Isnin, 18 Julai 2011

Mungkin gua boleh jadi penasihat najib.

Masih lagi hal bersih. Hal cincin esok gua cerita.

Kemudian, lepas gua buat kenyataan dekat media-media yang gua nyatakan dekat post sebelum ni, gua akan banned RTM, suratkhabar utusan, majalah mangga, buletin utama serta budak-budak hackers luvsec. Gua buat kenyataan lagi, kali ni buat flyer guna percetakan indipenden untuk lebih dekat dengan muda-mudi generasi baru.

Kemudian gua target makcik-makcik felda pula, gua akan cari makcik paling internet dalam setiap felda untuk memudahkan penyebaran fitnah dan khabar angin yang gua cipta.

Gua cerita la hal bersih itu hari. Anwar tu sebenarnya berlakon je dengan geng-geng polis yang bersilat dan bertomoi tu. Pkr dan bersih dah rasuah polis-polis yang mempraktikkan aksi ganas dan merbahaya tu dengan harga pelakon tambahan. Prop dan skrip pula semua mamat kalid punya idea. Itu pasal ada sikit scene zombi kampung pisang, hantu kak limah dan man laksa. Pak jabit juga turut kelihatan. Pos depan gua up gambo pak jabit.
Lepas tu, hal video di youtube tu semua dah rancang. Macam berlakon la, ikut skrip.

Makcik-makcik felda yang kuat berbuletin utama di pinggir jalan waktu dekat nak masuk maghrib akan mempercayai cerita gua tersebut dan menyampaikan pada kaum-kaum lain. Nah, sekarang gua dah boleh makan orang felda.

Anwar? Apa gua kisah. Sikit lagi gua ngap la dia, bagi pangkat sikit dekat putrajaya.

Banyak lagi menda gua nak buat ni. Lagi kejam dan stailo dan tak nampak sangat menipunya dari najib.

Esok gua sambung.

0 komen: