Sabtu, 30 April 2011

Pemadam yang hilang

'97 : Klasik darjah 3

'nate ni, mung ambik rabo aku dok?' marah sorang budak dalam bahasa kelantan.

'dok ah, wak go aku ambik hok mung? Hok aku ado,'

'ah, aku wi tau cikgu mu ambik!'

'supoh aku dok ambik,'

'alu mung dok ambik, mung supoh tunjuk langik dulu,'

'ok, aku supoh ko tuhe,' sambil ibu jari sentuh lelangit kemudian tunjuk ke langit.

***

sumpah laknat, sumpah perangai macam budak kecik.

Udoh bekenan, pergi kenalkan

Mama wa kerja dia meniaga kedai makan.

Sebagai tauke kedai makan, mama wa sangat pro dalam bidang memasak lauk, dan berborak dengan pelanggan. Wa bukan nak sembang, ada kastemer dia siap call order kepala patin masak tempoyak takut habis.

...

Wa bawa satu makwe, wa dah bekenan, kalau dia tak reti masak patin tempoyak sama talapia gulai lemak cili api wa suruh dia sambung stadi dulu dengan mama wa.

Duit tak cukup lagi, ingat nak buat personal loan dekat tauke kedai makan tu. Kih kih kih.

...

'no hal, bagi mama interview dulu...' kata mama wa masa wa hantar borang nak buat personal loan tu.

...

'kite makan tengahari sini la, talapia masak lemak cili api sini bapak gila best...'

'ye la,'

makwe wa makan sekali. Amboih, kemain melahap. Kalah wa.

Dah sudah makan, wa bangun pi tabel member wa tarik rokok situ, tinggal dia sorang-sorang.

Wa tengok tauke kedai makan da setabel dengan makwe wa. Wa senyum senget sebelah pipi sambil hisap rokok.

...

Dekat setengah jam makwe wa berborak dengan mak mertua. Tapi sayang, dia tak tau dia tengah berborak dengan bakal mak mertua.

Mama wa pun terer, orang lama la katakan. Wa tak payah kenyit mata pun dia dah pandai masuk part dia.

...

Otw anto makwe wa balik, satu text masuk inbok,

'agree, esok sign kontrek,'

Peh, hati wa berbunga-bunga.

...

Minggu depannya wa eksidenkan ford ranger tauke kedai makan tu. Personal loan wa bertukar jadi insuran kereta. Tak tau la berapa lama kena hold ni.

Cerita asal : matcham-matcham

Jumaat, 29 April 2011

Dialog dengan mangkuk bernyawa

'aku ingat aku nak belajar balik la,'

'apahal? Nak jadi budak balik?'

'sijil tu penting oo..'

'dah tu gaji lu skang dah bape? Lu blaja, abis blaja nanti gaji lu bleh celen gaji kerja skang ke?'

'tu la...'

'lu pikir apa?'

'aku malas keje, kalau blaja bapak aku tanggung, hahaha,'

'celaka perangai lu kan...'

Khamis, 28 April 2011

tingkatan 6

anak cina berebut nak masuk sekolah tingkatan 6 lepas spm.

Anak melayu berebut masuk tempat belajar jadi misi dengan jadi tukang solek.

Pinjam ptptn, umur baru 20, hutang dah riban-riban, yang kaya ceo kolej. Bisnes kapitalis.

Anak cina juga senang. Habis tingkatan 6, keluar result stpm gempak-gempak. Berebut-rebut nak masuk u, tapi tak lepas, kouta penuh.

Anak melayu result cikai, masuk u. Lepas tu keluar graduan tak berkualiti. Result peksa gilabapak gempak, buat kerja tak reti. Kena tiau sikit berenti.

Manja sangat. Kecik-kecik mak pak manja. Dah beso ketuanan melayu manjakan. Lepas tu dah tak pandai nak berdikari. Semua nak harap kroni, ejas sana ejas sini. Kabel sana kabel sini.

Sudahnya?

Cina kaya?

Rabu, 27 April 2011

Rock oo...

'bang, rock tu apa?'

abang tu tunjuk tangan. Ibu jari tutup. Jari tunjuk tegak. Jari mencarut tutup. Jari cincin tutup. Jari kecik tegak.

'oooo...'

'lagi satu amy search,'

'oooo...'

abang memang rockstar dengan baju hitam ada gambar mat despatch dengan kambing dia.

Ingat senang ke nak jumpa brader-brader yang kental macam ni lepak stall beger baca buku mastika?

