Ahad, 29 Mei 2011

wang

'makin besar periuk, makin banyak nasi' - brader-brader

10 cents

'Abang, moh keluo ngeteh...'

'ah, tak daye dah koi... Bawok tido je la..'

'lapo..'

'aok pegi la sorang..'

'moh le teman...'

'ah ye, gaye anok dare pulok dah...'

'dok, gaji koi selase ni,'

'gampang, cakak la terus terang!'

Abang hulur 10sen, terus gua pecut rempit ke mamak membeli rezeki. Er.. 10sen besor la....

Ayu

Satu petang sabtu, gua lepak ada port beger dekat bandar. Situ memang port cun-cun cuci mata kata budak-budak muda ni.

Gua dengan kawan-kawan port satu meja belakang sikit. Tapi view cantik la.

'peh, tu lu tengok makwe baju pepel... Tudung hitam...' Sorang kawan gua start sesi.

Masing-masing berkalih pandang. Tak bekelip biji mata.

'cun, kalau gua dapat memang tak tido malam..' kata kutu A.

'ini senang, lu nak tengok gua ayat ke.?' kata kutu B.

'lu jangan nak sembang, trai tengok,' kata gua.

Tengah syok bersembang, makwe yang jadi isu tu perasan ke kitorang tengah tengok dia.

'wei, dia pandang.. Dia pandang..' kutu A buat-buat main henpon. Kutu B gigit straw. Gua pasang rokok.

'dah, dah.. Dia dah blah, tu ha...' kata gua.

'peh... Jubo... Dan dan jadi mak itik.. Tadi molek ngat jalannya...' komen kutu A.

'peh... Dan dan.. Tau ada orang usha dia kontrol pulak jalan...' sambung kutu B.

Gua steady, 'tak konsisten... Starting dah ok, masuk finishing.. Hancur...'

kah kah kah...

'bang, agak-agak sapa menang? Menu ke barselona...'

'entohle, abang kalau pekena kopi radik tahan le juge... Kalau stendet-stendet memang 15 minit selesai..'

***

'abang ni lepak mapley bawak ke pagi ni, orang rumah tak bising?'

'nak bising mendenye, tu ha tengah buat air tu...'

***

'kemain bersorok tebalik-tebalik meje, abang minat betei ke bolo ni yak...'

'mau dok bersorok, 50 hengget segol..'

***

Sabtu, 28 Mei 2011

semangat perjuangan harmoni

'perjalanan kita cantik,'

gua angguk.

'kita ada sebab cantik untuk persatuan... Tengok kaum cina, diorang tak bergerak sorang.. Semua berkumpulan, dalam persatuan..'

gua angguk lagi.

'jadi kita bergerak macam itu lah... Untuk ekonomi, bangsa, agama, dan negara...'

gua angguk...

'mula-mula kita cantikkan agama.. Lepas tu kita satukan bangsa.. Bila dah bersatu senang kita nak target ekonomi.. Kemudian kita bergerak ke mende lebih besar, kemajuan negara...'

gua angguk saja...

***

setahun berlalu.

Budak-budak makin slow. Meeting mula-mula seminggu sekali dah jadi 3 bulan sekali. Tu pun 3,4 orang kutu-kutu yang memang rapat.

Kabur.

Sukahati

Tadi gua makan dengan makwe gua. Gua tak tangkap gambar makanan. Baik gua tangkap gambar pemandangan.

Sudah makan gua hantar makwe gua balik rumah dia.

Gua balik rumah gua. Gua berak, sambil hisap rokok. Kemudian gua pasang tv. Memula gua tengok tv, 5 minit lepas tu tv keluar pergi minum teh. Gua tidur.

Apa masalahnya gua tulis cerita macam ni?

Kah kah kah!

Maaf

Kali ni gua jujur. Gua betul-betul jadi gua. Walaupun poyo tu dengan gua bukannya orang lain, tapi kali ini gua tak poyo. Ini betul gua.
*ok, gua poyo pasal pos this faking entri pada gua, tapi entri ni akan jadi cerita gua nak cerita dekat anak-anak masa tengah pandu kereta nak pergi holiday nanti. Ok, gua suruh anak gua baca. Haha.

***

Hari ni dah 28, semalam 27. Bby tak lupa. Betul. Memang bby nak wish, sms, mms, video call, dengan wall fesbuk masa tepat jam 12. Tapi bby fikir balik.

Apa kelainannya? Apa istimewanya hari lahir cyg ke 19 ni kalau bby buat macam biasa, macam tahun lepas, tahun sudah.

Jadi, bby buat ini jadi istimewa. Bby hadiahkan cyg 'pengalaman' menarik. Tak semua gadis dapat. Mungkin cyg satunya. gadis lain mungkin dapat hadiah lebih istimewa, pecah dara atau first kiss contohnya.

Cyg genap 19 tahun, tanpa ucapan sms, tanpa panggilan percuma, tanpa panggilan video dengan seorang kekasih. Juga tiada tengok wayang, atau mekdi atau kepsi atau kek. Pendek kata tak wujud bby untuk cyg hari ini.

Pada cyg, hari lahir kali ini mungkin paling bosan, menyampah, sakit hati, gampang dan sedikit sumpah seranah. Oh, tadi up status fesbuk ajak cik gi cari pakwe lain kan?

Tapi, nanti kalau panjang jodoh kita, kita ada sesuatu buat berborak. Pada ulangtahun pernikahan ke-19 mungkin,
kita berborak masa tunggu jam cukup 12 pagi di meja satu sudut suram dengan cahaya lilin di kedai makan hotel sebuah pulau,
"cyg ingat lagi tak masa besday cyg 19 tahun dulu..."
"ingat la, besday paling tak best! bby langsung tak wish, tak msg, tak call siap tutup henpon..." "ada entri blog lagi..." kemudian cyg buat bibir muncung.
"besday lain best ke?"
"best la, lepak, enjoy, teman cyg..."
"tiap-tiap tahun, sampai tua, sampai anak dua sambut macam tu kan?" bby cubit muncung cyg. Cyg senyum.
Baru nak cemolot, waiter datang pasang lilin yang gua tiup...

Ini maksud bby. Istimewa. Luar biasa. Kenangan paling diingati dan sejarah cyg.

Ye la, cukup bulan bby beli la bear tu. Sekarang hujung bulan. Parak. Gaji 31.

Ok? Senyum sikit cyg. Besday girl takmo monyok-monyok.

Mmmmuuuuaaaahhhhh...

***

Amacam?
Power tak ayat gua nak pujuk ni?
Agak-agak boleh makan tak?

Jadi lelaki

Leceh juga jadi lelaki perokok ni.

Asal lepas makan nasi banyak benda gua kena buat.

Basuh tangan. Tapi gua rancang dulu awal-awal sebelum makan, kalau gua rasa malas basuh tangan gua guna sudu.

Minum air. Kadang-kadang kalau tak ada air, gua tak minum air.

Hisap rokok. Ni jarang-jarang gua tak buat. Step ni mesti gua tak malas. Kalau tak ada air gua akan terus ke step hisap rokok. Kalau gua tak ada rokok, gua akan usaha cari rokok.

Gua dah kata. Leceh nak makan nasi ni, banyak hal. Tu belum kira makan nasi yang sendiri masak. Lagi banyak hal.

Gua ingat nak makan roti sajalah lepas ni.

Jef... Jef...

Jumaat, 27 Mei 2011

Bahaya

Cis.

Gua tak boleh berterusan macam ini. Ini bahaya dan tak boleh jadi.

Blog ini sudah makin banyak nama perempuan dan perkara-perkara taman

Sudah jadi macam lagu artis rock musim Rahsia Pohon Cemara.

Gua kena kembali ke pangkal jalan,

'bang, tumpang tanya, u-turn paling dekat dari sini ada tak?'

