Khamis, 30 Jun 2011

Bara jadi api (dedikasi buat Pak Samad)

Semalam,
Lena aku jaga ditiup bahang,
Setitik bara mencubit,
Menghalau selimut dingin,
Mimpi indah merdeka,
Dan igau aman kemajuan.

Ya,
Lena diulit ketuanan bangsa,
Kenyang disuap kemajuan negara,
Hingga lena bersama igau dan mimpi. (Lalu
mereka ketawa).

Bara itu hangat,
Meniup dingin malam,
Membangkit aku dari lena.

Dedikasi. Semalam,
A. Samad Said menyala unggun bersih,
(serangkap puisi untuk rakyat Malaysia),
Terasa hangat bahang maraknya.

Raja Fiqri Fauwaz

1 komen: