Sabtu, 31 Disember 2011

2012

Bila bercakap hal 2012 secara auto otak gua menangkap iklan syampoo rambut. Iklan pesen main hari kiamat ni memang gua tak berkenan betul. Dah tu mende kaitannya pula kiamat dengan kelemumur.

Gampit, dah tercerita mende tak pekdah. Sebenarnya gua nak cakap hal 2012 ni la. Malam ni masuk la 2012. Cilake apa nak sambut tahun baru 2012, Padahal Awal Muharram tak ambik cuti pulun gaji dabel elaun cuti am. Ah, melalut lagi dah gayanya ni.

Sempena kedatangan 2012 yang bakal tiba beberapa jam dari sekarang ni, ikhlas gua cakap, gua rasa macam biasa je. Tak rasa macam nak masuk tahun baru pun. Betul. Apa gila tahun baru nak rasa-rasa eksaited bagai, sedang Hari Raya Puasa pun gua rilek bangun-bangun tidur pekena winston dulu sebatang, lepas tu baru nak cari teh 0 dekat dapur.

Jadi, pertukaran tahun baru untuk 2012 gua malas nak beria-beria tukar langsir rumah sangat, timing belt kereta pun entah dah berapa ratus ribu kilometer dah lepas.

Gua dah rancang, tahun baru 2012 ni gua akan sambut di kedai nasi lemak makwe, pekena nasi lemak sama milo suam sambil tunggu kira detik jam 12. Canggih juga rancangan ini rasanya berbanding mengisap ganja di bilik tidur sambil layan berborak hal politik libya.

Aduh, apa ke bendanya yang gua melalut sangat ni.

Selasa, 27 Disember 2011

Tadi, gua nak cepat. Jadi bila nak cepat, gua pandu kereta laju.

Namun jalanraya di Tanah 1Malaysia ini tidak mengizinkan untuk rakyat berdemonstari dan memandu lebih had laju.

Sedang gua memandu, tiba-tiba cermin pandang belakang kereta gua disimbah lampu pendaflour spotlight Stadium Shah Alam.

Hati gua panas. Hati mana yang tak panas bila tengah memandu sambil dengar lagu Pelesit Kota.

Gua bagi isyarat dan laluan untuk kereta berlampu spotlight Stadium Shah Alam tersebut memotong. Tanpa membuang masa melepak tak tentu hala seperti pakcik-pakcik bermain dam aji di warung Pak Jabit, kereta belakang gua itu terus memotong.

Kelihatan sebuah kenderaan jenama nasional namun tidak mempunyai sikap nasionalisma kerana memakai cap jenama dasar pandang ke Timur. Gua panas hati. Memang gua panas bila ada rakyat 1Malaysia yang tidak cintakan jenama tempatan lalu menurunkan bendera wajah Najib dan menukarkannya dengan bendera wajah Isham Rais.

Gua cucuk rapat belakang kereta tersebut sambil menutup terus lampu kereta. Jam di dashboard menunjukkan pukul 10.48p.m. Gua masuk kerja pukul sebelah. Dalam hati gua berdoa janganlah pemandu mangkuk di depan gua ini memandu 40km/j.

Gua berjaya masuk kerja awal 5 minit. Gua harap gua berjaya membuka pintu hati pemandu kereta berlampu stadium shah alam tersebut untuk tidak memandu lagi di lain hari.

Jumaat, 23 Disember 2011

Ayat super padu hari ini.

Lepak depan 7E tadi. Hari ni gua cuti. Cilakak apa, kerja 7E. Cuti pun lepak 7E.

Waktu petang macam ni memang sedap lepak depan 7E. Bukan sedap apa, sedap tengok makwe-makwe sekolah balik kelas tuisen, singgah 7E beli slurper.

Gua, lepas tu ada kawan gua lagi sorang, lepak depan cermin, tepi pintu keluar kedai. Sepuak makwe sekolah keluar. Peh!

Gua perhatikan member gua memandang beberapa makwe-makwe yang berkedudukan membelakangkan kami, sedang menjalankan analisis mungkin menengokkan dari kerut dahi di yang beria sungguh mengalahkan memikir formula matematik tambahan.

Beliau menyedut winston di celah jari tangan kanan. Perlakuan itu menunjukkan beliau sudah mendapatkan kesimpulan untuk analisis sebentar tadi.

"Makwe sekolah menengah sekarang jubo bulat stok akak-akak anak dua je", ujar member gua perlahan, sejurus asap winston dihembus keluar, tak sempat habis lagi.

Gua rasa ayat itu agak padu.

Gua telan air liur. Mujur makwe gua dah tak sekolah. Jubo dia boleh tahan bulat juga. Anak tak dua lagi. Gua pun tak nikah, tak kahwin lagi.

Adik... Adik...

Dua orang adik perempuan gua dah buat blog.

Sorang umur tingkatan enam atas, sorang lagi umur darjah enam. Entah betul entah tidak umur diorang ni, gua pun dah ingat-ingat lupa.

Bantai la.

Damia

Kiynah

Gua harap adik lelaki gua yang kerja pomen dekat bengkel perdana turbo tu tak terjebak tulis blog jugak.

Isnin, 19 Disember 2011

Setan.

Setan. Satu kepandaian dia menenangkan orang yang tengah kusut, serabut.

Lebih-lebih lagi orang yang berlagak tak reti mengadap tuhan minta ketenangan.

Laju je setan datang tolong.

Sabtu, 17 Disember 2011

gelap.

gelap itu indah.

Kita boleh lihat cahaya kecil dalam gelap.

Bulan.

dan bintang.

Dalam cerah dan terang, bukan semua benda kita boleh nampak dan capai dengan senang.

Khamis, 15 Disember 2011

Menulis.

nak menulis ni kena tenang. Bukan tenang macam biasa, tapi tenang tak macam biasa.

Tenang dia contohnya...

Tengah berak ke..

Isnin, 12 Disember 2011

test power

Gua tengah test power, tulis blog sambil pandu kereta.

Kalau kena saman polis nak gua saman apa?

Sabtu, 10 Disember 2011

...

Gua dah malas nak menulis. Gua ingat nak pergi bertapa dulu dekat Gua Makam Tok Long, dekat Gunung Senyum dekat jengka sana.

Harap-harap masa bertapa gua tak kena salah anggap dek polis ingat gua mat fit jengka. Cabaran jenis polis ni memang gua tak berapa minat sangat.