Jef... Jef... Kakakaka

kepada GADIS-GADIS,

Jika kamu ada seorang jejaka suka berpuisi di tepi longkang,

sabarlah...

Jika kamu ada seorang jejaka senyum seorang tika membaca,

sabarlah...

Jika kamu ada seorang jejaka yang jadikan minum teh itu macam tengok tv,

sabarlah...

Jika kamu ada seorang jejaka yang gemar berborak seperti kamu tiada,

sabarlah...

Sesungguhnya kamu gadis kuat yang dianugerahi kesabaran tahap tinggi, jejaka kamu sayang amat pada kamu. Kamu pasti sedar ada waktunya kan.



SELAMAT HARI LAHIR SAYANG. AKU SAYANG KAMU. BETAPA! *bayangkan, aku berdiri di puncak bukit atas awan, angin tiup rambut kerinting berekor, di poket belakang ada sikat, sambil membaca puisi.

Aisyah

Aisyah.

Perawan desa.

Baru kenal kota yang tidak pernah tidur.

Aisyah, di kota ini untuk kejayaan, buah tangan buat orang di desa.

***

Aisyah terpegun melihat pelbagai peralatan canggih milik Yana, teman sebiliknya.

Barang itu kalau di campur harganya mencecah belasan ribu ringgit.

'Kau nak?' tanya Yana.

Kalau diikutkan memanglah Aisyah mahu. Tapi...

Aisyah cuma membalas dengan senyuman.

'Nak la tu... Kan?' sambung Yana, 'aku nak keluar, tolong tengok barang aku.'

***

Sudah tiga malam Yana tidak pulang ke bilik. Jika dia belum pulang, Aisyah mahu buat laporan pada pihak hostel.

Akhbar Kosmo diambil dari sudut bacaan tadi, Aisyah campak di atas katil.

Terpampang di muka surat depan tajuk utama, 'LAGI KELDAI DADAH GADIS TEMPATAN DITAHAN'.

Aisyah ambil suratkhabar lalu campak ke meja baca, kemudian berbaring.

'ngantuk pulak, karang la aku baca paper...' Aisyah bermonolog.

Khamis, 26 Mei 2011

Mama

'along... along... Tolong mama jap,' suara mama menjerit.

Along tengah syok layan naruto buat endah tak endah mama panggil.

'along!!' mama menjerit lagi.

'jap!!' lagi kuat suara along.

Pap!! Sssstt... Tv terpadam sendiri.

Peh...

Gadis dalam gelap

ah.

Celaka apa gadis sudah buat pada aku.

Nadia.

Nadia.

Bukan cantik mana pun dia dan dia cuma gadis pelayan kelab malam.

Bertubuh montok dengan pakaian minimal.

Gadis kelab malam.

Gadis kelab malam.

Harinya cuma dengan arak, lampu kelip-kelip dan jantan hidung belang.

Tapi aku.

Nadia.

Nadia.

Fak!

***

Aku duduk lagi di meja sudut gelap.

Seorang. Sebotol beer dan sekotak rokok.

Nadia. Bertubuh montok dan pakaian minimal. Erotiknya, disimbah lampu kelip-kelib warna warni, dengan bunyi bingit.

Aku perhati Nadia dari sudut gelap. Perhati dia melayan sang hidung belang tua.

Kemudian, tubuh Nadia sudah dalam dakap nafsu sang hidung belang tua.

Aku? Cuma pelanggan di satu sudut gelap sini, dengan sebotol beer dan sekotak rokok.

Dakap nafsu sang hidung belang tua tak mampu aku halang.


p/s:cerita ini hanya rekaan dan imaginasi penulis semata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah mati. Masak gua kalau makwe gua baca ni.

Nadia

Si gadis baring berbantal dada aku.

Aku usap rambut si gadis.

Nadia.

Dia diam di dada aku.

'Nadia,' kata aku.

'hm...' jawabnya.

***

'cuba teka umur Nadia berapa?'

'entah,' aku angkat bahu, 'berapa?'

Nadia senyum.

'18,' aku terkedu.

'iye? Tengok ic boleh,' Nadia menyelongkar beg tangannya. Kemudian hulur pada aku.

Sekali lagi aku terkedu.

Nadia, gadis dalam gelap. Entah berapa ramai bangsa aku seperti Nadia.

Lalu aku ini apa? Pelindung? Fak!

Rabu, 25 Mei 2011

Gelap

Aku, manusia yang pernah hidup dalam gelap.

Gelap yang manusia sifatkan dingin, dosa, erotik, syaitan, sunyi... Kadang-kadang indah.

Aku sifatkan gelap itu nikmat dan kotor. Ada manusia yang takut dengan gelap.

***

Nadia.

Gadis erotik yang meliuk lentok dalam gelap berhias lampu kelip-kelip merah, biru, hijau.

Tubuh erotiknya meneman tubuh jantan syaitan dengan nafsu di dalam dompet.

Nafsu di dalam dompet.

Nadia.

Aku. Masih terbayang tubuhnya di pembaringan. Dengan pakaian minimal yang mengundang nafsu dan syaitan bersatu dalam tubuh.

Nadia. Wajahnya, meminta kenikmatan. Bukan jalang perempuan-perempuan jalanan mencari rezeki bermodalkan tubuh dan pelir-pelir gila nafsu. Dia cuma mahu kenikmatan.

Nadia.

Aku rindu gadis-gadis kamu.

Meliuk lentok di lantai dansa. Di tubuh jantan syaitan dengan nafsu di dalam dompet.

Dan kau pilih aku, jantan seorang di meja sudut gelap dengan sebotol beer dan sekotak rokok.

Dalam gelap. Hitam. Kelabu.

Selasa, 24 Mei 2011

Nikah Kahwin

Leman bukan tak mahu kahwin. Nak sangat. Nak sangat-sangat. Piah pun sudah bising. Hari-hari tanya bila mahu hantar rombongan. Leman nak buat macam mana? Leman nak jawab apa? Sudahnya Leman diam.

'Ni agak-agak kalau Abg Leman hantar minang ni, berapa nak letak?' Leman tanya Piah satu hari. Entah benda apa yang merasuk sampai geli sangat lidah dia nak bertanya.

'Mak cakap RM10k tak jatuh, mak cakap Piah ada ijazah, Piah pandai masak, Piah itu, Piah ini....'

Leman diam, telan air liur kering.

***

Nak nikahkan anak ke nak jual anak. Gua tahu gua orang biasa-biasa. Gua tahu, itu modus operandi nak tolak gua. Masalahnya, Piah yang nak dekat gua. Gua... Nak juga dekat Piah.

Kenduri kahwin, barang mahal. Hantaran lagi. Bersanding. Kain baju.

Masak!

Gua nak pergi kursus nikah pun sangkut-sangkut lagi modal ni.

***

Mat.

Gua tak ada masalah dengan adat. Gua tak ada masalah nak pegang peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat'. Gua tak mahu debat masalah-masalah peribahasa lapuk ni.

Gua melayu urban yang pop. Tapi gua tak suka sangat tapak sulaiman.

Tapi masalah adat nikah kahwin ni pada gua dah jadi macam beban. Beban pada lelaki orang kebanyakan macam gua. Macam meniaga. Meniaga anak. Gua tak salahkan anak (makwe), kadang-kadang mak pak yang lagi beria dari anak. Anak dapat nikah dah lah.

Orang kaya-kaya pergi mampuslah dengan kaya diorang tu.

Jadi gua fikir, hal nikah kahwin ni hal agama. Adat resam kalau membawa ke dosa dah jadi haram. Islam tak susah. Rukun nikah tak susah. Cukup syarat boleh nikah. Kemudian, hal-hal adat yang jadi beban.
Sikit lagi nak membawa ke pembaziran. Membazir itu sahabat saitan. Membazir itu amalan orang kaya, umno serta mat rempit.

