Selasa, 17 Mei 2011

Dah la kurang, payah pula tu nak diajar.

Satu malam gua tengah makan dekat sebuah kedai tomyam. Lebih kurang 6 orang. Memang selera makan siakap masam manis orang belanja.

Tengah sedap-sedap makan, meja sebelah gua dengar kecoh betul order air semayang, air doa selamat sama ice baby. Makwe tukang ambik order diam je.

Gua usha. Kawan gua pun usha. Kemain cantik susun rokok. Gua nampak ada satu keychain lawa, 3 kaler ada lambang tengah-tengah. Tiba-tiba darah gua naik.

Kitorang malas ambik pot. Tapi makwe ambik order dah mula naik suara. Sorang kawan gua bangun.

'assalamualaikum sedara,' tegur kawan gua sopan.

Budak-budak meja tu bangun serentak. Gua dengan kawan semeja pandang saja.

'apahal,' salah sorang budak table tu menjegil. Bulu roma bahagian tengkuk gua naik. Dada gua jadi panas.

'pap,' brader gua tepuk meja. Gua diam.

'orang lain nak makan juga,' kata membe gua yang menegur tadi.

'apahal, lu nak jadi hero,' budak tu makin kurang ajar. Ikut hati satria gua memang terbalik dah meja budak tu. Tapi brader gua ada. Lagi satu tak seronok juga orang nak makan kerusi terbang atas kepala.

Kawan gua pergi dekat salah sorang budak tu. Cakap pelan-pelan, 'adab mau jaga brader, kita melayu,' sambil pandang keychain.

'sedara dari mana,' tanya kawan gua sambil hulur salam. Salam bersambut keras.

Dia petik mana tempat entah. Salam belum lepas. Gua pandang brader gua tengah call.

Kawan gua duduk meja tu. Becakap entah apa. Makwe ambil order sudah blah.

Dalam 10 minit sampai satu perdana warna hitam park betul rapat dengan meja tu. Gua dengan dua orang kawan berdiri. Orang dari Perdana tu keluar, terus tuju ke tempat brader gua lalu bersalam.

Kemudian driver tu pergi dekat meja yang buat kecoh tadi, pegang leher salah sorang budak-budak tu.

Entah dia cakap apa gua tak tahu. Budak-budak tu bangun lalu blah.

'minta maaf bang,' kata driver Perdana tu sambil angkat tangan pada brader gua. Brader gua senyum sambil angguk. Lepas tu dia sambung makan. Gua pun. Kawan gua pun. Kami makan dengan biasa lepas tu.

Rugi tak habiskan siakap masam manis.

lagi cerita budak kurang ajar!

6 komen:

Bella Bell berkata... [Reply]

kat temerloh ke mat? budak2 macam ni kena bagi tazkirah je..biar dorang insaf sikit..heheh!!~

Abang Zam berkata... [Reply]

amboi..abang abang ni malas lah

Anyyss Shuhaimi berkata... [Reply]

teringat kat kwn yg mmg berani bg tazkirah dpn org ramai..caya la

Mat berkata... [Reply]

bella, x payah tazkirah2.. Bukan reti belembut..

Brader, brader-brader.. Kih kih kih..

Anys, payah tazkirah2. Kna buat style abg zam senang. Sound derek.. Tak puas hati tempur..

Azroy Kassim berkata... [Reply]

Dh mnyimpang jauh dh bdk2 zmn skrg ni..

Mat berkata... [Reply]

roy, tu la hal kan.. Rosak..