Tadi wa ke Kuala Krau, Temerloh. Datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.
Wa tak selalu juga pergi ceramah-ceramah ni. Apa gila masa sekolah dulu lari perhimpunan pagi lepak dalam stor sukan.
Kaki-kaki letup power-power juga, walaupun umur baya-baya cucu umur 5 tahun dah belaka.
Wa ingat, ada Pak Jabit, letup orang tua ni memang power. Lu orang tengok sendiri cerita Man Laksa, Zombi, Hantu Kak Limah, lu boleh bayangkan dia punya power.
Ada Haji Suhaimi, ada Dato' apanama entah wa tak ambik port. Letup diorang tipikal ceramah politik la.
Lagi sorang Cina rembau yang boleh cakap india, cina, melayu tu. Cilakak dia ni. 'insyaalah' kata dia. Kahkahkah orang dengar gelak. Wa tak tau apa hukum cina kapir ucap doa-doa ni.
Setel semua sembang meletup-letup, orang dengar ramai tadi start angkat kaki.
Wa kutip kertas suratkhabar, tongkol jagung bakar, botol air mineral, cawan air kertas, setel.
Wa kutip kusi susun cantek-cantek. Wa kedarah nasi goreng kampung.
Lepas tu? Balik la, apa tunggu lagi.
Komen wa? Orang muda tak ramai, boleh nampak mana tua mana muda. Ramainya yang baya atuk, nenek, pakcik, makcik. Ceramah tak menarik minat orang muda yang lebih gemar tengok maharalawak sama af. Orang muda tak gemar dengar orang tua bebel. Apa gila mak pak start bising, dia start motor, nak dengar orang bebel tepi jalan pula kan?
Untuk menarik minat orang muda, PR kena buat letup yang lebih power. Jangan harap blogger tukartiub je panggil orang muda. Semua kena main peranan. Nurul Izzah mana? Pendek kepala AMK mana? Chegubard SAMM mana? Setakat sembang letup dekat kolumpo je baik tak payah, tolong la orang tua-tua dekat negeri-negeri ni. Takkan nak harap Pak Jabit je.
1 komen:
kuala krau..ehem2...jalan depan sikit kira2 30 km dah sampai ke tempat saya..heheh~
Catat Ulasan