Sabtu, 4 Jun 2011

dulu gua pernah cuba tulis karangan sedap.

gua letak tajuk dia -

TOKAN

SPM tinggal lagi dua minggu. Ah! Bosan. Sangat bosan. Memang aku nanti-nanti saat sampai waktu peperiksaan besar itu. Tak sabar aku nak tinggalkan sekolah beserta uniform
putih hijau ini. Kemudian aku bebas. Siapa lagi yang mampu menghalang aku. Keluarga? Aku sayangkan mama. Tapi aku perlu keluar dari kepompong ni.Aku tak mahu tinggal selamanya macam ni dengan mama.

Ayah? Hm. Sudah lama dia tinggalkan aku dengan mama. Entah kemana hala. Tak silap aku dari aku darjah lima ayah menghilangkan diri. Dari apa yang aku dengar cakap-cakap saudara
mara, mama digantung tak bertali. Aku benci ayah. Mama ditinggalkan tanpa lafaz cerai. Tapi aku hairan, kenapa mama tidak memohon cerai di mahkamah. Sudah lama aku terfikirkan perkara
itu. Tapi tak pula aku suakan pertanya kepada
mama.

nak sambungan? Baca sendiri dekat http://noveltokan.blogspot.com

baru tiga bab gua dah malas tulis, pasal gua rasa tak sedap.

1 komen:

Anyyss Shuhaimi berkata... [Reply]

takpe bro..boleh blaja lagi. :)