Wa? Wa menyamar jadi wartawan satu majalah muzik tu. Kah kah kah

Lighter

Wa tak bawa lighter satu hari tu. Kat kedai makan, baru lepas makan mesti nak pasang rokok.

Wa pergi table sebelah.

'bro, pinjam lighter,'

brader muka brader-brader hulur lighter 2 biji. Wa pelik. Brader tu senyum sikit.

'yang kuning tu gas abis, yang merah tu batu api takde,'

wa angguk tanda faham.

'tima kaseh bro,'

'ok, ok..'

Penat

Sekarang wa penat otak sikit. Penat otak!

Menulis memang best bila ada orang baca. Kemudian ada respon.

Peh! Lagi la rasa macam best.

Wa suka post kt u-turn ni pasal wa tau ada orang baca, lepas tu bagi respon.

Time kaseh lah.

Isnin, 25 April 2011

Mendengar letup politik

Tadi wa ke Kuala Krau, Temerloh. Datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

Wa tak selalu juga pergi ceramah-ceramah ni. Apa gila masa sekolah dulu lari perhimpunan pagi lepak dalam stor sukan.

Kaki-kaki letup power-power juga, walaupun umur baya-baya cucu umur 5 tahun dah belaka.

Wa ingat, ada Pak Jabit, letup orang tua ni memang power. Lu orang tengok sendiri cerita Man Laksa, Zombi, Hantu Kak Limah, lu boleh bayangkan dia punya power.

Ada Haji Suhaimi, ada Dato' apanama entah wa tak ambik port. Letup diorang tipikal ceramah politik la.

Lagi sorang Cina rembau yang boleh cakap india, cina, melayu tu. Cilakak dia ni. 'insyaalah' kata dia. Kahkahkah orang dengar gelak. Wa tak tau apa hukum cina kapir ucap doa-doa ni.

Setel semua sembang meletup-letup, orang dengar ramai tadi start angkat kaki.

Wa kutip kertas suratkhabar, tongkol jagung bakar, botol air mineral, cawan air kertas, setel.

Wa kutip kusi susun cantek-cantek. Wa kedarah nasi goreng kampung.

Lepas tu? Balik la, apa tunggu lagi.

Komen wa? Orang muda tak ramai, boleh nampak mana tua mana muda. Ramainya yang baya atuk, nenek, pakcik, makcik. Ceramah tak menarik minat orang muda yang lebih gemar tengok maharalawak sama af. Orang muda tak gemar dengar orang tua bebel. Apa gila mak pak start bising, dia start motor, nak dengar orang bebel tepi jalan pula kan?

Untuk menarik minat orang muda, PR kena buat letup yang lebih power. Jangan harap blogger tukartiub je panggil orang muda. Semua kena main peranan. Nurul Izzah mana? Pendek kepala AMK mana? Chegubard SAMM mana? Setakat sembang letup dekat kolumpo je baik tak payah, tolong la orang tua-tua dekat negeri-negeri ni. Takkan nak harap Pak Jabit je.

Ahad, 24 April 2011

kampung

wa tiap-tiap minggu balik kampung.

Kampung dengan tempat wa bukan jauh mana. Apa gila masa duduk asrama sanggup fly nak balik, dah kerja tak boleh balik?

Kampung ni, kalau tak ada belia kerja di bandar balik, dia jadi tak ada spirit kampung.

Lu orang ingat tak dari kecik mak pak dah ajar,

'ujung minggu balik kampung, dekat kampung semua ada, nak main air tak payah bayar, nak tengok bangau tak payah bayar, nak main pasir lagi la tak payah bayar,'

jangan asyik nak 'waterpark' je, lata panda tu lagi cantik air boleh minum mentah-mentah.

Rabu, 20 April 2011

Parok!

makan tak lalu.

Tido tak lena.

Mandi malas.

Kepala sakit.

Perut tak lapar.

Mata tak ngantuk.

Badan berpeluh.

Huh! Kacik parok ni..

Selasa, 19 April 2011

Makwe vs Motor

Mana lagi best?

