Meniaga mende pemakan ni memang buat duit, kalau jenis orang meniaga yang ikut sistem ekonomi kapitalis memang boleh buat duit kaw-kaw. Kalau jenis orang yang meniaga ikut sistem ekonomi muamalat, alhamdulillah boleh dapat dua-dua, duit dan pahala.
Kedai makan untuk yang di bandar-bandar adalah untuk orang yang tak ada masa kerana sibukkan hal-hal dalam wallet dan tak nak memasak di rumah kerana tak mahu mengotorkan dapur berkabinet puluh-puluh riban.
Kedai makan yang di tepi-tepi jalan adalah untuk orang yang kehulur-kehilir atas jalan serupa tak ada rumah.
Manakala kedai makan tom yam adalah untuk orang yang makan sambil berhibur.
Selain itu, kedai makan mamak pula untuk orang yang tak ada internet di rumah serta berebut dengan orang rumah atau adik perempuan nak tengok tivi.
Sesungguhnya, dalam banyak-banyak jenis kedai makan, kedai makan RM10 adalah paling celaka untuk orang yang kena tipu. Celaka, sesenduk lauk RM10. Sepotong ikan RM10. Nasi lauk sayur RM10. Ini adalah kedai makan yang tak patut orang makan, patutnya orang main dam aji sahaja.
Gua doakan tokey kedai itu boleh masuk saham wallstreet dalam awal tahun depan.
Gua tak doakan dia naik haji pakai duit meniaga itu, kalau dia naik haji pakai duit meniaga itu dia cuma naik haji marlboro je lah nampak gayanya.
1 komen:
kahkah. abang igt warung 1 malaysia tadi
Catat Ulasan