Ahad, 27 November 2011

Jodoh, mesti la gua nak makwe ada dara lagi.

Pos ini gua tulis untuk seorang kawan rapat. Gua tak tau dia baca blog ke tak, lantak. Rasanya topik yang gua nak sampaikan ni penting juga untuk kaum pakwe yang tengah mencari gadis buat teman hidup sampai mati.

Gadis.

Gua nak petik terma gadis ini dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kaum hawa gua maksudkan, gadis yang belum nikah dan belum bersuami.

Sebagai lelaki, satu benda yang paling perlu buat untuk menunjukkan yang dia ini lelaki tentulah menjadi suami. Bagi yang tak tahu, menjadi suami adalah menjadi ketua sebuah keluarga. Ketua, orang yang paling penting dalam sebuah keluarga.

Macamana nak jadi suami? Ya, betul. Kahwin dengan kaum hawa, atau nama melayunya perempuan.

Cerita jadi suami gua cerita lain kali. Gua pun belum nikah, apa cerita nak cerita pasal jaga anak.

Gua nak cerita pasal mencari kaum hawa untuk dibuat isteri. Tak susah. Betul. Ayat tipikal yang selalu gua dengar dari mulut lelaki yang nak cari isteri lebih kurang macam ni.

"gua nak bini yang pandai masak, boleh hormat mak pak adik beradik, sedap mata memandang, baik, solehah dan anak dara"

Heh. Kawan... Kawan... Jodoh, bukan benda yang kita boleh nak dan dapat suka-suka hati. Ini kerja tuhan. Kau nak pertikai kerja tuhan? Ha?
Gua menulis dari sudut pandang gua sendiri. Ini pendapat individu. Gua tak ada rujuk mana-mana ustaz, buku, blog, status fesbuk atau geng-geng ustazah keyboard yang selalu dengar ceramah agama dekat youtube.

Semua orang yang menganut agama Islam patut tahu benda ni, jodoh itu kerja tuhan, ALLAH S.W.T.

Mencari jodoh itu kerja manusia. Mencari adalah kata kerja, yakni sedikit usaha dan tawakal dari kita sebagai hamba. Kawan, jodoh tak datang bergolek. Lu kerja rajin gilababi, duit banyak, tak ada masa nak cari calon bini, tak akan ada kaum makwe yang datang dekat pintu kereta mahal lu minta nak nikah dengan lu. Tak ada kawan. Kena usaha. Macam lu usaha nak cari duit tu lah.

Masa berusaha tu mesti la pilih yang berkenan dimata, dihati kan? Betul la cara tu. Tapi. TAPI...

Tengok balik diri sendiri. Gua tak suruh lu tengok cermin kemudian picit jerawat atau cukur misai. Tak. Gua maksudkan, tengok diri sendiri tu, sebagai kaum pakwe. Keadaan kita. Apa benda yang kita buat hari-hari. Kerja dengan tuhan macamana?

Kehidupan ni ada hukum dia, kerja tuhan, undang-undang tuhan. Nak tak nak kita kena ikut. Tuhan takkan aniaya makhluk yang dia buat untuk sembah dia, dan buat kerja untuk dia.

Dalam dunia gua satu hukum je yang perlu berlawan, tak sama yakni hukum nikah kahwin. Benda lain gua tak tahu, yang gua tahu dan percaya tuhan itu adil.

Macam gua kata awal-awal tadi, nikah kahwin ini kerja tuhan jadi dia mesti tahu pakwe a kahwin dengan makwe a. Pak Pandir jodoh dia Mak Andih. Dato' K jodoh dia Siti Nurhaliza dan Nora Danish tu walaupun cun tapi jodoh dia bukan pakwe yang dia dah nikah tu.

Maka, sangat adil kerja tuhan itu kalau dia tetapkan hukum wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

Nak pertikai lagi? Tengok diri sendiri. Lagi sekali ini kerja tuhan, menilai baik buruk makhluk yang Dia buat untuk sembah Dia. Bukan kerja kita. Jadi, siapa kita nak pertikai kalau ada pelacur yang jodohnya lelaki soleh atau makwe solehah kahwin dengan penyamun. Lu nak pertikai kerja tuhan? Ha?

5 komen:

fatinizzati berkata... [Reply]

aku rasa roughly semua orang akan pertikai kan kerja tuhan. sama ada cepat atau lambat untuk orang terima hakikat je. aku pun macam tu. kadang-kadang.

Bella Bell berkata... [Reply]

yup2. jodoh pertemuan tu semua di tangan tuhan. kita just berusaha dan bertawakal je.


nice2.

bact. berkata... [Reply]

berapa hari ko menaip entri neh ha?

blog-tips-kurus berkata... [Reply]

jodoh juga adalah rahsia Allah. ada orang jodohnya banyak, ada yg 1pon tak lepas-lepas.. pasti ada hikmahnya.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

aku sukalah blog ko ni
tak gerak bijik mata dengan hebat dah boleh baca semua

entri ko ni? TLDR. haha gurau je...
actually aku pun tgh tunggu jodoh aku..
btw, tajuk post ni.....ermm... ada je lelaki yang aku kenal sanggup terima
gurl yang dah tak suci as his wife

=)