MakweMotor
makan mekdi, kfcpetrol, 2t
kasut, tudungkaver set tukar paling kuat setahun sekali, tayar pun
mandi tak leh sekalisukahati la, nak mandi sama kat beranda rumah pun boleh
tak boleh gosok-gosok suka hatinak gosok, nak wax, nak masaj celah mana pun suka hati
tak boleh berduaan di tempat sunyinak bawak dalam bilik tidur pun tarak hal
banyak cengkadak, merajukhabis kuat meragam sikit, hantar pomen setel.
nak mesej, nak calltak payah, bercakap dengan dia pun dia tak jawab
nak topupminyak kasi ron97, minyak itam petronas RM20
rantai, gelang, subangrantai mas murah je, sport rim? tarak hal.

ha... apa macam. Mana lagi leceh nak jaga? kih kih kih

Belia harapan negara 2


Kadang-kadang wa rest day hari selasa.
Hari selasa ini hari yang tak menarik mana pun nak melepak di stall burger, makwe pakai baju kurung asrama tak ramai. Makwe jengka tak ramai. Makwe kerani tak cuti.

Untuk mengelakkan maksiat mata di hari biasa, wa tak pergi melepak di stall burger, nanti masyarakat akan mengata yang bukan-bukan. Mengisap gam contohnya.

Jadi, wa buat aktiviti berfaedah sikit. Wa balik kampung. Lepak di perhentian bas, makan kuaci sama coki-coki sambil tengok kereta lalu-lalang.

Sekali kereta ala-ala kat atas ni lalu, peh. Berterabur wa angkat tangan sambil buat sign 'rock'.

Diorang balas dengan tembak ke udara.

Belia harapan negara

Sebagai seorang belia yang menjadikan aktiviti cuci mata sebagai hobi sampingan di petang hari, hari selasa adalah hari yang biasa.

tapi kalau nak cuci mata tengok makwe-makwe kedai kasut, kedai henset sama kedai kaset boleh je nak melepak dekat stall burger minum air sirap.

"coki2 tu bli 2pket" wa text kutu lepak seperjuangan.

notalengan : makwe kedai ini nasi lemak serta pemakaian mereka seiring dengan sabun daiya mencuci baju dengan power, mereka mencuci mata dengan power.

notabetis : wa google image "makwe kedai topup" dengan safe search off. Entah apa-apa. Cilakak betol

Tidak mampu tidur

Wa mungkin mengalami amnesia tahap kelapan di sebabkan kerjaya sebagai on call kepada batman.

batman ni pun satu hal, tak jaga kesihatan sangat. Dan dan mc, tak pasal wa kena incas ganti dia.

Oleh kerana dah terbiasa berjaga malam, walaupun wa tidak di on call, wa jadi tak mengantuk juga.

Ini tidak baik untuk kehidupan seorang belia yang suka makan coki-coki ketika merokok.

Ada baiknya wa makan nasi sebelum lapar. Tapi nak tidur sebelum mengantuk tu memang payah. Celaka betul.

sebelum wa jadi makhluk diatas, ada baiknya wa pergi cari susu ke apa yang boleh buat wa mengantuk sebelum wa buat jalan terakhir, mengira kambing melompat pagar. kih kih kih.

follow

Bila wa dah banyak follow blog orang.

wa jadi tak terfollow mane pun.

kih kih kih.

Tak boleh pakai punya follow.

tapi... wa ingat ramai juga blogger spesis macam wa ni. kan?

kawan wa pun ada tulis blog.

Ini blog kawan wa.

Dia jambu.

Tak matang.

Serta celaka.

Er.. Dia juga seorang budak kompiter yang pandai. Pandai ok.

Siapa berminat boleh stalk dia.

Jangan bagitau wa yang promot.

Kih kih kih.

Isnin, 18 April 2011

kan dah cakap

kan wa dah kata.

wa dah kata.

baru-baru buat blog rajin la bikin entri.

dah masuk dua minggu, rasa macam gampang dah.

kah kah kah!

Sabtu, 16 April 2011

tak sihat

wa tak sihat sangat.

Tak berapa nak ada mood nak menulis.

Semalam parti besday teruk.

Minum banyak. Jarang wa overdose.

Platform Anak Muda

Platform Anak Muda


Anak-anak muda sekalian,

Platform.AM atau Platform Anak Muda akan menganjurkan protes terhadap media yang mempromosikan politik kebencian, berat sebelah dan kotor

Tarikh: 16hb April 2011, Sabtu
Masa: 4 petang
Tempat: Masjid Jamek dan seluruh negara


Mari membaca!

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook, http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook Platform.AM serentak mulai jam 4 petang
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 4 petang di sekitar Majid Jamek dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda

b.Offline:

1. Flash mob membaca akhbar terbalik di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara
2. Membaca akhbar terbalik secara santai (tidak perlu flash mob) di Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.AM
Emel ke platform.anakmuda@gmail.com
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 16 April 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 4 petang

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada

Sebarkan!