Kenduri yang berlebih-lebih dan membawa ke perasaan nak menunjuk-nunjuk tu dah jadi amalan melayu.

Islam itu mudah.
Jadi tak perlu nak susahkan rukun nikah dengan hal-hal kenduri tumbang 14 ekor lembu, kek 8 tingkat, joget lambak dan pesta bujang.

***

'payah ngat nak nikah moh kita kerja di kolumpo je la Abang Mail, orang kolumpo bukan ambik tahu sangat kita duduk serumah dah nikah ke belum...' Piah buka cadangan.

Mail senyum.
Setan senyum.

Gua mahu jadi rock 4

'rashidah uutamaaaa...' sayup-sayup suara tarik ala Awie kedengaran dari jauh.

Din Mayat dengan Mat tercongok-congok memandang ke tuan punya suara.

'tu dia...' Mat sengih. Dari jauh dia nampak seorang belia mengayuh basikal handel tinggi dengan sepit udang yang dimodified jadi panjang ala-ala moto chopper.

Rapi dah berenti tolak handel kayu. Bunyi tin susu berlaga dengan batu sudah tiada. Suasana hening menyambut Awie Kepak yang baru sampai mengayuh basikal choper.

Din dengan Mat diam.

'nyit.. Nyit.. Nyit...' bunyi dari kayuhan Awie Kepak makin jelas kedengaran.

Sampai di pangkin Awie sandar basikal pada pokok mempelam.

'gampang, cekodok dah habis..' carut Awie Kepak bila dilihatnya ada tapuwer kosong dengan mangkuk ada sambal tumis ikan bilis.

'ah, sampai-sampai mencarut mana nak murah rezeki..' balas Din Mayat, 'ce sampai tu bagi salam dulu..'

Awie tersengih-sengih mendengar ceramah pendek Din Mayat, lalu duduk atas pangkin juga.

'hmm.. Ada baiknya juga gua baling pelam ni, boleh makan cecah sambal tumis..' kata Awie sebaik duduk sambil menengok buah mempelam atas pokok.

'aok ni rasuk dek mende Awie,' balas Mat bila dia tengok mata Awie merah kuyu.

'he.he.he...' Awie ketawa macam membaca.

Mat dengan Din geleng kepala perlahan.

'ada lagi ke?' tanya mereka berdua serentak. Awie sengih bersahaja.


Bersambung...

Isnin, 23 Mei 2011

Cewah II - Penutup

Blog hilangpunca sudah tutup.

Untuk gua, hilangpunca adalah satu-satunya bahan bacaan yang mampu jadi sumber inspirasi gua. Tak keterlaluan rasanya kalau gua kata, hilangpunca tempat gua belajar apa itu 'prinsip'.

Mungkin pada Pipiyapong hilangpunca cuma tempat beliau berkarya, mungkin beliau tak sedar ada antara pembaca hilangpunca, hidup dan jadi orang kerana hilangpunca.

Mungkin, inilah jawapan teka-teki design kulit hilangpunca.

'kini semua orang pun mahu menulis macam Pipiyapong' adalah satu fenomena. Umpama Search dengan Isabella. Umpama Kurt Cobain dengan Grunge. Umpama Anwar Ibrahim dengan Reformasi.

Pipiyapong dengan hilangpunca adalah fenomena dunia penulisan blog.

Entri terakhir hilangpunca, 'scene burger yang pincang' gua kira hint untuk beliau bunuh hilangpunca. Apa pun alasan Pipiyapong tutup hilangpunca....

Ah, malaslah gua nak menaip panjang-panjang, sukahati dia la nak tutup ke nak apa.

Cewah - Siapalah gua nak rebiu buku seorang idola.



Blook Cewah, sebuah naskah terkini terbitan Sindiket Sol-jah karya Pipiyapong tuan punya blog hilangpunca sampai di alamat gua ahad lepas.

Gua sambut hulur brader posmen dengan wajah serius, sambil hisap suria. Brader posmen tak kata apa-apa. Paw rokok pun tidak.

Dengan rakus gua koyak sampul seraya senyum biasa-biasa, sebuah naskah bersaiz komik KAWAN yang lama masa gua darjah-darjah dan tebal lebih kurang majalah ujang bumper.

Grafik kulit naskah, seorang brader beriak serius berambut rokes sedang merokok dan memegang basikal tua di atas rel keretapi. Tak 'sampai' gua tafsirkan imej ini.

Membaca prakata tulisan jenderal sol-jah, pakcik sinaganaga kertas, gua dapat selami harapan pakcik ini terhadap sistem media cetak malaysia.

Membaca entri-entri terpilih dari blog hilangpunca, yang sudah gua baca entri dari post pertama, gua syak kebanyakkan menyindir sistem-sistem kerajaan Malaysia. Takde lawak yang boleh buat gua tergelak sampai menyembur air teh, tapi boleh buat gua senyum sorang-sorang. Gua dah syak awal-awal lagi, pasal pada kulit buku ada ayat 'tiba-tiba hari ni gua tak ada mood sangat nak bergurau'.

Sebagai contoh entri Tok Bilal yang menjual kuaci tikam yang pandai 'pancing' mini kompo, bagai menyindir secara sinis ulama-ulama politik yang gagal mengharamkan judi di Mesia.

Semua entri dalam cewah gua dah baca dalam blog. Kebanyakannya entri lama.

Pada penutup yang ada dua episod, bait kata 'gua ada prinsip hidup yang gua pegang, siapa-siapa pun tak boleh ubah' dengan padu menegaskan prinsip, pemikiran, tatacara dan ideologi penulis.

Keseluruhannya, pada gua, entri blog dan status fesbuk terpilih dicetak dalam Cewah umpama Pipiyapong menulis biodata penuh, lagi lengkap dari resume kerja cikgu, untuk nak takel sorang makwe fesbuk yang dia suka. FAH... FAH...

Oh ya, semua entri terpilih dalam Cewah dah tak de dalam hilangpunca. Entri semua stok rare-rare, sekadar menyebut beberapa tajuk - ke kedai bilal, klasik tali kasut, klasik cikgu tanya nak jadi apa, klasik puasa pertama, klasik zakat pertama.

Orait, gua nak update fesbuk pula. Akhir kata, 'jodoh pertemuan di tangan fesbuk. Kah kah kah!'

Ahad, 22 Mei 2011

Hak

"Maka (apakah)
barangkali kamu akan membunuh dirimu karena
bersedih hati sesudah mereka berpaling,
sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)" - Al-Kahfi ; 6
rujukan : http://id.m.wikipedia.org/wiki/Bunuh_diri

***

Ali termenung sambil mencangkung. Aluminium Foil yang dibentuk seperti sampan masih di tangan kirinya. Tangan kanannya memegang lighter. Di bibirnya segulung wang kertas RM1.

Ali bakar bahagian bawah sampan aluminium foil. Asap terkumpul padu di dalam sampan, terus disedutnya asap putih itu dengan wang kertas RM1 yang dijadikan straw.

Sssttt...

Ali letak peralatan tadi di meja kecil tempat letak radio.

Tap. Butang play ditekan.

I, I, I, I, I'm not your stepping stone
I, I, I, I, I'm not your stepping stone

You're trying to make your mark in society
Using all the tricks that you used on me
You're reading all those high fashion magazines
The clothes you're wearin' girl
are causing public scenes

Ali berdiri tegak menghayati lirik dan melodi la. Di tangan kanan memegang sepucuk pistol milik ayahnya, Dato' Maulana, ahli perniagaan dan ahli politik yang sedang meningkat naik.

Muncung pistol diacu di bawah dagu. Jari telunjuk sudah dipicu.

Klik.......

