagi satu,' jerit gua tak berapa kuat sambil tengok teh dalam cawan yang baru gua minum dua hirup dengan perasaan hiba.

7 komen:

bujal X berkata... [Reply]

khabarnya teh tarik campur habuk rokok amat banyak khasiat~

Unknown berkata... [Reply]

bujal,
cis. Tak sanggup la nak telan. Haha

bact. berkata... [Reply]

isap asap
minum abu..

okay la tu..

dill berkata... [Reply]

teh campo nikotin. fuh :)

dill.

Unknown berkata... [Reply]

bact,
haha. Bagus. Serdak teh boleh lagi kalau tak sengaja. Ini habuk rokok.

Dill,
mane ada nikotin dah habuk rokok.

Siti Nur Aminah berkata... [Reply]

minum lagi patutnya,,,nice kan

Unknown berkata... [Reply]

Siti,
haha. Cantik juga tu..