Khamis, 14 April 2011

Jalanraya

Kerajaan harus peka hal-hal jalan kampung yang serupa tingkap kereta waja.

Subcon jalan tar nampaknya dah jadi macam Proton.

Orang kampung pun memangkah undi, cuma makcik-makcik tak tahu perkataan transformasi tu apa.

Cerita katun transformer tau la deme.

Saya dan talibesen

Wa baca satu artikel karangan Isham Rais dalam mastika.

"Campakkan sahaja tuhan baru itu ke dalam stor"
Sejak itu wa tahu, TV adalah satu benda yang kita tak boleh percaya.

***

Dalam 4 tahun lagi kalau wa kahwin, wa tak mahu ada TV. Itu pun kalau isteri wa setuju.

Blog brader-brader

Membaca blog seorang brader rokes untuk kali yang keberapa puluh entah.

Buku dia wa belum ada bajet nak beli. Harap sempat sebelum habis.

Jangan main-main dengan brader ni, dia punya penulisan macam tengok cerita P. Ramlee, ulang 900 kali pun boleh senyum nipis lagi.

keh keh keh.

Rabu, 13 April 2011

Gelap

Sudah pukul 7.

Sudah gelap.

Siapa mahu tolong aku buka lampoo.

Sudah gelap.

Aku malas bangun dari niarap.

sarkastik

sarkastik dalam scene blog,

dah jadi macam indie dalam scene muzik,

macam karipap inti angin dalam scene kuih,

macam cermin tingkap waja dalam scene kereta,

macam alaf21 dalam scene penerbitan,

macam.... macam-macam.

karipap

biar rupa tak mantap,
kelim tak cantik.

Janji kulit rasa solid,
kentang kari ada power,
diadun dengan padu.

Adore

pemujaan terhadap individu menutup kekurangan pada individu yang dipuja.

Apa powernya ayah pin sampai orang boleh cium kaki dia?

peace

peace.

Wa pegi satu blog power tu.

Baru tuka template.

Sebelum ni bapak dark.

Wa tak perasan bila dia tukar.

Kalau dia masuk blog wa, ni wa sound dia!
"bro, kalo orang tak tau pun kewujudan lu dan blog lu, cemana lu nak sampaikan ideologi lu tu? [Tau kewujudan] tu adalah popular."

Jalanraya

wa ingat memang ada pakatan antara kerajaan, kontraktor dan tauke kedai tayar.

Kerajaan keluar tender.

Kontraktor bikin jalan serupa gampang.

Kedai tayar masyuk.

Celaka betul. Buat jalan tu cuba la elok sikit. Jangan ikut sangat perangai orang jual kuih bulan puasa.

Selasa, 12 April 2011

kapitalisme industri keilmuan

adik wa budak lepas spm tahun lepas. Dekat rumah bersepah-sepah sampai surat kolej. Tajuk semua surat tawaran.

Celaka!

Mana ada surat tawaran kolej. Bila masa lu isi borang kolej? Bila?

Nak tau macam mana kolej swasta boleh dapat alamat budak-budak baru lepas spm? Dengan nombor telefon skali?

Wa pernah jual buku majalah sekolah latest dekat satu kolej swasta, diorang ambik rm20 sebijik. Wa jual 5 bijik, dapat serat.

Duit serat tu wa buat menyambo batu.

Dah.. Dah.. Jangan percaya surat tawaran kolej tu semua. Tu semua iklan kapitalis nak jual ilmu.

yang kaya sapa? Makan duit ptptn sape? CEO kolej yang pakai merc sport tu la, yang pakai bmw tu.. Kih kih kih

Isnin, 11 April 2011

perempuan vs kenderaan

1. Maintenance - Tengok jenis apa. Tinggi ke rendah.

2. Leceh - Tengok jenis jugak. Kalau dah pakai keta brand pelik-pelik tu tak ke masak nak import sparepart. Waja tu, tingkap dia hampeh juga.

3. Power - Kalau kancil tu paham-paham la. Kalau Inspira Mivec tu paham-paham la.

4. Brand - Pakai proton la senang. Boleh je nak pakai Honda, kalau poket tebal. Kih kih kih.

5. Brakedown - faker! wa tak minat. Time tu nak pakai, time tu dia buat hal.

5. Usia - ni lain sket. Keta makin tua makin rare. er...

dah. tak de idea. Lu nak tambah?