I said
I, I, I, I, I'm not your stepping stone
I, I, I, I, I'm not your stepping stone
Not your stepping stone
Not your stepping stone

When I first met you girl you didn't have no
shoes
Now you're walking 'round like you're front page
news
You've been awful careful 'bout the friends you
choose
But you won't find my name in your book of
Who's Who

Sid Vicious (RIP 1979) - Stepping Stone

hello

trutt.. Truut..

Mail raba poket yang terasa bergegar.

Dia perasaan ada makwe kiri kanan pandang ke dia bila henpon berbunyi. Itu perkara biasa. Mail dah lali.

Henpon hampir sebesar tapak tangan Mail tekap di telinga.

'hallo yang, ngape.?' lembut je suara Mail, bercakap dengan makwe.

'ha.. Ok.. Ok..,' kata Mail lagi.

Mail letak semula henpon dalam poket.

5 minit kemudian, henpon Mail berbunyi lagi.

Macam biasa-biasa makwe kiri kanan pandang ke Mail. Dia tak ambik pot langsung. Sikit pun tak luak dompet dia makwe tu pandang.

'hallo, ha.. Berapa lama aku nak tunggu da... Berpeluh dah ketiak ni,' Kata Mail ke orang yang menelefonnya, Mail tengok jam di tangan. Orang tak perasan jam Mail, sebab dia pakai baju lengan panjang, '5 minit dari sekarang, cakap kat macha carwash tu, masuk akaun.'

5 Minit kemudian, sebuah Nissan Skyline R35 berenti betul-betul depan basten depan Mail.

Driver kereta turun. Semat betul orangnya.

Makwe-makwe tak berkelip pandang driver skyline.

Driver buka pintu belah penumpang. Mail bangun.

'Sori bos, ramai pulak orang dekat carwash tu,' kata si driver.

Makwe semua pandang Mail.

trutt... trutt.. Henpon Mail berbunyi lagi.

'jap le yang... Bob ni lembab,' kata Mail dengan orang yang menelefonya, sambil duduk di ruang penumpang. Driver tutup pintu lalu mengambil tempatnya semula.

'bos memang tak tebukak hati nak tuko henpon?'

'lemas aku, leceh, aku henpon ni buat angkat orang call je tau... Aku pun tak pernah call orang'

Sabtu, 21 Mei 2011

Test

Lokasi : kampus

Roy dengan Zam keluar dari kelas Mencarut level 4.

'Palat la Sir benggali tu, gua memang hangen la,' kata Roy sambil genggam penumbuk. Roy memang panas baran, itu hari dia tampar sorang junior seminggu demam kesnya tak dengar dia minta nak pinjam lighter.

'Apahal?' tanya Zam, steady tangan dalam poket dua-dua belah.

'Peh, budak ni kalau gua dapat,' berpusing kepala Roy, badan mengadap ke depan. Zam pandang juga.

'Cun, suci...' Zam kritik simple-simple saja.

'Jap eh,' Zam angkat kepala, kemudian pergi duduk di kerusi tepi dinding.

5 minit kemudian.

'tak dapek, ada tindakbalas,' kata Roy, 'sok gua repeat,'

'hm...' Zam jawab simple.

'ni gua ingat memang anak dara ni, lu tengok la dress bapak kampung, mekap tak pakai...'

'ni rugi ni kalo tak test...' sambung Roy lagi.

'hm...' Zam masih steady, tangan dalam kocek seluar.

***
Lokasi : Kompleks Pertama

'Ni ha la Zam, kedai ni gua nak beli nike tu,' Roy dengan Zam masuk kedai kasut tu. Dua orang makwe layan mesra.

'ni ada size?' Roy tunjuk ke kasut yang dia nak.

'size apa bang?' tanya makwe promoter.

'6,'

'stok takde dah bang, yang tinggal display tu je, kalo abang nak ambik yang tu je la,' kata makwe promoter.

'aduyai, takkan gua nak pakai kasut bekas-bekas orang dah test,' Roy mengeluh.

'tak de dah bang,' makwe promoter senyum comel.

Muka Roy ketat.

'ek elle, anak orang yang lu dah test-test tu sapa nak pakai nanti? Ni kasut je kot, bleh basuh la,' kata Zam selamba. Tangan memang dalam poket punya.

Jumaat, 20 Mei 2011

Gua sepasang kasut

Gua sepasang kasut. Kalau gua sebuah kasut, gua tak jadi kasut, gua jadi peralatan membaling buah pelam.

Nama gua Jack. Jack Parcell. Peh, bapak stailo nama. Dr. Marten pun jeles dengar. Apatah lagi dR.rosmei.

Lama juga gua port atas almari kasut tu, sama kasut lain, chuck taylor, pallas, Dr. Marten tu.

Satu hari sorang manusia usha gua. Dia belek-belek gua. Gua hangin, ingat gua buku ke apa nak belek. Dia baca sijil kelahiran gua.

Size 6.
Made in Indonesia.

Manusia tu gua tengok angguk-angguk senyum-senyum.

Yes, gua tau gua akan ada tuan lepas ni. Hati gua meloncat kegembiraan. Kasut-kasut lain pandang gua sinis.

Manusia tu hulur gua pada Apek tauke kedai, tuan lama gua. Apek tu masukkan gua dalam kotok, sama dengan kembar tak seiras gua. Gua sudah ada tuan.

Bermulalah kerja gua dengan tuan baru gua. Macam-macam benda gua perlu hadapi.

Lecah, air sabun, batu kerikil, taik ayam, tanah... Ada sekali tu dia bawa gua pergi joget lambak. Pening juga gua masa tu.

Dekat dua tahun gua bersama tuan gua ni, satu benda je gua tak pernah hadapi, tapi kasut-kasut biasa kena.

Kena basuh. Dekat dua tahun dia pakai gua tak pernah basuh sekali pun.

Sekarang gua dah pencen. Gua lepak rak saja makan duit pencen. Kadang-kadang dia pakai juga buat pergi mesin rumput. Untuk jalan-jalan dia dah beli satu lagi converse baru. Gua dengar cerita made in korea. Hakk tuih. Tak ori langsung made in korea.

Khamis, 19 Mei 2011

Debat

Kerajaan - Malaysia negara Islam.

Aktivis - Malaysia bukan negara Islam. Malaysia cuma negara yang menjadikan Islam agama rasmi.

Gua - Ah, bertaki panjang mana pun, lu orang bukan ambik pot hal-hal budak sekolah rakam video lucah sendiri. Rakyat makin ramai tak sah taraf. Arak, judi, pelacur semua ada halal. Makanan jadi industri, yang kaya makin kaya, penggali kubur tetap rumah tepi kubur. Nak bagi rakyat pandai belajar tinggi-tinggi, hutang tanggung sampai mati. Bagi tanah, bagi rumah, hutang tanggung sampai mati.

Rakyat yang gaji mahal, duit tak banyak memang la tak rasa, yang bodoh? Ladang sawit 30 ekar, hasil makan dek tauke. Tolong tanam semula, hutang sampai mati. Tak payah credit kad, hutang sampai mati.

Bagi rakyat senang, nak beli kereta nasional bank senang-senang bagi full loan. Hutang sampai mati.

Sudahnya? Rakyat ni bodoh, diorang bukan tahu diorang pinjam tu duit sendiri.

SIRI : Gua mahu jadi rock

Gua tak tau geng-geng yang baca blog ni perasan ke tak hal ni.

Kalau tak perasan ni gua nak bagitau. Kalau perasan ok la tu.

Gua ada post cerita pendek bersiri, dah tiga siri gua post. Sehari sekali.

Gua mahu jadi rock :-

Siri 1
Siri 2
Siri 3
Siri 4

Gua baru post 4 siri ni. Dalam kepala memang banyak lagi nak sambung, pasal cerita kontot-kontot.

