Sempurna.
Hm... Selalu aku dengar keluhan tiada insan yang sempurna di dunia ini.
Maksud aku insan. Seseorang.
Aku rasa, pada aku, kita semua sempurna. Mungkin, untuk diri sendiri berasa sempurna memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Tapi pada aku, cukuplah dilihat sempurna oleh insan yang menyayangi aku. Cukuplah.
Sempurna pada seorang manusia perlu dilihat guna mata hati.
...dan tak perlu jadi sempurna itu aku rasa salah. Cukup, dengan menjadi diri sendiri sudah buat kau jadi sempurna sekurang-kurangnya pada pandangan makwe sendiri.
Kalau kau kata tak perlu jadi sempurna, buat apa kau mahu pakai seluar, baju, dan ada teman?
Kan?
0 komen:
Catat Ulasan