**update +misnadh

6. Kaler - Kalau kereta boleh tukar-tukar. Keluar modal la, nak cantik keluar modal besar. 2k ke, 3k ke. Kalau.. er....

7. Bentuk - Tarak hal, boleh modified, janji ada modal. Biasa la pakai bodykit besar-besar kan. Kat tv3 ada produk nak modified... set mende entah tu yang iklan epal, belon tuh. Kih kih kih.

Kehidupan yang...

Entah la. Orang bosan kalau cakap pasal kehidupan.

lantak ko la, hidup ko. Wa peduli apa.


Sebenarnya wa dah lupa, sejak umur berapa wa dah tak ada cita-cita.

***

"mat, apa cita-cita kamu," tanya guru kelas wa suatu hari.

Wa jawab dengan angkat bahu.

Tak tahu apa benda ada dalam otak wa masa tu. Sampai sekarang pun.

***

hidup tanpa cita-cita, baik tak payah hidup - senior asrama wa


jenis tak berjenis lu ni - membe wa


***

faker apa!

Ahad, 10 April 2011

Berjaya

Berjaya?

Setakat pas diploma pointer tak sampai tigi. Lepas tu kerjaya lu tak sama pun dengan apa yang lu belajar, jangan pertikai keberjayaan orang.

***

'gua dah jadi orang yang macam gua nak,' kata seorang blogger agung di komen status fb.

gadisku

wanita itu pelengkap lelaki.

Hawa dicipta untuk melengkapkan Adam.

Tanpa wanita, manusia tidak akan berkembang. Mungkin manusia tidak tinggal di bumi.

Usah pertikai kerja Tuhan. Dia Maha Tahu.

Wa mengangkat kaum hawa sebagai orang paling penting dalam hidup wa, selepas Rasulullah S.A.W.

Tapi, mungkin. Mungkin, atas sebab itu wa lemah dengan kaum ni.

Ah, malaslah cerita panjang.

Wa gentle, tapi bila berdepan dengan makwe, wa selalu mengalah. Wa mahu dia jadi macam mama wa, mama kepada anak-anak wa. Moga anak-anak wa nanti macam wa juga. Sayang pada kaum hawa. Moga.

Waspada janji ‘kacang putih' -ugusan melayau

BINTULU 9 April – Tawaran manis
manifesto pembangkang menjanjikan
pelbagai imbuhan termasuk wang tunai
RM200 untuk setiap seorang murid sekolah
rendah hanyalah ibarat ‘janji kacang putih’
yang muncul setiap kali tiba musim pilihan
raya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, ia berbeza
dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)
yang sejak sekian lama membelanjakan
sehingga RM35 bilion setiap tahun untuk
membangun dan memacu program
pendidikan negara, antaranya prasekolah.
Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan
mengapa tawaran RM200 hanya dijanjikan
untuk penduduk Sarawak sedangkan tidak
ada ganjaran seumpamanya dikeluarkan
untuk rakyat di Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan Kelantan yang ditadbir pembangkang.
“Kalau hendak dikirakan RM200 itu apalah yang
ada.., dalam satu bulan sudah habis sedangkan
kita tanggung percuma persekolahan anak-anak
kita dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
menengah sehingga masuk universiti.
“Ini hanyalah tawaran-tawaran manis semasa
pilihan raya, jangan penduduk Sarawak gadai
masa depan kerana terpengaruh dengan ganjaran
seperti ini, ” katanya.

***

"Janji melayu" dekat kerdau dengan merlimau ape cerita?

Orang jengka apa cerita? Dah dapat ke?

Orang kerdau apa cerita? Da setel semua?

Apa cerita? Apa cerita?

sebutir epal

tak. Tak. Wa tak cerita pasal blogger. Tak ada kena mengena dengan yang akan mati, atau yang dah mati.

***

Ada sepohon epal yang subur. Berbuah setiap musim.

Semua buahnya masak ranum.

Ada sebutir epal, berbuah di dahan paling tinggi. Sebutir buah itu, paling sedap, masak ranum, merah merenggah.

Sampai masa tukang kebun petik epal. Pemetik epal itu pun petik epal yang senang-senang dekat dahan bawah.

Satu, satu.. Epal di dahan yang rendah dah makin kurang. Epal di hujung dahan tu hairan.

'apahal diorang ni tak petik petik wa ni,'

dia dah mula bengang sebab orang tak petik dia. Padahal dia lagi merah dari yang bawah.