Gua nak buat panjang karang lu orang bosan nak baca. Panjang tu pun entah baca ke tidak. Gua sendiri pun letih nak taip.

Gua saja nak iklan sikit, pasal gua tengok cerita tu macam tak de respon, tak de orang baca. cis, sembang macam ramai sangat orang baca blog gua. Padahal gua dah buat sepenuh hati dah tu, nak menjiwai watak. Kih kih kih.

Orait. Gua nak cari idea nak sambung cerita dulu.

cerita senafas

Hishamudin dengan Najib tengah minum teh dekat satu mapley Kimma.

Trut.. Trut..

Hishamudin ambil henpon atas meja, ada sms masuk. Dari Mukhriz.

Sambil baca text Mukhriz tu, Hisham bagitau Najib text yang dia baru dapat.

'Jib, anak Madey ni text gua,' kata Hisham, ibu jari tengah taip msg nak balas.

'Mende,' Najib sapu bibir ada kuah dal melekat, baru sudah makan roti banjir.

'Erk..' Najib sendawa kenyang.

'Madey masuk ospital lagi ni,' ralit betul dia taip msg.

'Alhamdulillah...' Najib gosok perut.

Rabu, 18 Mei 2011

Karangan

Bila tengok balik entri gua akhir-akhir ni, banyak yang panjang-panjang.

Gua ingat kalau masa sekolah dulu orang ajar buat karangan macam ni, dah lama gua dapat masa SPM dulu.

Ikan laga

Ni cerita gua masa darjah 4 tak silap. Masa ni tengah musim ikan laga tengah naik. Felda gua ni banyak betul musim.

Gua ingat ada musim wau, musim ayam serama, musim burung, musim jual tikam, dan berbagai lagilah. Musim haji gua tak masuk sangat, cuma ada la sekali gua ikut pergi hantar atuk gua ke lapangan terbang.

Masa rehat dekat sekolah dalam kelas kawan gua dah mula bincang projek ikan laga ni. Gua set je. Tugas gua ada mencari guni bawang yang macam jaring tu, sebab gua dekat dengan kedai runcit.

Petang tu gua lencong mengaji, masuk pot ikan laga dekat parit belakang rumah kawan gua. Kawan gua cerita, parit tu pot ikan laga harimau benggala. Spirit gua naik.

Mula-mula turn gua dengan sorang kawan, masing-masing pegang bucu jaring guni bawang. Sekali sauk bersepah ikan naik. Keli, sepat, haruan, tongsan dan anak jaws. Tapi kitorang buang saja, spirit ikan laga dah merasuk kitorang.

Sekali lagi sauk, ya! Menggelepar ikan laga warna kelabu belang-belang besar ibu jari. Mungkin inilah yang dikata ikan laga harimau benggala. Gua kata gua nak ikan ni. Kitorang cari lagi dua ekor sebab kitorang bertiga.

Ikan jenis lain macam pari dan gelama memang kitorang tak layan, campak-campak saja ke kucing yang menunggu di tebing.

Dah dapat tiga ekor, semua spesis harimau benggala. Gua jadi pelik, sepatutnya spesis ni adalah sukar ditemui dan kuat semangat laganya. Tapi gua diamkan saja.

'mu nok tahu, kalu nok bagi ike ni kuat, keno letok ike ni tempak gelap,' ajar kawan gua. Gua angguk tanda faham.

'tempat gelap tu lagu mano, bawah katil boleh?' tanya gua mahu kepastian.

'mu tanam dalam tanoh,' kata kawan gua. Gua angguk tanda faham.

Petang tu juga gua tanam botol cuka besar tu dalam tanah. Ikut kata kawan gua tu, makan masa dua minggu baru ikan tu kuat. Spirit gua naik.

Selesai tanam, gua berdiri cekak pinggang. Dalam hati gua, ikan laga harimau benggala gua bakal jadi champion peringkat asia.

Dua minggu kemudian gua cabut botol dari tanah. Ikan gua dah mati. Semenjak hari tu baru gua tau, ikan perlukan makanan, bukan minum saja. Gua kecewa, gua buang botol tu dalam semak berhampiran. Ini konspirasi paling besar yang gua pernah terlibat masa darjah-darjah.

Gua mahu jadi Rock 3

'Peh, power la mak lu punya cekodok cecah sambal tumis ni,' puji Mat, sambil kunyah sambil geleng kepala sambil pejam mata.

'Lu je yang tak tau, mak gua dah tahap legend scene cekodok cecah sambal ni, boleh kata cekedok heroes la,' kata Din Mayat sambil angguk-angguk kepala.

'heroes kepala hotak la, heroen la mak lu kan pompuan,' Mat membalas, sambil bercakap cekodok kunyah juga.

'a'ah la, ada betulnya kata lu tu,' Din Mayat teranguk-angguk tanda setuju dengan Mat, 'woi Rapi, cekodok ni aku habiskan karang,' tempik Din Mayat.

Vroomm... Vrommm.. Tung ting ting klenting ting ting..

'gaya gampang,' kata Mat perlahan.

'Kah kah kah!' berderai pecah ketawa Din Mayat.

'aokme gelok ke aye ke?' tanya Rapi sambil tangan menghulur mencapai cekodok.

'haram pekdoknye,' kata Din Mayat.

Tak sampai seminit Rapi capai lagi dua ketul cekodok.

'ah ye aok ni, tak dan semenet dua ketul,' Din Mayat buat muka garang. Mat diam buat tak tahu melayan cekodok.

'aye letok dalam poket, karang wokme habiskan,' balas Rapi.

Pecah ketawa Din dengan Mat dengar alasan Rapi.

'gaya perangai Kudin Rambai aok ni Rapi,' kata Din.

Rajin

Gua tengok pos yang gua up semalam.

Ada 5 pos. Peh! Gua terkejut.

Rajin juga gua rupanya menaip cerita. Panjang-panjang pula tu.

Bila fikir-fikir balik, kalau gua boleh hari-hari konsisten 5 pos panjang-panjang macam semalam, ada can gua jadi macam Ahadiat Akashah.

Gua ingat gua nak start tulis prolog novel dah ni.

Kih kih kih.

Selasa, 17 Mei 2011

Dah la kurang, payah pula tu nak diajar.

Satu malam gua tengah makan dekat sebuah kedai tomyam. Lebih kurang 6 orang. Memang selera makan siakap masam manis orang belanja.

Tengah sedap-sedap makan, meja sebelah gua dengar kecoh betul order air semayang, air doa selamat sama ice baby. Makwe tukang ambik order diam je.

Gua usha. Kawan gua pun usha. Kemain cantik susun rokok. Gua nampak ada satu keychain lawa, 3 kaler ada lambang tengah-tengah. Tiba-tiba darah gua naik.

Kitorang malas ambik pot. Tapi makwe ambik order dah mula naik suara. Sorang kawan gua bangun.

'assalamualaikum sedara,' tegur kawan gua sopan.

Budak-budak meja tu bangun serentak. Gua dengan kawan semeja pandang saja.

'apahal,' salah sorang budak table tu menjegil. Bulu roma bahagian tengkuk gua naik. Dada gua jadi panas.

'pap,' brader gua tepuk meja. Gua diam.

'orang lain nak makan juga,' kata membe gua yang menegur tadi.

'apahal, lu nak jadi hero,' budak tu makin kurang ajar. Ikut hati satria gua memang terbalik dah meja budak tu. Tapi brader gua ada. Lagi satu tak seronok juga orang nak makan kerusi terbang atas kepala.

Kawan gua pergi dekat salah sorang budak tu. Cakap pelan-pelan, 'adab mau jaga brader, kita melayu,' sambil pandang keychain.

'sedara dari mana,' tanya kawan gua sambil hulur salam. Salam bersambut keras.

