Gua bukan selalu duduk lama sikit dekat kampung. Raya itu hari pun gua berulang balik rumah bujang ke kampung balik hari.
Sebenarnya, kampung dengan bandar tempat gua kerja tu bukan jauh sangat, lebih kurang 45 minit kalau purata kelajuan dalam 100km/j bawak kereta. Bawak motor 20 minit saja.
Semalam dengan kelmarin gua balik kampung.
Scene ganja tak banyak perubahan, tapi gua perasan ada 2,3 orang muka baru masuk port. Sekarang harga dah naik, setepek RM10 baru lepas 2 batang rokok. Masa gua dalam scene 3-4 tahun lepas setepek lepas juga 3,4 rokok. Dia punya naik pun sedap.
Balik kampung kalau tak main semak, baik tak payah balik kampung. Gua ikut budak masuk hutan cari burung. Gua nak terangkan macam mana pun tak reti hal cari burung ni.
Rupanya, jarang-jarang masuk hutan main semak ni badan gua sudah semakin lemah. Balik rumah, badan naik gatal-gatal. Gua dapat rasakan, kegatalan ini menandakan gua semakin tak berapa nak budak kampung sangat.
Kalau kecik-kecik dulu, lebah penyengat pun tak lut nak sengat.
Ahad, 30 Oktober 2011
Sabtu, 29 Oktober 2011
Makwe lawa.
Lawa betul makwe yang gua usha tadi.
Ayu.
Muka bersih.
Tudung.
Body nampak tiptop walaupun pakai baju seluar tak ketat.
Memang tiptop. Bukan gua sorang pandang, gua bujang, pakcik-pakcik pun pandang.
Gua angkat henfon dalam poket.
Gua sms makwe.
'bby rndu la'
cilake, dah kena macam Najib ke gua ni?

Jumaat, 28 Oktober 2011
Sedih.
Gua sebenarnya dah lama tak bersedih. Sampai kadang-kadang gua tak perasan, gua tengah sedih ke tengah gembira.
Gua baca blog orang, ada cerita sedih-sedih, kadang-kadang rasa mahu buat cerita sedih-sedih juga. Tapi gua dah lama tak ada cerita sedih.
Last sekali gua sedih minggu lepas kalau tak silap. Sedih yang jenis orang memang kesian punya. Ada ke baru 20 haribulan, gua cucuk mesin keluar duit baki tinggal RM0.18 sen.
Namun, dalam pada sedih tu gua pergi juga kedai nasi lemak makwe, selamba gua makan free jenis bakal mak mertua memahami. Entah-entah dalam hati risau juga anak dara dia kurus lepas nikah.

