Isnin, 20 Jun 2011

Review buku : Majalah Rokes

Saya baca buku macam makan nasi. Makan kemudian berak. Buku, baca kemudian hisap rokok dan minum nescafe o ais mamak yang tak berkhasiat tu. Hei! Kamu tak geli ke tengok setting tempat mamak tu bancuh air?

Ok. Berbalik kepada tajuk. Saya baru habis baca buku Majalah Rokes, terbitan... Terbitan... Mende entah. Karangkraf kot. Ketua pengarangnya adalah Jef Bahari (http://jefbahari.blogspot.com). Abang Jef bila nak sambung cerita pengembaraan tu? Penulis lain banyak. Saya malas nak menaip.

Rokes, tajuknya. Jangan buang masa cari makna perkataan ni dalam kamus dewan. Kamu tak akan jumpa. Rokes ini pada pendapat saya mungkin dari perkataan babi. Pendapat saya.

Membelek isi Rokes adalah sama macam belek Majalah Mangga. Stim.

Dalamnya ada isi iaitu perkataan dan gambar. Pada saya susun letak artikelnya tak ubah macam fanzine fotokopi. Sama saja. Cuma bezanya, majalah ini dicetak dengan bergaya macam majalah hiburan di kedai buku mamak.

Isinya... Susah nak cakap. Senang cerita macam ni, semua benda dalam majalah ini menghasut dan mengajar kamu-kamu untuk jadi Rokes yang handal.

Yakni, sembang cara rokes, makan cara rokes, tidur cara rokes, main cara rokes, kerja cara rokes, melayani kehendak ibu yang rokes, minum teh gaya rokes dan serba serbi hidup kamu dengan cara yang rokes. Masuk pengakap dan main kereta kecik contohnya. Oh ya, letak kotak pensil dalam poket belakang semasa ingin ke makmal sains juga ciri-ciri seorang rokes sebenarnya.

Setelah selesai membaca majalah ini, saya bersetujulah dengan pendapat ketua pengarang bahawasanya, siapa-siapa pun ada rock masing-masing dalam diri mereka tak kira la samaada ustaz ke, askar ke, cikgu tadika, makcik makcik, tukang gunting rambut, kerani sekolah, tukang masak, ejen insurans dan sebagainya dan pemuzik rock pun kadang-kadang tak rock.

Sekian.

*update

oh ya, hampir saya terlupa. Untuk jalan yang benar membeli majalah belia yang sangat membina jatidiri ini bolehlah ke laman blog,

http://rokeszine.blogspot.com

6 komen:

Ceiler Mun berkata... [Reply]

review majalah la pulak aok ni.. hahaha!!~

saya rokes.. huhuuu ^^

Unknown berkata... [Reply]

hehe. Majalah power memang patut kongsi-kongsi.

Majalah remaja tu je yang tak patut jual. Ada ke ajar belia-belia tunjuk tetek

Anyyss Shuhaimi berkata... [Reply]

suka layan dewan masyarakat..dah lama tak baca..huhu

Unknown berkata... [Reply]

anis,

ah sudah. Lepas ke dewan masyarakat pulak dah.

. berkata... [Reply]

pergi klab sabtu.
tak siap lagi.

Unknown berkata... [Reply]

nizamsani,
peh. Nota kecil kamu comel. Haha.