Gua memang sibuk betul. Dari malam tadi.
Tolong cuci daging. Cuci ayam. Belah kelapa. Mesin kelapa. Masak gulai kawah gua tak reti. Gaul gulai gua reti. Itu pun daging tak tau pergi mana, tinggal tulang.
Subuh masuk, gua tidur atas meja makan bawah kanopi. Budak-budak kampung gua yang lain pun sama. Bergilir jaga gulai dalam kawah takut kena sabotaj. Setakat ayam rempah tu gua ada juga sabotaj dua tiga ketul.
Kopi tak payah kira. Air ketum entah berapa cerek masak. Berborak lepas ke cerita tadika-tadika curi anak ayam serama sorok dalam poket.
Orang tua memang serender awal lagi, yang tinggal cuma incas gulai.
Gua bangun pagi dah cerah. Balik mandi, datang semula kenduri. Terus masuk port basuh pinggan. Main sabun sampai kecut jari.
Sekarang gua nak pekena suria sebatang sambil tulis blog. Kalau ada orang suruh pergi angkat pinggan gua tak segan silu nak baling tulang lembu.
Seronok gotong royong kenduri. Gua je asik tolong orang kenduri, orang entah bila nak tolong gua kenduri.
Awak, jom nikah!
2 komen:
skarang ni orang upah katering je kan. gotong-royong mcm ni payah nak dapat. kemungkinan kat kampung2 masih ada lagi
dill.
tu nasib baik kenduri nikah kau nk nikah
kalo kau tolong kenduri arwah
mau kau nak arwah?
Catat Ulasan