'ah, baik wa gugurkan diri sendiri, untung-untung diorang ambik,' fikir epal yang rasa dirinya best itu.

Lalu dia pun gugur lah ke tanah. Tukang kutip buah tak sedar pun dia gugur. Sehari. Dua hari. Epal lain di barisan atas orang dah mula petik.

Tapi epal tadi yang gugurkan diri busuk di tanah. Busuk la dia di tanah begitu sahaja tak ada orang nak pun.

Tamat.

***

Lu dapat tak cerita ni? Itu lu punya hal.

Kih kih kih

wa tak suka ayat ni

wa x suka ayat ni!

Sharing is caring

gampang

Sabtu, 9 April 2011

kelabu

tadi, hidup cuma hitam dan putih.

Macam cerita pramlee.

Skang da ok.

Sebab da makan nasi. Tadi wa lapar rupanya.

dari beluncas jadi rerama

dia menetas atas daun. Ulat tu kaler hijau, coklet.

Dia makan daun sampai besar sikit. Sebelum besar banyak juga cabaran.

Racun, burung, orang...

Ulat tu kecik je, tapi dia power. Bila hujan dia lpak dalam lubang batang pokok.

Sampai masa dia rasa lain macam. Dia lepak je dekat ranting. Makan daun pun dah hilang selera.

Tiba-tiba ada benda kuar dari badan dia. Balut ulat kecik tu ketat2. Rimas. Panas. Hujan. Basah. Mende-mende kat luar satu ape pun xtau.

Lme juga rasanya dia lpak dalam kepompong ketat tu, tiba-tiba badan dia rasa lain macam lagi.

Ulat tu rasa kuat. Yah, dia rasa badan dia dah lain macam. Dia koyak kepompong yang merimaskan tu.

Keluar-keluar peh, 'wa da ada sayap bai,' tapi x kembang lagi.

Seminit. Dua. Tiga. Sayap ulat kecik tadi makin lebar. Cantik. Bercorak. Warna-warni. Boleh terbang. Boleh mengawan. Isap madu bunga. Kemudian bertelur.

Dia igat balik, masa dalam kepompong dulu, 'peh, seksa juga wa berbalut dalam tu nak kuar cantik cenggini,'

makan dalam

wa minat juga ayat jenis makan dalam ni.

Wa ingat satu ayat membe wa baek punya.

Makwe-makwe sila take note.

'udara dulu bersih, tak macam skang, ulat pun tak berapa sangat. Orang tua-tua dulu balut buah nangka dari kecik tak nak bagi ulat makan, dah beso, guni balut nangka tak muat, padat sampai ikut bentuk, dah koyak guni baru ngam boleh ambik, makan..'

dapat tak? Sukahati lu. Kih kih kih

ini wa dapat tadi

tadi, dekat tandas awam wa lepas segala problem yang ditanggung.

Celaka ayat macam ni.

Sambil-sambil tu, wa terpaksa tengok pintu jambam. Takkan nak tengok pam flush pulak.

Bapok power! Sudah potong call : meksis9tut5tutcegampang.

Faker la perangai siapa buat ni. Wa salin simpan dalam henpon. Topup sok wa nak trai miskol. Kikiki

Jumaat, 8 April 2011

Segmen Weh! Kalau wa Bukan Belogger

klik ayat ni, terus ke blog kepala alang segmen cegampang ni, kih kih kih

ini segmen abang zam yang jadi kepala alang.

Kalo skang wa bukan blogger, dulu pun wa bukan blogger. Kih kih kih.

Wa bikin blog mana-mana je. Wa mobile blogger. Tengah berak pun wa bleh blog. Tengah isap rokok pun. Tapi susah menaip henpon sebelah tangan isap rokok.

Kesimpulannya, kalo wa bukan blogger, dulu pun, bila-bila pun wa bukan blogger. Kih kih kih

Perkataan nak tipu mak cik felda

bongok betol.

Memang la arwah sabardin tu konsisten mati jatuh bangunan. Semua orang tahu arwah mati jatuh bangunan.

Yang orang nak tahu kenapa dia jatuh bangunan? Kena tolakkah? Jatuh sendiri ketika main nyuruk2.? Bunuh diri? Kalau kena tolah sebab apa dia kena tolak? Kalau kena tolak, kenapa dia kena tolak? Itu yang rakyat nak tahu.

Atau, bangunan sprm berhantu? Kih kih kih. Dah dua orang mati jatuh bangunan dekat situ.