Dia petik mana tempat entah. Salam belum lepas. Gua pandang brader gua tengah call.

Kawan gua duduk meja tu. Becakap entah apa. Makwe ambil order sudah blah.

Dalam 10 minit sampai satu perdana warna hitam park betul rapat dengan meja tu. Gua dengan dua orang kawan berdiri. Orang dari Perdana tu keluar, terus tuju ke tempat brader gua lalu bersalam.

Kemudian driver tu pergi dekat meja yang buat kecoh tadi, pegang leher salah sorang budak-budak tu.

Entah dia cakap apa gua tak tahu. Budak-budak tu bangun lalu blah.

'minta maaf bang,' kata driver Perdana tu sambil angkat tangan pada brader gua. Brader gua senyum sambil angguk. Lepas tu dia sambung makan. Gua pun. Kawan gua pun. Kami makan dengan biasa lepas tu.

Rugi tak habiskan siakap masam manis.

lagi cerita budak kurang ajar!

Ni rahsia makwe-makwe gua kasi pecah...

Gua lelaki. Tadi gua jumpa kawan bos gua, kemain pakai vest kerja. Gua tegur la, orang kerja macam ni kena baik dengan dia. Penguatkuasa Jabatan Agama Islam. Keh keh keh.

'ada operasi ke bang?' tegur gua ramah.

'a'ah, baru abis,' jawab dia senyum.

'kat mana?' gua tanya lagi. Dia sengih je. Gua malas banyak tanya.

'bos mana?' dia pula tanya, dah bos gua kawan dia kan.

'bos bedengkur la, tak bos la datang malam-malam,' jawab gua sarkastik. Dia sengih lagi.

'ok,' dia tutup cerita. Gua angguk. Dia blah. Celaka, dah lari tajuk cerita gua.

***

ni, masuk tajuk asal semula. Rahsia makwe-makwe.

*kalau makwe lu kata dia tengah sedih, tapi tak nangis, tu tanda dia menangis dalam hati. Parak juga nak pujuk ni.

*kalau makwe lu buat tak pot sama lu lepas lu buat hal, kasi dia masa rilek-rilek dulu. Baru lu masuk line kasi ayat manis-manis belanja mekdi.

*makwe-makwe ni jenis payah nak cari point yang dia tak suka dekat pakwe yang dia sayang. Itu pasal dia buat tak pot kalau ada kawan pakwe cerita pakwe pergi kelabing balik overdos mabuk.

*makwe ni kalau dia dah tangkap cintan maut sama sorang pakwe, pakwe tu je la dalam kepala dia, tak kira dia tengah berdating dengan pakwe lain ke...

*Ni paling power, bila pakwe yang makwe ni paling suka usha power dalam-dalam mata dia, peh, makwe ni dia punya cair macam slurpee isi air panas. Try la tak caya.

Gua mahu jadi rock 2

Rapi, adik Din Mayat berlari-lari anak merata laman rumah sambil tolak kayu ada roda tin susu pakai seluar bola Din yang dah kembang bahagian pinggang, ikat pakai tali rapia. Selipar tak pakai.

Vroomm Vroom.. Klenting ting ting..

Menyembur-menyebur air liur rapi mengayakan bunyi moto coper. Tapi yang keluar bunyi tin susu lagi kuat.

Din Mayat dengan Mat tengok geleng kepala.

'lu ke buat hendal coper tu,' Mat tanya pada Din.

'a'ah, teruk pulak gayenya, gua seting itu hari nampak macam cun dah,' jawab Din, tak habis lagi geleng kepala.

Klenting.. Ting, ting klentung tang tang...

Bukan main semangat dia tolak handel coper tengah panas tak pakai selipar.

Din dengan Mat diam atas pangkin, layan gulung daun nipah.

'lu ingat tak masa kita baya Rapi dulu,' Mat mula buka cerita.

Din sengih. Dalam kepala teringat cerita masa kecik.

'Gua tak boleh lupa yang kes kita rembat papan dinding jamban rumah Mak Ngah Hajar nak buat senapang kan, baya Rapi tu la kan,' cerita Din bersambung dengan ketawa kecil.

'lu la bagi projek, lu yang bagitahu papan dinding jamban Mak Ngah Hajar tu paku dia tak kuat,' sambung Mat pula. Dua dua ketawa terkekeh kekeh.

'Din... Ambik cekodok ni ha..,' Mak Din bertempik dari dapur rumah.

Dua dua senyum dengar nama makanan. Din bangun, turun dari pangkin.

'peh, sampai not e wooo,' Mat menyambung dalam sengih.

'kepala otak lu,'


Bersambung...

Nyawa

Gua pada masa remaja dulu, sekarang pun remaja, bawa motor memang laju. Tapi gua tak gila nak pecut 180km/j tengah-tengah jalam jem.

Gua pakai 125, laju betul kalau gua pecut sorang-sorang la. Kalau ramai-ramai ada lagi laju dari gua.

Sekarang gua nak steady-steady. Gua pakai satria 1.3 saja. Bawak makwe pergi mandi Lentang pun steady, panas pasang ekon.

Bila gua tengok balik budak-budak ni pecut motor, hati gua panas. Tak sayang nyawa betul budak-budak ni. Buat la tengah pecut tu brek jem ke. Blok jem panas ke. Tayar pancit ke.

Tapi bila gua pikir balik masa gua pakai motor dulu, angin pecut tu memang syok. Mana nak pikir mende lain dah. Kih kih kih....

Peh!

Sebab tu gua kata, jantan-jantan jangan poyo kata tak suka makwe pakai seksi-seksa.

Tengok, tengok.

Gua tak pandang la pompuan tu. Makwe gua ada. Henpon gua pun banyak juga bahan.

Tapi gua tengok pakcik-pakcik dengan kutu-kutu mamak usha kepala macam burung hantu.

Pakcik-pakcik tu kalau depan bini, bejalan pun tak de bunyi lu tau.

Kah kah kah!!!

Siapa taknak tengok bahan padu-padu. Bumper padu, nasi lemak padu, karipap padu.

Pendek kata lu tengok body kete waksegan la macamana dia punya lekuk tu....

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat hari cikgu

16 Mei adalah hari untuk cikgu-cikgu. Bila ada hari-hari, secara auto akan ada acara bagi-bagi hadiah.

Contohnya, hari mak bagi hadiah dekat mak. Hari makwe bagi hadiah dekat makwe. Pekan sehari dengan pasaraya hari-hari tempat beli hadiah.

Jadi, bila hari cikgu akan ada acara bagi hadiah dekat cikgu.

Gua pun pernah bagi hadiah dekat cikgu ni, masa tingkatan empat. Masa lain tak pernah. Sekali tu je. Masa tahun-tahun lain time sekolah menengah dulu asal hari cikgu gua awal-awal dah siapkan tempat tidur dalam stor asrama.

Gua bagi hadiah dekat cikgu displin. Cikgu lain gua tak bagi. Gua bukan ada duit sendiri. Apa jadah bagi hadiah dekat cikgu pakai duit bapak? Hadiah yang gua bagi dekat cikgu displin tu pun gua buat sendiri.

Awal-awal gua dah prepare hadiah tu. Gua cari dekat kampung. Makan juga duri masuk jari. Gampang. Lepas kes tu, gua fikir balik susah juga atuk gua muda-muda masuk hutan cari rezeki.

Gua jemur sendiri. Kupas dia pun kulit sendiri. Hancur-hancur jari kena duri.

Akhirnya dapat juga gua siapkan sebilah rotan panjang cun-cun tune untuk dia. Gua biasa dengan cikgu displin tu. Itu pasal gua tau dia punya tune.

