Sabtu, 25 Jun 2011

Cinta di hati Jamil

Sebaik sudah makan nasi, tak dan basuh tangan Jamil shot air neskepi o ais sampai setengah. Kemudian pasang rokok.

Makwe dia di sebelah meratah ikan kembung bakar yang tinggal isi sikit-sikit di celah tulang.

Ngam-ngam Jamil habis rokok, makwe dia habis ratah ikan.

Makwe Jamil pergi basuh tangan. Pasang lagi sebatang rokok.

Makwe Jamil pandang saja kelaku Jamil.

Jamil buat tak tahu.

"Awak merokok serupa orang dah 5 bulan tak merokok," rungut makwe Jamil.

Jamil pandang muka makwenya.

"Hei, awak ni kenapa," keras juga suara Jamil membalas cakap makwenya.

"Betul la kan," kata makwe Jamil.

"Kalau 5 bulan saya tak merokok, maknanya saya dah mati....."

Jamil... Jamil... Taksub benar dia dengan rokok.

5 komen:

bact. berkata... [Reply]

Ini macam cerita benar dari Jamil member gua ja

kahkahkah

Bella Bell berkata... [Reply]

aok merokok tak mat? hahhaha!!~

zarazueyin berkata... [Reply]

lelaki dgn rokok umpama pmpuan dgn mekap....eh...betul ke? hehe

Mat berkata... [Reply]

bact,
peh. ade cerita betul ke nih. haha.

Bella,
haha. renung2kan dan selamat beramal..

zarazueyin,
lebih lagi. Macam oksigen. :)

dill berkata... [Reply]

asap rokok dah mcm oksigen ye?

dill.