Ahad, 6 November 2011

Min dan Mat : Poligami.

Min dan Mat keluar makan tengahari naik kereta Min. Oleh kerana Mat seorang lelaki kacak yang sangat menjaga tatasusila keegoan seorang lelaki kacak, jadi Min perlu memandu keretanya sendiri. Lelaki yang punya ego tinggi tidak akan memandu kereta milik kekasihnya. Bukan selalu lelaki kacak berada di posisi penumpang.

Berada di posisi penumpang akan memberi pandangan yang luas dan terbuka.

Kelihatan sekelompok pelajar perempuan asrama sekolah agama gayanya, menengokkan saiz tudung yang besar menutup lutut, berjalan di pinggir jalan.

***

Mat : Comel budak-budak sekolah agama ni.

Min : Em...

Mat : Awak, nak tanya sikit boleh?

Min : Apenye?

Mat : Kalau ditakdirkan awak bermadu, maksudnya saya beristeri dua termasuk awak, awak sanggup?

Min : Sanggup je, takkan nak melawan takdir kan.

Mat : Wah... Awak memang calon isteri terbaik ah. Ni buat saya awak lebih ni...

Min : Nak kawin dua? semayang jemaat entah dah berapa tahun tak semayang, nak kawin dua.

Mat : ...

Mat turun tingkap luas-luas lalu cucuh winston sebatang.

Min masih fokus pada pemanduan.

3 komen:

bact. berkata... [Reply]

apasal min tu tak terajang lu keluar je ha?

semutsengal berkata... [Reply]

kahkahkah,

mat jangan terasa yaa.


Cool !

Rara. berkata... [Reply]

kantoi tak pegi semayang jumaat, bhaha