Jaga-jaga.

Satu lagi perkataan nak tipu makcik felda.

Konsisten.

Konsisten sama maknanya dengan punca. Betullah, punca matinya arwah adalah jatuh bangunan.

duit dan orang biasa

wa orang biasa dekat malaysia ni.

Lu tau orang biasa ni macam mana?

Ada duit, cukup makan sebulan. Simpan? Tak makan la.

Makan berapa rat habis sebulan? Tarak makan tarak kerja mah.

Rokok? Minum teh? Minyak? Topup?

Sampai lagi 10 tahun seterusnya, wa akan jadi orang biasa. Hidup wa akan macam ni.

Macam kebanyakan orang-orang biasa dekat mesia ni.

Bukan wa tak rajin. Tak-tak. Wa rasa lu yang kaya-kaya duduk tempat wa ni dulu baru lu rasa macamana.

Wa ok. Wa dah jadi orang yang macam wa nak jadi orang. Cuma, kalau ada banyak sikit duit wa lagi suka. Kih kih kih

peh!

kadang-kadang wa stim juga tengok makwe pakai baju kurung.

Baju kurung tu cantik dah, tapi dia punya cutting peh! Dengan dia punya jarang lagi. Nampak segala macam kaler melekat kat dalam.

Memang... Memang tak aa kan.. Memang tak aa...

Khamis, 7 April 2011

mengantuk

mengantuk wat wa payah nak bergerak. Sakit kepala sebenarnya. Tapi mengantuk penting juga. Tidur tu nikmat.

Wa hidup lebih pada orang biasa. Sehari pat jam je tido. Selebihnya masa untuk berak, makan, mandi dan minun. Jadi, mengantuk adalah musuh ketat wa.

Ubat tahan mengantuk mahal sangat. Kah kah kah.

Menung itu satu aktiviti

'oi mat, menung jauh nampak,' membe wa tegur. Memang wa tengah menung. Tapi wa x jwb dia tny.

'diam je, lu menung jadah pe mat?'

wa diam lagi.

'kimak lu mat, orang tnya diam,' wa panas hati bila orang mencarut.

'lu la kimak, wa diam tu wa tengah menung la, kalo wa layan lu borak, tu jadinya wa tengah berborak,' wa jawab padu.

Membe wa diam trus bla wat muke ketat. Wa smbung termenung sambil layan entri ni... Kih kih kih

Rabu, 6 April 2011

wa bizi, nak potong kuku pun takde time

bnyk jga msa wa nak kna pkai dengan aktiviti harian skang.

Makan nasi, isi minyak moto, berak, minum teh, tidur, kerja, start moto, kira duit, keluar duit dkat mesin atm, tgu mamak pulang baki, online blog,..

Celaka betol. Semua benda makan masa rupanya.

***

mat masuk 7-eleven. Dia campak rokok baru setengah batang isap.

Depan kaunter dia order barang.

'bro, wa nak topup time 3 jam,'

'beres,'

peh! Dah jadi 27 jam masa mat sehari. Lepas dah nak minum dengan makwe dekat kopitiam.

Selasa, 5 April 2011

kepada makwe-makwe...

wa masuk kerja tadi.

Lepas tu rasa lapar.

Dah lapar makan la. Wa makan roti sardin 80sen camp ngan air tin soya.

Lepas tu rasa nak makan nasi juga. Jiwa ketuanan melayu wa wat perut wa tak berapa ngam dengan roti sama air soya. Wa belum barat sangat lagi.

Awek wa call. Tanya nak makan tak.

Peh! Baru wa niat dalam hati tadi nak call dia suruh tapau nasi. Terus die dulu call wa.

Kecik hati, padang bola wa tadahkan, wa order nasi campur sama neskepi o ais.

Setengah jam sampai.

Amacam makwe2.? Ada bran wat macam makwe wa wat kt wa?

Amacam?

menjadi blog yang power

wa ada blog lain. Blog yang tak power. Wa pikir blog tu tak power sebab wa kena pikir banyak kali kalo nak post samting pasal wa.

Gila ke nak cerita lebih-lebih. Masak la wa kalo makwe wa baca hal-hal wa mengorat makwe budak sekolah. Kan?

Dah tu, apak wa lagi. Mak wa lagi. Kawan kerja pun baca. Dah wa letak dia punya updet dekat facebook. Cilakak betol.

Jadi wa wat blog baru, untuk aman sikit bila wa rasa nak post hal-hal jenayah berat wa.

