Isnin, 27 Februari 2012

Himpunan hijau kuantan.

Sebenarnya, pagi ahad ini lebih ramai orang gemar berbaring sahaja di katil. Ada yang lebih suka mesin rumput di halaman rumah, gunting daun bonsai, bermain air di bukit gambang atau bermain pasir di teluk cempedak.

Budak-budak kuantan yang suka memakai baju sebanyak dua lapis pula lebih gemar berjalan dan melepak di tandas ecm kuantan.

Jadi, melepak di jalanraya atau padang lebih sesuai dilakukan pada waktu cuti umum biasa, hari keputeraan sultan contohnya.

Orang-orang kuantan pula merasakan ancaman raksaksa macam cerita ultraman itu tidaklah berapa menggentarkan.

Gua dah minta cuti hari ini, tapi bos gua tak bagi. Gampang!

Selasa, 14 Februari 2012

Ahad, 12 Februari 2012

Jumaat, 10 Februari 2012

Malaikat sarkas.

Ya, kita semua malaikat.

Malaikat-malaikat yang gemar menilai orang.

Menilai saiz bontot makwe pakai seluar jeans ketat.

Menilai saiz bra makwe pakai baju nampak alur tetek.

Menilai berapa lama melilit selendang melilit kepala.

Menilai budak-budak bergambar dalam jamban.

dan, kadang-kadang menasihati meraka.

Itu kan kerja malaikat.

Khamis, 9 Februari 2012

Rahsia mengetahui SUAMI masih teruna atau tidak.

Malam pertama nikah, kalau buka lampu terang-terang tu sah dah lah terunanya. Ingat senang ke nak cari dalam gelap bang.? kan?

Kalau awal-awal dah tutup lampu tidur, cekap dan efisyen je buat kerja... entahlah...

Nanti gua buka rahsia nak tau perempuan pula. kakakaka

Rabu, 8 Februari 2012

Sarkasis.

Gua yang kelabu mata ke banner tu memang macam tu?

Setan betul.

Sabtu, 4 Februari 2012

Pengalaman saya dan kawan-kawan ketika menjadi kutu yang mengembara.

Di Genting Highlands kota keriangan tu dulu, gua tak ingat dah bila dan tahun berapa, ada beberapa orang kutu dari tempat yang sama dengan gua menjadikannya salah satu pit stop pengembaraan kami.

Memang riang gua tengok orang-orang di sana.

Ketika itu jugalah gua beroleh pengalaman berharga yang membawa kepada betapa gua begitu menghargai sesuap nasi dan titik peluh petani pada ketika gua menulis ini.

Ingat senang ke nak dapat pengalaman makan kentang goreng dan ayam kepsi sisa-sisa lebihan pelancong arab kalau dilihat dari dressing mereka itu.

Gua ingatkan gua hero sangat, rupanya tiga hari tak makan cuma minum air dari mesin air tekan pancut tu lagi hero dari gua dan kawan-kawan.

Jumaat, 3 Februari 2012

Saya dan Pak Cu di suatu ketika menjawat jawatan selaku kutu kampung.

Di satu petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pahang sebelah jerantet sana. Leweh sahaja perginya.

Koi dan seorang rodong sedang duduk-duduk mengabiskan petang yang cerah dan indah, disulam dengan bauan selut kerbau, di kepala empang paya di hujung kampung kami.

Koi tanggal baju, sangkut di pemulas pintu empang. Angin petang terasa sejuk bersentuh dengan kulit yang sikit berpeluh.

Pak cu duduk di atas simen empang, kakinya di julur ke bawah hala ke air.

'Petang ceroh gini rugi la tak ada job,' kata koi pada Pak Cu. Pak Cu ludah ke dalam air paya di bawah.

'Job mende,' jawab Pak Cu perlahan. Dia mencapai botol koka kola di sebelahnya yang diletak atas surat khabar. Dia mencubit sedikit daun kering hancur yang diadun sebati dengan tembakau danhill, kemudian meletakkan di atas mangkuk kecil dibuat dari timah surya pada batang betik.

Pak Cu angkat botol koka kola cermat. Tapak tangannya di muncung botol, dipekap ke mulut. Koi bakar serbuk daun kering tadi dengan lighter.

'brr.....'

asap menyembur keluar dari mulut dan hidung Pak Cu. Dia tersengih dengan botol koka Kola masih di tangannya.

'Moh makan,' kata Pak Cu sejenak kemudian.

'Moh,' jawab koi pula.