Khamis, 27 Oktober 2011
Nadia #2
Bunyi sms masuk dari telefon bimbit. Aku memandang kiri dan kanan mengesan dari mana datangnya bunyi itu.
Sebenarnya aku sudah terlupa tempat pertama aku letak telefon bimbit itu sebaik melangkah masuk ke rumah tadi.
Telefon bimbit berlagu lagi. Aku dapat kesan bunyi getaran di celah antara televisyen dan speaker. Cis.
Di skrin telefon bimbit terpapar nama pemanggil, Along Rauf. Aku tekan butang menjawab panggilan.
"Assalamualaikum Fiq," aku mengecam suara Along Rauf di hujung talian.
"Waalaikumsalam Along," aku menjawab sopan.
"Malam ni kita pergi ziarah orang sakit,"
"Siapa?"
"Ayah Man, Along dapat info dia tak berapa sihat,"
"Bila tu Along?"
"Malam ni, lepas maghrib,"
"Ok, saya ambil Along di rumah,"
"Ok, Assalamualaikum..."
"Waa..." belum sempat aku jawab, Along letak panggilan, "Waalaikumsalam,"
***
Aku duduk di sofa sebelah Along Rauf, bertentang dengan Ayahanda Razman, yang aku gelar Ayah Man.
Tubuh tua itu bersandar di sofa, sesekali dia terbatuk.
"Dah lama ke ayah tak sihat ni? Awat tak habaq," tanya Along Rauf bila melihat duduk Ayah Man sudah mula selesa.
"Mana aku nak habaq dekat hangpa semua, sekoq-sekoq tak nampaq batang idung," jawab Ayah Man, getar suaranya sedikit tegas tapi perlahan. Aku sekadar mendiamkan diri.
"Adik, hang tu awat lambat no buat ayaq," tempik Ayah Man, sambil berpaling ke arah pintu dapur. Aku menegakkan kepala, juga melihat ke arah dapur. Along Rauf diam menunduk.
Seorang gadis, rambut bertutup selendang ringkas, menutup sedikit wajahnya keluar dari dapur membawa dulang berisi air.
Sampai di tempat kami berborak, si gadis sopan menyusun cawan dan teko ke meja. Terlihat wajahnya dari dekat, saat dia menuang air ke dalam gelas di hadapan aku.
Cantik. Cuma satu perkataan terdetik dalam fikiran aku ketika itu.
***
<Sebelum | Seterusnya>
Status Perhubungan Fesbuk.
Sebenarnya, status perhubungan di fesbuk tidaklah memaksudkan apa-apa kepada kebanyakan pengguna fesbuk.
Menurut kajian pasukan penyelidik profile fesbuk dari fbleaks, 80% pengguna facebook menukar status perhubungan mereka secara sesuka hati, kadang-kadang sebulan dua kali. Ini jelas, status perhubungan fesbuk bukanlah apa-apa bagi pengguna.
Memetik status hikmah facebook, gua dah lupa terbaca dekat status sapa, - "Cinta tidak dinilai dari status facebook"
Sebenarnya gua pun buat "married to" juga di status perhubungan fesbuk, pasal orang kata laki orang ada market lebih.
Tapi gua masih tak nampak di mana marketnya, yang gua pasti dan jelas tak ada wallpost-wallpost mengorat di wall makwe gua.
p/s : kejap tadi ada sorang kawan kelas aku masa sekolah up status tengah tunggu time nak bersalin, gua komen - kemain mama zaman fesbuk, dan lagi fesbuk time-time gini.

Rabu, 26 Oktober 2011
Nadia
Si gadis rambut lurus, ada highlight unggu sikit-sikit. Cantik.
***
Bunyi bingit berdentum dari kotak speaker yang entah volume berapa kutu yang bertugas sebagai pemain lagu itu pasang membuat dada senak.
Orang dalam tempat ini macam pekak semuanya. Bunyi macam itu, orang pekak pun boleh dengar semula kalau dengar.
Badan Nadia bergoyang-goyang menyikut rentak lagu. Bontot mantapnya sengaja digesel-gesel pada badan seorang kutu yang memeluknya dari belakang.
Rambut lurus Nadia berombak mengikut kepala yang dia hayun. Matanya terpejam kejap. Pinggangnya meliuk lentok.
Gadis dalam gelap.
Sesekali cahaya lampu laser warna-warni menyuluh aksi meliuk lentok Nadia dengan kutu yang memeluk pinggangnya.
***
Nadia.
Dengan top tank paras pusat hijau muda.
Dengan jeans pendek ketat paras peha.
Dengan kepala dipenuhi khayal beer dan serbuk kokain.
Dengan mata-mata jalang jantan yang tak berkedip memerhati.
***
Selasa, 25 Oktober 2011
Penilaian.
Masyarakat, secaranya amnya menilai seseorang melalui penampilan.
Ya, penampilan.
Penampilan ini bagi yang tak tahu adalah, paling senang cerita tengok saja seorang kutu kampung dengan seorang kutu MLM, nampak perbezaannya? Kalau tak nampak kamu patut belajar mengaji semula di mana-mana sekolah pondok berhampiran dan menjadi seorang tabligh dakwah.
Penampilan.
Ibu mertua memilih calon menantunya melalui penampilan.
Pegawai spa8 juga kadang-kadang membuat penilaian melalui penampilan terhadap bakal-bakal penjawat awam yang ditapis. Apa gila pergi interview spa8 lu buat rambut mohawk temulak.
Begitulah seterusnya, bagi orang-orang yang menilai orang lain melalui penampilan.
Kadang-kadang sesuatu di luar fitrah manusia biasa boleh berlaku. Ini dinamakan pelik.
Pelik ini kadang-kadang boleh membuat makcik-makcik yang gersang menantu ada skim pencen tertipu.
Dari penampilan, makcik-makcik ini tidak mampu meneka adakah seseorang itu mampu mengeja Al-Quran ke tidak.
Ya, tak salah kalau membaca Surah Yasin untuk arwah, dengan berseluar jeans bersih, dan baju t dengan sedikit corak, dengan rambut panjang ala indie.
Cukup sekadar tahu mengeja bahasa arab, dan hukum hakam tajwid, tak payah nak bersarban, jubah, tasbih bagai kalau ikhlas nak membaca Surah untuk si mati.
Betul. Gua dah buat, tak caya lu terai buat, tengok makcik-makcik usya lu macamana.
Ok. Ok. Gua tak riak. Gua cuma nak kongsi.