Menjelang hari cikgu masa tingkatan 4 tu, gua ikat rotan pakai reben kaler merah. Gua usha bilik diplin tak ada orang, gua masuk. Kerani dengan cikgu lain tak pelik sangat gua masuk bilik disiplin. Dah biasa.

Gua tinggal rotan tu atas meja, dengan sikit kertas ucapan tulis atas kertas minta dekat kerani, 'selamat hari cikgu, peace'

Gua mahu jadi rock

Mat duduk bersila pakai kain batik tak pakai baju atas pangkin bawah pokok mempelam depan rumah Din Mayat sambil gulung rokok daun nipah. Muncung-muncung bibir dia ralit sangat menggulung.

Din Mayat duduk bersandar pada batang mempelam tak pakai baju juga. Kerengga lalu kucar kacir mengelak badan dia.

Din Mayat ralit tune gitar kapok tali tak cukup satu yang bawah sekali.

Tiunggg... Tiuuungg.. Ting.. Ting..

Rasa-rasa macam dah cun, dia petik solo lagu Hidup Bersama XPDC.

'ah, buruk beno bunyinya Din,' kritik Mat, masih tune rokok gulung tak jadi-jadi.

Din diam tak kata apa-apa.

Tiiuungg.. Ting.. Ting..

Din letak gitar atas tanah, sandar pada pangkin.

'teruk sangat dah rambut lu tu mat, dah rupa ijuk kabung dah gua tengok,' Din mula buka cerita sambil tarik tapuwer tembakau depan Mat.

'hah, lu tengok lu punya tulang rusuk tu dulu baru lu kompelin rambut gua,' balas Din sambil keronyok daun nipah bercampur tembakau, 'gulung gua satu,'

Din Mayat cucuh rokok gulung, asap berkepul keluar ikut hidung dengan mulut.

'macam gampang,' carut Mat perlahan.

Din Mayat senyum senget sebelah pipi asap keluar ikut tepi bibir.

Satu grup agas tengah seronok merempit atas kepala Din Mayat kucar kacir cari tempat perlindungan terkena asap rokok daun nipah.

bersambung....

Nota : kalau ada perkataan yang tak dikenali tu buat-buat tahu je la.

Ahad, 15 Mei 2011

Panduan penggunaan petrol cara orang kebanyakan

Pakai kereta kancil 650, enjin jaga, servis ikut jadual, pandu ikut hadlaju yang ditetapkan. Faktor enjin punya peratusan besar mempengaruhi penggunaan minyak.

Untuk penjimatan lebih optimum, jangan guna aircond. Panas dunia, berlatih la sikit. Selain menjaga alam sekitar, kita boleh meningkatkan motivasi diri.

Selain itu, set masa untuk isi minyak waktu malam. Masa tengahari panas terik minyak akan jadi gas, gas masuk tangki petrol apa pun tak boleh. Bila waktu malam, suhu sejuk gas kurang, jadi yang masuk tangki adalah minyak.

Nak lagi jimat pakai motor ex5 jangan korek kaberator atau tebuk lubang angin.

Jalan kaki atau naik kuda itu cerita lain. Ni pasal guna minyak.

Kalau dah pakai turbo ke modified enjin jangan fikir pasal jimat. Lu nak laju pada orang, lu punya duit dah tak tau nak buat apa.

Kalau pakai wish atau caldina, mesti tak pernah dengar perkataan jimat dan meegi. Jadi gua tak risau langsung golongan ini.

Penjawat awam pula, support la sikit kerajaan. Jangan la kisah sangat pasal harga-harga ni. Balik-balik duit tu jadi duit gaji lu orang juga.

Gua cuma risau operator pengeluaran dan golongan bawahan bawahan sahaja.

Sabtu, 14 Mei 2011

Dadah dan saya

Gua kenal dadah masa tingkatan 2. Masa sekolah rendah ada juga masuk pertandingan melukis poster antidadah peringkat sekolah dapat hadiah kotak pensel.

Tingkatan 2 tu, sebenarnya orang tak heran pun dadah jenis ni, kat mana-mana orang hisap. Tak pelik. Tapi stim peringkat pertama yang gua rasa, ni la, stim rokok.

Gua ingat lagi, kali pertama gua tarik rokok. Gua sedut asap lepas tu hembus. Rakan sebaya yang mengajar masa tu gelak je. Oh ya, masa tu gua merokok sambil mencangkung.

Ssst...

Peh. Tersedak gua tarik kali pertama. Kepala dah pening la. Gua tarik lagi. Kepala pening lalat.

Masa tu orang tengah sembahyang jumaat. Gua budak asrama, jadi gua melencong pergi belajar hisap rokok di lorong belakang.

Sssst.. Gua tarik lagi, dah tak sakit tekak. Tapi mulut rasa pahit. Habis sebatang kawan ajak blah makan cendol seberang masjid.

Gua bangun dari duduk mencangkung. Gua rasa melayang. Kepala jadi pusing. Rakan sebaya yang mengajar gelak je. Cilakak!

Dari hari tu sampai sekarang gua merokok. Hari ini, sekarang, gua pulun winston 20 sekotak sehari. Kawan yang ajar gua merokok tu pun dah berenti pasal tunang ada lelah.

Dadah

Ini entri serius, dan gua tak main-main. Gua rasa gua dah patut mulakan U-turn.

Ini tujuan asal gua tulis satu blog tanpa identiti. Tapi kalau polis nak tangkap gua pun diorang masih boleh kawtim dengan SKMM.

Dadah.

Tak banyak blog cerita hal ni. Ada ke tak ada gua tak tau. Tapi gua tak pernah jumpa. Kalau ada pun yang sebut-sebut je la.

Benda macam ni tak boleh buat main-main. Orang tak sedar. Rakyat tak sedar. Dalam suratkhabar dengan berita tv banyak juga cerita.

Kaldai lah. Afrika la. Awang hitam la. Benji la.

Jadi gua tengok benda yang gua nak buat ni tak sama dengan suratkhabar dengan tv.

Gua cuma nak orang-orang tua, mak, pak, cikgu, pakgad, akak, abang, adik yang bran tapau abang, dan pakar motivasi tahu sesuatu yang betul, dari yang berpengalaman dalam bidang ni.

Cakap pasal pengalaman, pak sedara gua dengan penjara dan pusat serenti dah macam balik kampung. Jadi gua ada beliau sebagai sumber rujukan pengalaman.

Lagi satu, akhir-akhir ni gua perasan juga media dah makin kurang cakap hal dadah negara. Asyik-asyik hal kaldai dadah, yang budak poli dungun tu pakai kuda nak pulun study tak tau.

Ok, ok. Tunggu yang seterusnya dari gua.

Chow!

Khamis, 12 Mei 2011

Kenangan saya dengan basikal resing 6 gear

Kali ni gua betul-betul nak pos entri.

Gua kali pertama dapat basikal masa umur 10 tahun. Bapak gua beli sebab dia dah tak larat nak hantar gua pergi mengaji hari-hari rumah Poksoh. Gua tak tahu lah hidup lagi ke tak tok guru mengaji gua tu sekarang ni.

Berbalik kepada basikal, sebenarnya masa gua kecik sebelum tu gua dah ada basikal kecik roda belakang ada backup rasanya. Gua ingat-ingat lupa.

Gua tak tau silap gua ke silap bapak gua sebab beli basikal resing ada 6 gear tu, bermula la gua into scene lencong mengaji, pergi mandi sungai dalam ladang sawit. Kalau tak mandi sungai gua pergi menangguk ikan laga pakai guni bawang.

Ada sekali tu gua rasa gua dah lebih sangat, seminggu seterit gua lencong mengaji pergi cari batu permata dalam ladang sawit, tok guru gua pergi report sama bapak. Makan juga getah paip dekat betis. Basikal resing 6 gear tu bapak gua gantung pada tiang beranda rumah, gua tengok hari-hari pasrah. Terpaksa menapak pergi mengaji...

