Selasa, 23 Ogos 2011

Sepasang kain pasang unggu

Maisara diam di bangku batu perhentian bas. Suasana hingar bingar di perhentian bas itu dia tidak hiraukan. Sudah biasa. Sudah namanya perhentian bas, takkan mahu sunyi pula.

Maisara memandang ke kiri ke kanan melihat orang sibuk benar kehulu-kehilir entah mencari apa.

"Asal dekat nak raya, sibuk. Asal nak raya sibuk," getus hati kecil Maisara.

Maisara perasan juga, ada seorang dua remaja lelaki yang lalu di hadapannya menoleh berpusing-pusing kepala mengusya dia. Dia tahu. Dia cun. Cute. Cantik. Lawa. Tapi dia buat-buat tak tahu sahaja. Orang cantik memang la orang pandang. Sudah lumrahnya begitu.

Sekali sekali Maisara menggaru-garu betis yang entah gatal kena apa di perhentian bas itu. Tersingkap juga sedikit betis putihnya. Dua tiga orang remaja lelaki memandang betis putih Maisara. Dia perasan orang memandangnya.

"Barang baik mesti orang pandang," getus hati kecil Maisara lagi.

Beberapa ketika kemudian, sebuah bas berhenti betul-betul di hadapan Maisara. Di atas cermin hadapan bas tertulis, Simpang Tiga Kuala. Maisara tersenyum sendiri.

"Yes, dah sampai," kata hati kecil Maisara. Dia bangun, kemudian mengibas-ngibas sedikit bontotnya. Entah apa yang mahu dikibasnya tak tahulah. Padahal bangku batu perhentian bas itu bukannya kotor pun. Kemudian dia membetulkan sedikit tudungnya yang memang sudah betul sejak dari tadi lagi.

Maisara bangun dan terus menuju ke arah pintu bas.

Dia membayar tambang bas menuju ke kampungnya.

Kemudian dia mengambil tempat duduk. Sebaik duduk, Maisara tiba-tiba berdebar. Entah kenapa tiba-tiba dia tidak sedap hati. Macam ada sesuatu yang mengganggu.

Bas bergerak mengundur perlahan.

"Abang, kejap!!!" semua penumbang bas yang berdiri memandang ke arah Maisara. Dua tiga orang yang duduk juga memandang. Suara nyaring Maisara yang tak berapa nak merdu menarik perhatian semua orang. Bas berhenti.

Maisara bangun lalu menuju kearah pemandu bas,

"Bang, kejap ek.. ada barang tinggal atas kerusi tu...," kata Maisara lemah lembut kepada pemandu bas.

"Cepatlah," ujar pemandu bas perlahan. Maisara berlari anak menuju ke tempat dia duduk tadi.

"Nasib cun," getus hati kecil pemandu bas.

3 komen:

semutsengal berkata... [Reply]

wooo,

mintak akaun fesbuk maisarah boleh ?


wakakakakka !!

dill berkata... [Reply]

ish ish ish..

dill.

Unknown berkata... [Reply]

pompan slalu mcm tu..