Jumaat, 1 Julai 2011

Karipap yang hampa

Satu pagi, gua baru balik dari bertugas menggantikan Batman yang mc. Selesema katanya. Padahal masa gua tengah lepak atas bumbung flet yang ada sofa tu gua nampak sangat kereta dia lalu. Penjahat ni pun satu, asal nak kerja je hari malam. Tak de dah masa lain. Tak berfikir di luar kotak lansung.

Sebelum gua mencarut lebih panjang eloklah rasanya gua sambung cerita hal karipap tu. Gua singgah satu kedai gua biasa singgah, beli karipap, hari-hari. Pasal karipap dia solid betul. Masa mula-mula naik RM2, 5 biji itu hari gua nak mengamuk juga pergi announce dekat page persatuan penggemar karipap tu. Tapi gua ada sikit rasional memandangkan rasa solid karipap tu tak berubah dan beratnya juga sikit bertambah. Jadi gua terpaksa beli RM2 pula.

Pagi itu gua beli, gua ikat plastik karipap ketat2 gua letak dalam raga motor elok2.

Sampai rumah, gua tak ada la tak senonoh tak dan masuk rumah terus makan, gua masuk rumah dulu. Tanggal kasut dulu, gua letak karipap atas meja makan.

Gua buka plastik. Peh, gua tendang kerusi pakai keting, keting gua sakit. Kerusi tak cakap apa-apa. Gua mengamuk pasal tengok karipap ada empat sahaja. Ini tak boleh jadi, gua perlu minta penjelasan kukuh dari akak penjual karipap kenapa tinggal 4 biji, walhal gua belum makan lagi.
Gua keluar semula dengan semangan berkobar-kobar.

Sedang gua tengah menyetat motor, gua terpandang sesuatu di tanah. Peh.

Air mata gua menitis, mengalir di pipi. Tapi gua redha. Mungkin ada hikmahnya.

Tapi gua tak puas hati juga pasal apa gua boleh tak perasan plastik tu terbukak. Cis.

4 komen:

bujal X berkata... [Reply]

boleh sauk lagi tu~~

bact. berkata... [Reply]

nasib baik sebijik je
kalo lima2 jatuh
lima kali ganda perasaan lu sekrang neh apa..

Unknown berkata... [Reply]

bujal,
Haha. X sggup juga gua. Biarlah gua berkongsi rezeki dengan kucing.

Unknown berkata... [Reply]

bact, sebijik pun.. gua memang tacing bab2 mende pemakan ni.