Apadahal? Haha.

Isnin, 4 April 2011

putus sambung

wa blik kg ahad bru ni. Lpk kg, jd bdk kg. Dok bando pn bdk kg jgk.

Wa mnum teh ptg, pkena dgn goreng pisang pns. Peh! Mmg power.

Smbl mnum teh, smbl brak. Brak tu mmg x de hal. Wa x ksah pn nk brak ape2.

Yg jdik hal, apahal lpas tarik, tarik rokok atas table tu. Wa x ksah pn nk trik, sbb wa yg ltk atas table. Yg wa ksah, trik, trik jgk, jgn le selit dkt tlinge lpas tu bla trs slambe. Cilakak btl. Gtah dah mhal dah. Lbh dri gji wa mkan gji rsenye.

his. Pompuan...

kalo da tau pakwe tu tgh wt mende, jgn jd ngok bile call tnye,

'b tgh wt ape?' makwe tnye
'bertarannum..' pakwe jwb
'his...' makwe hangen
'btl la,' pakwe men2
'org tny btl2 la,' makwe bngang
'org jwb btl2 la,' pakwe wat klako

tut.... Makwe ltk telefon. Pakwe smbg tdo.

Tau pompuan?

apahal mangkuk ni ayat rupe tulis sms je

kih kih kih...

Dah mmg wa posting henpon. Mmg la rpe tls msg.

Best blog pkai henpon ni. Mmane rse nk apdet blog, apdet je.

Tgh dating. Tgh usya makwe. Tgh mncing. Tgh ngeteh. Pndek kte mcm2 tgh la bleh apdet blog jgk.

Cmenye ibu jri ade mlepuh skt la psal taip pnjg2. Haha

apahal name blog wa tak sedap langsung?

kih kih kih.

Wa pun xtau apahal wa bleh ltk nme blog u-turn haji ali. Sbenanye mmg wa da plan nk ltk nme uturn je.

Tetbe wa rse mcm nk tmbh haji ali.

Haji ali tu nme kg tmpt wa membujang skang. Nk blk umah wa dri tmpt cari mkan mmg kne uturn. Jdi dgn sempoinye wa abadikan nme haji ali tu jdi nme blog ni.

Maka, jdilah nme blog ni sgt cegampang. Tp xpe, wa pnh jmpe blog name lg gmpang dri ni.

Apadahal? Jnji power kan.

Ahad, 3 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



ni wa join segmen ben ashaari.

Wa xtau ape2. Siyes. Wa pkai join je. Wa pn x knl sape mangkuk ni. Tp wa tau la mangkuk ni rmai peminat.

Er... Sori ben wa pgil lu mangkuk. Pngilan mangkuk ni sebenanye ktu2 slalu pgil kt geng2 je.haha. Mntk2 lu kasi join segmen ni an.

Ok ben?

wa jawab persoalan di benak fikiran korang

lu orang msuk blog ikut link yg wa tepek di komen blog orang kan. Wa kompiden ckap psal wa xde tepek lg link blog ni kt tmpt len.

Msti lu org tertnye2, apahal mamat ni (wa la tu:. Post bru 2 entri, dah nk kecoh kt komen org.

Sori le mne hak msuk blog, tarak ape2 lg an. Nk wat cane, da mmg blog bru wat. Xkan wa nk bantai tuko tarikh 2006 an? Haha.

K, bro2 n makwe2 yg msuk blog wa ni, tenkiyu le diucapkan.

Steady?

orang nak ada blog, wa pun nak ada blog

Skang nie banyak gile bebudak wat blog. Macam2 pesen.

Blog yang ramai orang bace mestila blog yang rmai folower ngan banyak komen.

Blog yang rmai folow ngan bnyk komen ni besanya blog klaka, fakta, yg pesen betaki, ngan yg pesen post gambo ngan video pelik ke kelako ke. Entah mane bdk2 yang wat blog gambo pelik2 tu rembat gambo.

Sedak la die, cari gambo kat google, pastu post kat blog, pastu blog die rmai org tgk. Pastu dpt nufnang banyak. Ceh.

Korang ada cara nak kasi blog power cepat sket tak? Wa dah cari kat google. Bleh tahn banyak. Mcam2 skill ade.

Takpe2, nnti wa trai se2.

Cantek?

Lpe nk ckp, wa xnk bgtau name, sbb sek-sok senang wa nk post brang2 trlarang. Haha

Power-power

Satu lagi blog gila. Kih Kih Kih