Leman bukan tak mahu kahwin. Nak sangat. Nak sangat-sangat. Piah pun sudah bising. Hari-hari tanya bila mahu hantar rombongan. Leman nak buat macam mana? Leman nak jawab apa? Sudahnya Leman diam.
'Ni agak-agak kalau Abg Leman hantar minang ni, berapa nak letak?' Leman tanya Piah satu hari. Entah benda apa yang merasuk sampai geli sangat lidah dia nak bertanya.
'Mak cakap RM10k tak jatuh, mak cakap Piah ada ijazah, Piah pandai masak, Piah itu, Piah ini....'
Leman diam, telan air liur kering.
***
Nak nikahkan anak ke nak jual anak. Gua tahu gua orang biasa-biasa. Gua tahu, itu modus operandi nak tolak gua. Masalahnya, Piah yang nak dekat gua. Gua... Nak juga dekat Piah.
Kenduri kahwin, barang mahal. Hantaran lagi. Bersanding. Kain baju.
Masak!
Gua nak pergi kursus nikah pun sangkut-sangkut lagi modal ni.
***
Mat.
Gua tak ada masalah dengan adat. Gua tak ada masalah nak pegang peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat'. Gua tak mahu debat masalah-masalah peribahasa lapuk ni.
Gua melayu urban yang pop. Tapi gua tak suka sangat tapak sulaiman.
Tapi masalah adat nikah kahwin ni pada gua dah jadi macam beban. Beban pada lelaki orang kebanyakan macam gua. Macam meniaga. Meniaga anak. Gua tak salahkan anak (makwe), kadang-kadang mak pak yang lagi beria dari anak. Anak dapat nikah dah lah.
Orang kaya-kaya pergi mampuslah dengan kaya diorang tu.
Jadi gua fikir, hal nikah kahwin ni hal agama. Adat resam kalau membawa ke dosa dah jadi haram. Islam tak susah. Rukun nikah tak susah. Cukup syarat boleh nikah. Kemudian, hal-hal adat yang jadi beban.
Sikit lagi nak membawa ke pembaziran. Membazir itu sahabat saitan. Membazir itu amalan orang kaya, umno serta mat rempit.
Kenduri yang berlebih-lebih dan membawa ke perasaan nak menunjuk-nunjuk tu dah jadi amalan melayu.
Islam itu mudah.
Jadi tak perlu nak susahkan rukun nikah dengan hal-hal kenduri tumbang 14 ekor lembu, kek 8 tingkat, joget lambak dan pesta bujang.
***
'payah ngat nak nikah moh kita kerja di kolumpo je la Abang Mail, orang kolumpo bukan ambik tahu sangat kita duduk serumah dah nikah ke belum...' Piah buka cadangan.
Mail senyum.
Setan senyum.
10 komen:
kahkahkah..der..asal ade umno sekali..hahahaha
alaa..duduk lah dekat ulu..takde sapa nak kacau..
hahhaa.. ending ayat tu paling sempoi.. muahahahhaa!!~
errr.. saya pon tak pernah terfikir nak letak hantaran berapa.. :D
senyum tak perlu kata apa2.. :)
kalo ceni la gayanya
pakat andartua abes la anak2 dara neh..
padan muka..
setuju!
takyah la mahal2 sgt
cukup utk buat kenduri kawen sudah...kihkihkih
*erk!terkejut baca perenggan terakhir...
aku pun senyum. kita jumpa sana ok.
brader, heh! Nampak lu kan.
Bella, hehe.. Dah payah sangat.
Bact, salah siapa? Kan..
Zara, terima kasih..
Naj, senyumlah, itukan ubat segala penyakit.. Jumpa di mana?
nk kawen pon susah. tak kawen lagi susah.
db, tu la hal kan..
kawin dengan awek yang dah takde parent la.
bn, a'ah.. Senang. Sunah.
Catat Ulasan