Selasa, 20 Mac 2012

Barangkali.

Barangkali kepala otak gua dah terlalu sempit sampai tiga patah perkataan pun gua dah susah nak tulis.

Barangkali la.

Barangkali juga, sekali sekala kena pergi bercuti keluar pula untuk membuka minda. Asyik dengar labon politik Meleis saja tak jadi apa.

Khamis, 1 Mac 2012

Getir sebuah gelas teh di rumah bujang.

Gua gelas teh. Kerja pertama gua adalah menjadi hadiah percuma apabila membeli sepaket teh entah jenama apa sekilo.

Pada mulanya gua mendapat tuan, seorang tauke kedai makan yang power juga gayanya, pasal dia pandu kereta ford ranger. Awal-awal lagi gua dah naik ford ranger. Dalam hati gua bapaklah girangnya kerana akan memulakan tugas dan kerjaya sebagai sebuah gelas teh.

Teh tarik pula tu, peh. Power. Power.

Sampai sahaja di kedai makan tersebut, gua dan beberapa buah lagi kaum gua diangkat dan diletak atas meja makan.

Gua perati, ada satu kutu usha gua. Gua daring ganas dia semula. Entah dia perasan ke tidak daring gua itu.

"Ma, along nak gelas ni," gua dengar dia meminta dari maknya.

"Ambiklah," jawab emak kutu tersebut.

Gua menaiki pula sebuat kereta satria. Pandu kereta macam cilaka, bukan nak hiraukan gua sebuah gelas ini. Dahlah gelas kaca, kalau pecah saja je.

Sampai di rumah kutu tersebut gua diletak di tempat gelas-gelas lain, ada dua tiga buah sahaja gelas di rumah ini nampak gayanya.

Satu hari gua telah melakukan tugas untuk tuan gua ini minum air masak. Selesai minum air masak, gua ditinggalkan terkontang-kanting di satu sudut dalam ruang tamu.

Berhari-hari juga gua lepak situ. Cicak, semut, semua pandang gua senyum sinis saja.

"Tengok la lepas ni lu buat kerja apa pula," tegur seekor semut pada gua. Gua diam.

Pada satu malam, ada dua tiga orang kutu melepak. Entah berborak benda ralit sangat gayanya. Seorang kutu sedang merokok capai gua.

Peh, terujanya gua, mungkin gua akan diletakkan ke dalam sinki.

Namun sangkaan gua meleset sama sekali. Kutu tersebut sekadar membuang habuk rokok ke dalam tubuh gua. Kemudian, puntung rokok pula.

Bermula saat itu, gua dengan rasminya telah menjawat jawatan sebagai gelas sampah. Bukan puntung rokok sahaja kutu-kutu rumah bujang ini sumbat dalam badan gua, straw pendek, daun rokok pucuk, uncang teh, air liur, kotak rokok kemek, kertas topup, serta bangkai lipas.

Setiap hari gua berdoa agar terlepas dari azab seksaan ini. Amin...