Khamis, 24 November 2011

awak, apa bukti awak sayang saya?

Ada sesetengah lelaki tak reti menunjukkan atau menzahirkan perasaan sayang dia pada gadis yang dia sayang.

Dia bukan tak ada perasaan. Tak. Dia sayang. Sayang sangat-sangat. Tapi dia tak pandai nak buat sesuatu supaya makwenya itu tahu yang dia sayang sangat-sangat.

Lelaki tak pandai nak letak gambar makwe dalam facebook dia. Dia tak tahu pun yang status relationship facebook itu benda yang romantik. Dia malu nak update status tulis 'saya sayang awak sangat-sangat'.

Lelaki macam bodoh tu tak pegang pun tangan makwenya masa keluar dating. Dia pun malas nak pegang handbag makwe dia masa shopping. Teman makwe shopping pun dia malas kadang-kadang tu.

Dia tak tau pun save nama makwe dalam henfon tulis 'ucuk' tu sejenis benda yang menunjukkan perasaan sayang. Dia tak panggil pun makwe dia cayang ke, baby ke, anje ke, ucuk ke, dia panggil awak-awak je. Kadang-kadang dia panggil nama je.

Dia tak pernah bawa makwe dia pergi tengok wayang atau main boling. Shopping uptown pun tak pernah dengan makwe dia, pasal dia rasa anak dara tak cantik keluar malam. Bapak la kuno dan tak stailonya lelaki ini.

Makwe dia pula jeles tengok kawan-kawan sweet kapel. Romantik. Sampai satu tahap makwe ni rasa dia tak kapel pun, dan lelaki tak ada perasaan sayang kat dia lansung.

Satu hari makwe ni nak tanya lelaki ni betul-betul status diorang apa sebenarnya.

"awak, awak sayang saya tak sebenarnya?" tanya makwe itu.

"sayang," lelaki itu jawab biasa-biasa saja. Tak beria pun.

"Tapi nape kita tak macam loving kapel lain? Sweet je, pakai baju kapel design sambung-sambung," kata makwe mempertikai jawapan lelaki itu.

Lelaki itu diam.

"awak," si makwe minta jawapan juga.

"Saya macam ni sebab saya sayang awaklah, dan apa yang awak nampak, itulah saya," jawab lelaki itu dengan nada yakin.

Makwenya diam dan lelaki itu senyum.

3 komen:

Abang Zam berkata... [Reply]

babi. ini macam apa yang gua rasa
kahkahkah

gadishebat. berkata... [Reply]

kalau ada button LIKE fb tu kan sng.jadi kat aku jugak benda ni, sampai satu tahap, aku taktau die tu syg aku ke tak.
si makwe pun sng je,takyah pk byk,dah tak tahan sgt,buat ego jgn contact,kalau lelaki betul2 syg,mmg gelabah tak ingat punyalah si boyfren,konfem!
ehehhe ;)

fatinizzati berkata... [Reply]

aloh2 sweet la tu.hik hik