Tadi, gua nak cepat. Jadi bila nak cepat, gua pandu kereta laju.
Namun jalanraya di Tanah 1Malaysia ini tidak mengizinkan untuk rakyat berdemonstari dan memandu lebih had laju.
Sedang gua memandu, tiba-tiba cermin pandang belakang kereta gua disimbah lampu pendaflour spotlight Stadium Shah Alam.
Hati gua panas. Hati mana yang tak panas bila tengah memandu sambil dengar lagu Pelesit Kota.
Gua bagi isyarat dan laluan untuk kereta berlampu spotlight Stadium Shah Alam tersebut memotong. Tanpa membuang masa melepak tak tentu hala seperti pakcik-pakcik bermain dam aji di warung Pak Jabit, kereta belakang gua itu terus memotong.
Kelihatan sebuah kenderaan jenama nasional namun tidak mempunyai sikap nasionalisma kerana memakai cap jenama dasar pandang ke Timur. Gua panas hati. Memang gua panas bila ada rakyat 1Malaysia yang tidak cintakan jenama tempatan lalu menurunkan bendera wajah Najib dan menukarkannya dengan bendera wajah Isham Rais.
Gua cucuk rapat belakang kereta tersebut sambil menutup terus lampu kereta. Jam di dashboard menunjukkan pukul 10.48p.m. Gua masuk kerja pukul sebelah. Dalam hati gua berdoa janganlah pemandu mangkuk di depan gua ini memandu 40km/j.
Gua berjaya masuk kerja awal 5 minit. Gua harap gua berjaya membuka pintu hati pemandu kereta berlampu stadium shah alam tersebut untuk tidak memandu lagi di lain hari.
0 komen:
Catat Ulasan