Jumaat, 19 Ogos 2011

Dairi ramadhan bujang kolej.

2,3 tahun lepas gua student kolej. Tapi gua pemalas, kolej entah kemana, sijil entah kemana, ptptn kena bayar.

Balik kelas last pukul 3. Jalan nak balik bujang gua tu ada bazar ramadhan. Alang-alang dah lalu baik gua singgah.

Beli 1,2 jenis kuih. Ada satu port popia tip top memang gua tak pernah mis beli.

Siap beli gua terus balik rumah. Ingat balik rumah nak tidur terus.

Sampai rumah gua letak kuih muih tadi atas meja.

Baru nak lelap mata gua dengar bunyi pinggan berlaga dekat dapur dari dalam bilik.

Peh, ini tak boleh jadi. Gua bangun dari baring, ke ruang tamu. Sorang member tengah mengadap katira sama murtabak.

'awal betul,' tegur gua.

Kawan gua sengih.

Gua join sekali buka gua punya popia sama lompat tikam. Air sebat katira member punya.

Dah berapa tahun entah gua puasa dekat rumah bujang, dari habis sekolah rasanya. Dia punya cerita lebih kurang ni je tiap-tiap tahun.

4 komen:

semutsengal berkata... [Reply]

Err,

ok2 orang bujang mmg mcm tu yea.


kah kah kah.

bact. berkata... [Reply]

ini punya kes
mmg kena kasi lompat tikam laju2 neh

hahaha

bujal X berkata... [Reply]

aku masa bujang mak monitor puasa~keh keh~~

dill berkata... [Reply]

adeh. tidak pose kah

dill.