Isnin, 24 Oktober 2011
Cinta.
Sebelum gua bermakwekan makwe yang sekarang ini, gua pernah ada seorang makwe terlebih dahulu.
Mungkin, gua pun tak berapa pasti pasal gua sendiri tak pernah tahu punca dia minta diputuskan hubungan cinta suci tu, pasal jarak. Dia belajar di Johor Bharu. Gua pula bergelumang dia Kolumpo. Tiba-tiba dia minta dilepaskan tanpa sebarang alasan. Jiwang juga ayat gua ini.
Gua lepaskan, atas dasar orang dah taknak. Betul, gua sayang dia. Pada gua, itu pengalaman.
Kemudian gua bercinta dengan makwe gua sekarang ini. Kerja Tuhan memang ada hikmahnya. Dengan makwe sekarang ini, makan gua dia hantar ke tempat kerja. Memang gua bersyukur betul.
Hujung bulan lepas dia msg gua, jemput gua pergi majlis bertunang dia. Kata dia, 'bawak sekali makwe baru, orang nak kenal.'
Gua tak pergi. Gua kerja.
Malam ini, gua teringat kisah belajar bercinta ni. Alhamdulillah, gua tak mengalami masalah cinta macam dalam novel.
Panjang juga mencarut ni. Teringat punya hal la ni. Celaka betul.

Ahad, 23 Oktober 2011
Babi.
Tadi gua mengarang punya la sedap sampai tak sedar bateri henpon habis.
Apa yang babinya macam tajuk entri ni?
Babinya ialah bateri henpon gua habis, gua tak sempat save entri yang tulis sedap sangat tu.
Notababi : apasal kalau orang marah mesti nak petik babi, tak petik kucing ke semut api ke.

Pagi ahad.
Seorang mat rempit yang bangun awal pada hari ahad dan melakukan aktiviti seperti penjawat awam contohnya membasuh kenderaan atau menyiram pokok bunga di halaman rumah masih tidak mampu mengubah pandangan masyarakat setempat terhadap beliau.
Beliau akan terus dipandang jeling-jeling dan muncung-muncung bibir oleh makcik sebelah rumah.
Sedangkan makcik sebelah rumah itu masih tidak menyedari, anak daranya berusia 16 tahun yang diketahui lokasinya di hutan lipur bersama anggota pengakap remaja sekolah rupanya berada di dalam rumah bujang mat rempit tersebut.

Sabtu, 22 Oktober 2011
Makwe.
Makwe sorang ni cun. Rambut cekelet. Mata warna biru. Putih. Baju ketat. Tetek terserlah. Peha bunting batang pinang.
Makwe lagi sorang. Tak lawa mana. Tak ada solek. Tudung tak pakai. Baju kurung. Tetek tak nampak sangat. Peha lagi la.
Tapi gua tetap nampak makwe gua lagi mantap.
Pasal apa entah.

