Isnin, 23 Mei 2011

Cewah - Siapalah gua nak rebiu buku seorang idola.



Blook Cewah, sebuah naskah terkini terbitan Sindiket Sol-jah karya Pipiyapong tuan punya blog hilangpunca sampai di alamat gua ahad lepas.

Gua sambut hulur brader posmen dengan wajah serius, sambil hisap suria. Brader posmen tak kata apa-apa. Paw rokok pun tidak.

Dengan rakus gua koyak sampul seraya senyum biasa-biasa, sebuah naskah bersaiz komik KAWAN yang lama masa gua darjah-darjah dan tebal lebih kurang majalah ujang bumper.

Grafik kulit naskah, seorang brader beriak serius berambut rokes sedang merokok dan memegang basikal tua di atas rel keretapi. Tak 'sampai' gua tafsirkan imej ini.

Membaca prakata tulisan jenderal sol-jah, pakcik sinaganaga kertas, gua dapat selami harapan pakcik ini terhadap sistem media cetak malaysia.

Membaca entri-entri terpilih dari blog hilangpunca, yang sudah gua baca entri dari post pertama, gua syak kebanyakkan menyindir sistem-sistem kerajaan Malaysia. Takde lawak yang boleh buat gua tergelak sampai menyembur air teh, tapi boleh buat gua senyum sorang-sorang. Gua dah syak awal-awal lagi, pasal pada kulit buku ada ayat 'tiba-tiba hari ni gua tak ada mood sangat nak bergurau'.

Sebagai contoh entri Tok Bilal yang menjual kuaci tikam yang pandai 'pancing' mini kompo, bagai menyindir secara sinis ulama-ulama politik yang gagal mengharamkan judi di Mesia.

Semua entri dalam cewah gua dah baca dalam blog. Kebanyakannya entri lama.

Pada penutup yang ada dua episod, bait kata 'gua ada prinsip hidup yang gua pegang, siapa-siapa pun tak boleh ubah' dengan padu menegaskan prinsip, pemikiran, tatacara dan ideologi penulis.

Keseluruhannya, pada gua, entri blog dan status fesbuk terpilih dicetak dalam Cewah umpama Pipiyapong menulis biodata penuh, lagi lengkap dari resume kerja cikgu, untuk nak takel sorang makwe fesbuk yang dia suka. FAH... FAH...

Oh ya, semua entri terpilih dalam Cewah dah tak de dalam hilangpunca. Entri semua stok rare-rare, sekadar menyebut beberapa tajuk - ke kedai bilal, klasik tali kasut, klasik cikgu tanya nak jadi apa, klasik puasa pertama, klasik zakat pertama.

Orait, gua nak update fesbuk pula. Akhir kata, 'jodoh pertemuan di tangan fesbuk. Kah kah kah!'

6 komen:

Abang Zam berkata... [Reply]

nak beli 1 boleh?

tengak cari stok PECAH..tak jumpe

Unknown berkata... [Reply]

boleh promosi dekat member gua http://jiwarasagelora.blogspot.com.. gua rasa lu boleh jadi kawan baik beliau..

bact. berkata... [Reply]

dah jadi legend dah.. sebab blog hilangpunca dah tutup..

Unknown berkata... [Reply]

brader, gua pun ni je la adenye...

Roy, hehe.. Bleh.. Bleh..

Back, a'ah.. Peh..

Unknown berkata... [Reply]

bile ttup ni bact, gua tak perasan, gua ingat entri dlam cewah je kne buang..

bact. berkata... [Reply]

baru pagi tadi gua cek dah xda dah..
pipi pon ada ckp kat page dia..