Rabu, 11 Mei 2011

Kenangan saya dengan basikal resing 6 gear 2

Sekarang gua dah free dan tak mengganggu waktu kerja. Cuma mengganggu waktu cuci mata saja. Ini petang. Petang-petang ramai makwe-makwe cashier supermarket tukar shiff pukul lima. Maknanya waktu ini adalah waktu puncak di stall air jambu batu Najib. Tapi gua nak post entri basikal ni dulu. Ah, gua dalam dilema. Ini tak bagus untuk jiwa gua. Ada baiknya gua pasang rokok sebatang dan minum air 100+ barang seteguk dua. Apa cerita basikal resing gua.? Ah, malam-malam karang sikit la. Gua nak pergi melepak stall air jambu batu Najib sambil tarik muka jambu. Najib tak boleh blah. Membazir je duduk situ. Tau nak ambik duit makwe beli air jambu batu. Tak reti memainkan peranan langsung. Chow.!

Pengalaman saya bersama basikal resing 6 gear

Itu cerita 13 tahun lepas. Masa tu belum sunat lagi. Kayuh basikal tak reti lelah. Makan nasi nak kena paksa, mak suap nasi buat bentuk mata, mulut...

Sekarang gua tengah kerja. Update blog waktu kerja ada curi tulang. Wang hasil curi tulang tak berkat.

Gua tak nak cari rezeki macam penjawat awam.

takblehtidosia(k)

Celaka. Sekarang dah pukul berapa. Gua tak boleh tidur lagi. Karang pagi nak pergi kerja pukul 6.45a.m. Masa bila gua nak tidur?

Siapa yang pandai sangat cipta henpon ada internet ni.? Siapa? Bagitau gua sekarang!

Orang kebanyakan

Gua fikir gua sama macam orang lain.

Topup maxis 5 ring 2 hari sekali. Sms dengan makwe kasitau dah nak tido.

Isi minyak kereta guna minyak kuning. Hisap rokok winston.

Cukup bulan tak cukup duit. Awal bulan makan dekat kedai tomyam..

Lu orang rasa gua ni biasa ke tak?

Selasa, 10 Mei 2011

Brader

Satu petang gua minum teh sorang-sorang dekat restoren mamak. Gua tengok kaki mamak pakai selipar tat sing kuku ibu jari kaki hancur. Gua ingat ibu jari kaki dia pernah kena gilis keratapi masa dekat kampung dulu. Gua shot teh tarik. Panas, sampai ke hati.

Meja sebelah gua ada satu grup laki berborak. Satu kutu dalam grup tu tengah online download idm. Bodoh, padan la wifi mamak ni slow. Timbang rasa la sikit dengan pengguna la. Nak download guna idm pakai la internet office lu ke...

Pung pang pung pang berborak. Gua minum sorang, takkan nak berborak dengan kotak winston.

'Awek tu boleh makan ramai-ramai. Aku tau la, budak kampung gondang cite,'
'ah, sembang lah, ko ade nombor die ke,'
'fesbuk die la, ko add, nnti aku sujes,'
'ye la, eh, membe aku ada nak jual ar125 tak de spedo kaler ori rm2k ko nak?'
'ko biar betul 2k je, kencing je tu kot,'

tabel sebelah makin rancak. Gua pasang winston sebatang.

Gua angkat gelas teh tarik, shot tinggal setengah.

Lagi setengah gua curah atas laptop brader yang tengah download.

Muka rupa budak tengah ponteng tuisyen, lagi nak sembang itu macam. Bapak bagi duit suruh tuisyen, pergi lepak mamak. Bangang tak sudah.

Makwe sekolah

Tadi gua usha satu makwe pakai baju kurung sekolah.

Pow...

Gua tendang dinding kaca 7eleven. Comel sangat.

Gua masuk 7eleven beli air tin neskepi.

Dia punya rasa tak serupa air neskepi mamak langsung.

Isnin, 9 Mei 2011

Politik

'kecoh la ngka, ngka sape nak ambik tau sangat pasal politik?'

***

Gua diam. Tapi hati gua panas. Mata gua fokus tuju ke besi tajam gantung ayam roti bom mamak.

Tak. Tak. Gua bukan nak ambik tau sangat. Tapi sampai bila gua nak borak pasal sport rim motor dekat mamak? Sampai bila?

Gua rasa zaman gua kaji blok 125 boleh masuk piston apa bila dah korek habis dah lama berlalu. 2,3 tahun lepas spirit gua dengan 125z memang kental. Belum kira zaman sekolah, kaji kasut converse dengan kontroversi kurt cobain mati.

Bila gua buka cerita pasal loji lynas dekat gebeng semua sedut air, ada yang sambar winston tak mintak.

Dalam 10 orang kawan real gua, sekor pun tarak ambik tau pasal hal-hal suratputar utusan. Apatah lagi nak ambik tau pasal eskay.

***

Gua diam sambil shot neskepi o ais sampai tinggal air batu. Air batu dia gua kunyah lumat.

Kawan-kawan semeja berborak pasal makwe jubo besar pakai seluar renang.

Gua apadahal. Makwe gua lagi besar dia punya jubo.

Sabtu, 7 Mei 2011

Orang biasa

Gua orang biasa. Duit tak banyak mana pun. Gua je yang rasa dia mahal. Gua tak fikir banyak, sambar je terus.

Converse tu harga dia serat lebih. Gua sambar tak fikir panjang.

Sekarang belum tengah bulan la. Kondisen poket gua dah makin goyang.

Baru berapa haribulan ni kek, gua dah start makan megi dekat rumah. Pagi nasi lemak. Malam nasi lemak.

Converse punya pasal, tak bersosial pun gua sanggup kek!

Siri panas hati : Memunah duit

Gua tiap-tiap malam makan nasi lemak telur mata.

Gua tiap-tiap pagi makan nasi lemak telur mata.

Gua tiap-tiap tengahari tak makan.

Gua tiap-tiap hari beli winston merah sekotak.

Gua tiap-tiap bulan belanja ngam-ngam cukup bulan.

Gua cukup panas hati tengok kutu pakai baju batik asrama borong komik puluh-puluh RM. Cilakak betul!

Ahad, 1 Mei 2011

Kalau bukan debu yang lekat di cermin tingkap

Masalah sosial yang menyerang banyak generasi muda Malaysia hari ini adalah penangan sistem sosial yang tak betul dan kepincangan dalam institusi syariah.

Faktor utama tu tak lari jauh mana, mesti diri sendiri punya. Kedua ketiga baru la boleh salahkan benda lain.

Jadi, saya mahu menjadikan negara sebagai faktor terbesar masalah sosial. Kenapa? Kita tengok contoh negara jepun yang menjadikan porno sebagai satu industri.

Kemudian kita tengok pula indonesia sebagai negara Islam yang mempunyai rakyat teramai di dunia. Di indonesia terlalu banyak mazhab dan tarekat. Cabang ilmu islam yang banyak membuatkan negara itu pincang sistem syariahnya.

Kembali ke negara kita, kalau dah mufti sibuk mengharamkan benda-benda tak ada pekdah, masa bila dia nak selesaikan masalah sosial?

Cuba buat benda berpekdah sikit, haramkan majlis macam sure heboh ataupun rancangan realiti tv contohnya.

Mufti satu hal, yang pemimpin sibuk bertelagah. Orang politik sibuk bertelagah. Ulama sibuk main politik. Anak-anak sibuk buat anak haram. Bab-bab masalah sosial dah takde dalam suratkhabar. Rempit macam dah pupus. Kaki kencing semua dah masuk tabligh. Habis kuat mastika buat cerita pasal iron maiden.

His...

Penat taip panjang. Celaka betul.