Selasa, 23 Ogos 2011

Gua sepasang kasut raya.

Gua kasut.

Gua lahir di kilang kasut.

Kemudian gua sama adik beradik gua yang lain dihantar ke kedai kasut.

Satu hari yang gila sibuk di kedai kasut, sebenarnya gua tahu sibuk pasal gua lepak sebagai display atas stand dekat kaki lima. Gua yang sebelah lagi entah dekat mana lepaknya. Entah apa bangang tauke kedai kasut ini sudah berapa kali kena pau majlis bandaran pun dia buat tak tahu saja parking juga stand display ini atas kaki lima. Kaya sangat dah gamaknya.

Ok, sambung cerita balik.

Kaki lima kawasan kedai kasut ini memang gila bizi.

Ramai orang. Gua tak reti sangat tengok orang ini.

Entah apa bodohnya, ada seorang orang lepak dekat dengan gua... Usya-usya gua.

Kalaulah gua ada suara, gua akan sound mamat tu, "apahal lu mat usya-usya gua?," namun gua hanya sekadar kasut di pinggir kaki lima kedai.

Usya punya usya, pap. 


Mamat tu pegang gua, kasi masuk dalam beg yang dia dah memang pegang dari dari. Kemudian dia blah dari situ.

Dalam beg gua gelak sorang-sorang. Apahal dengan mamat ni. Gua hairan.

Dia rembat gua sebelah saja. Gua syak mamat rembat gua ni kalau tak gila, mat gian.

2 komen:

bact. berkata... [Reply]

curi sebelah buat apa la sial

Unknown berkata... [Reply]

tu la hal. Ni kira gua cuba nak menyelami perasaan sebelah kasut yang dirembat la..

Kakakakatu la hal. Ni kira gua cuba nak menyelami perasaan sebelah kasut yang dirembat la..

Kakakaka