Rabu, 26 Oktober 2011

Nadia

Si gadis rambut lurus, ada highlight unggu sikit-sikit. Cantik.

***

Bunyi bingit berdentum dari kotak speaker yang entah volume berapa kutu yang bertugas sebagai pemain lagu itu pasang membuat dada senak.

Orang dalam tempat ini macam pekak semuanya. Bunyi macam itu, orang pekak pun boleh dengar semula kalau dengar.

Badan Nadia bergoyang-goyang menyikut rentak lagu. Bontot mantapnya sengaja digesel-gesel pada badan seorang kutu yang memeluknya dari belakang.

Rambut lurus Nadia berombak mengikut kepala yang dia hayun. Matanya terpejam kejap. Pinggangnya meliuk lentok.
Gadis dalam gelap.

Sesekali cahaya lampu laser warna-warni menyuluh aksi meliuk lentok Nadia dengan kutu yang memeluk pinggangnya.


***

Nadia.

Dengan top tank paras pusat hijau muda.

Dengan jeans pendek ketat paras peha.

Dengan kepala dipenuhi khayal beer dan serbuk kokain.

Dengan mata-mata jalang jantan yang tak berkedip memerhati.

***

2 komen:

Abang Zam berkata... [Reply]

niceeeeee

Mat berkata... [Reply]

tenkiyu brader. :) ngeee...