Jumaat, 21 Oktober 2011
Siapa kita?
mat : assalamualaikum.
Sipolan : lu tak payah bagi salam bagai la kat gua, lu bukan budak surau sangat pun nak bersalam-salam bagai.
Mat : celakalah lu.
Sipolan : ...

Rabu, 19 Oktober 2011
Dairi seorang rempit
2006.
Gua tamat sekolah. Gua habis SPM. Dalam kepala gua tak ada benda lain, selain enjoy.
Semangat jadi lain macam, gua duduk kampung. Jadi kutu kampung. Nasi tetap makan ontime. Tak boleh tak makan, nanti lemah semangat.
Makan pagi gua jarang dapat, pasal gua bangun masa orang makan tengahari. Mak bapak tak ambik pot hal bangun tengahari ni pasal gua tidur bilik kunci dari dalam.
Apa gila bilik tak kunci, sebelum tidur pekena paipon dua tiga lubang baru lena tidur. Bangun tidur batang betik, botol coke berterabur bawah katil. Itu jam baru kelam kabut sorok sparepart ganja atas siling bilik.
***
Bersambung.

Sabtu, 15 Oktober 2011
Aktiviti petang sabtu.
Ini petang sabtu. Petang sabtu begini di bandor kecil tempat gua tinggal ramai juga masyarakat yang gemar keluar berjalan-jalan di bandor pada petang sabtu.
Antara golongan masyarakat yang gemar keluar ke bandor pada petang sabtu ialah, makwe-makwe asrama, mat rempit Ex5, serta makwe-makwe kedai topup. Namun makwe-makwe kedai topup itu tidaklah berjalan-jalan tidak ada arah tuju seperti kutu-kutu yang lainnya, melainkan makwe-makwe ini bekerja di kedai topup sahaja.
Tapi gua rasa gua malas keluar petang ni. Sekarang gua tengah jalan-jalan juga.
Entah gua ke yang lembab ke lampi sangat, baru gua perasan, makwe-makwe blog pun boleh tahan juga ya. Tak payah gua susah-susah nak pergi cuci mata usha makwe lepak dekat stall burger.
Bagus juga ilham gua ini.

Jumaat, 14 Oktober 2011
Jais.
Serupa dah tak ada kerja lain.
Serupa dah tak ada tempat maksiat nak serbu, pergi serbu orang ceramah dekat surau.
Serupa dah tak ada surat khabar lucah nak haram, pergi haramkan orang tulis buku hal rumah tangga.
Jadah apa. Budak sekolah henjut-henjut pancut luar tu kejadah apa?
Jais ni ada hadis ke kata boleh buat hukum hakam sendiri? ha?

Sabtu, 8 Oktober 2011
Mengikut pakwe berborak.
tenneneentenneet..
Pakwe tengok skrin henfon.
1 mesej received
makwe.
b lpk mne? nk ikt.
pakwe balas.
makpley.
makwe balas.
nk ikt.
pakwe balas.
jom. tunggu umah, b amik.
***
di mapley.
geng pakwe pompang. pompang. pompang.
kah kah kah.
keh keh keh.
peh, cun gila makwe rambut pepel tuh...
***
Si makwe sorang-sorang main internet wifi henfon.
padan muka. Siapa suruh mengada sangat nak ikut pakwe mengeteh.

Selasa, 4 Oktober 2011
Isnin, 3 Oktober 2011
Sabtu, 1 Oktober 2011
Ponteng.
Bila gua renung-renung kembali blog ni.
Gua dapat satu ilham.
Sebenarnya bukan ilham, tapi gua tak reti nak letak perkataan apa.
Rupanya deko deko deko gua yang baru ni agak menyebabkan gua jadi lupa nak kerja.
Gua dah lama ponteng kerja rupanya.
Bulan 9 gua tulis 7 entri saja, gua tak hantar MC pun pada blogspot.
Gua harap blogspot tak potong gaji gua.
Nanti gua naik payroll bincang macamana. Orait.

Langgan:
Catatan (Atom)