Khamis, 19 Januari 2012

Saya sebuah kuali.

Saya ialah sebuah kuali. Saya adalah sebuah kuali yang pergi sekolah kerana mampu membuat karangan jenis biografi ini.

Kebanyakan orang ramai tahu tugas wajih saya selaku sebuah kuali. Sebagai sebuah kuali yang masih mampu untuk menjalan tanggungjawab sebagai kuali, tugas saya tentulah untuk memasak makanan di atas dapur.

Namun, kadang-kadang ada juga kaum kuali ini menjalankan tugas-tugas lebih masa untuk mencari wang tambahan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi lewat hari ini. Mana kuala-kuali tua yang sudah tidak berdaya berkawan dengan api, pergilah dia mencari kerja yang termampu seperti menjadi tenaga tambahan kepada erial televisyen, menjadi dulang emas untuk pendulang emas haram, serta dikitar semula untuk bertugas sebagai body Proton Saga BLM.

Begitulah sedikit sebanyak ketaran kehidupan saya sebagai kuali.

Pengalamanm saya menjadi kuali ini tidaklah indah sangat sepertimana kuali-kuali yang menjalankan tugas di kedai tomyam, kedai mamak mahupun kedai charkuewtiow.

Banyak pengalaman pahit berbanding manis menjadi kuali di rumah bujang ini. Setakat kerak megi 3 bulan tak basuh tu memang dah biasa. Belum kira kulat lebih panaskan nasi goreng bungkus kedai makan tomyam lagi.

Pengalaman paling mencabar saya bertugas sebagai kuali di rumah bujang adalah tergantung di dinding sehingga bersawang dan angkut-angkut buat sarang di tubuh badan saya.

Memang betul, bontot saya tidaklah sehitam bontot kuali di kedai mamak atau charkuewtiow, namun kelebihan itu langsung tidak menggembirakan saya. Sebagai kuali haruslah saya menjalankan tugas menjadi kuali.

Saya tidak mahu di masa hadapan, anak cucu saya mengata belakang-belakang saya ini terpengaruh dengan perangai manusia yang tidak menjalankan tugas sebagai manusia. Malu saya disamakan dengan manusia.

Begitulah sedikit sebanyak kehidupan saya, dan kami yang lain-lain sebagai kuali.

Selasa, 17 Januari 2012

Dilema bujang era belanjawan transformasi.

Nak kata jimat, rasanya dah habis jimat.
Badan kurus tak payah diet.
Pagi, malam - nasi lemat. Makan tak tentu arah. Rokok, jarang danhill kadang surya banyak winston.
Pakai kereta, minyak tong-tong. Aircond tak pasang.

Tapi tak dan hujung bulan, kepala dah memikir lepas ke tak nak menyampai ke hujung bulan.

Sakit juga belanjawan tranformasi ni.

Ahad, 15 Januari 2012

Lepak.

Kawan ajak lepak,

"Jom." Bukan nak sangat lepak, takut kawan kecik hati. Nanti time susah siapa lagi nak tolong kalau bukan kawan.

Bapak ajak lepak,

"Ala, nak online fesbuk jap." Tak stailo la mengeteh dengan bapak, duit beli spender pun bapak bagi. Cilaka apa stailo.

Khamis, 12 Januari 2012

Menengok diri sendiri.

Dalam beberapa ketika, gua rasa ada benda tak betul yang gua tengah buat sekarang. Betul, itu memang perasaan gua. Tapi setengah dari perasaan itu, gua rasakan dipengaruhi oleh faktor asing yang turut sama dalam menjalankan kehidupan.

Gua bukan jenis tak tau langsung hal agama. Bukan tak tahu hal halal haram agama. Gua khatam quran tiga kali sebelum baligh, sekali lepas baligh.

Sudah semestinya gua tahu isi botol chivas reagal yang sudah menjalankan tugas menjadi ashtray tepi kepala belah kanan tempat pembaringan gua sekarang ini ada haram disisi agama. Tapi gua togak juga tanpa fikir sekali.

Gua umur bukanlah kecik sangat. Sedang-sedang umur begini kalau 40 tahun lepas anak dah dua, dan dah berusaha mengepung tanah di kampung, membuat dusun buah-buahan serta bersawah untuk memberi makan perut seisi keluarga.

Tapi gua masih lagi berperangai tak dan hujung bulan, paling lambat empat hari lagi nak gaji duit dah habis dan makan biskut cap ping pong sementara menunggu hujung bulan gaji. Gua tak kisah, itu pengalaman gua untuk kekuatan hari-hari selepas ini.

Sekali-sekala balik kampung gua dengar juga mak gua sound masa tengah mengacau teh o dalam teko, 'aok ni pipi cengkung, badan kurus, molek sangat dah kalau ada orang nak menjaga makan minum, nak harap ke mama, kadang teh o tak dan habis secawan aok dah hilang..'

Gua diam. Tak baik menjawab mak kabor mende-mende. Hirup teh o dalam cawan tak pe. Gua pasang rokok sebatang, asap hembus ke tepi, mengikut arah angin.

Dalam kepala gua terkenang baki akaun dalam bank sesudah gua transfer duit ke akaun kereta beberapa hari lepas, RM 215.49. Dalam hati kecil gua menjawab, 'diri sendiri pun tak tertanggung lagi mama..'

Rabu, 11 Januari 2012

Anwar Ibrahim

Gua tak tahu apa yang power sangat mamat ni sampai ramai betul orang sayang dia.

Kalau gua la yang tengah hari keputusan perbicaraan kes liwat macam ni lepas orang datang bapak ramai, gua rasa tu bukan gua dah. Entah siapa-siapa.

Habis juga suara jerit reformasi, entah mangkuk tu dengar entah tidak. Hari ini gua kerja malam macam biasa.
Gua dah dapat tau yang bom yang meletup 3 biji semalam awal-awal lagi. Abang angkat gua yang bagitau, dia kerja di jabatan perdana menteri sana.

Kalau gua bagitau tian cua ke, anwar ke, adam adli ke, mampos diorang nak percaya.

Gua cuma seorang kutu yang nak juga menyemak dalam perhimpunan. Niat memang gua nak kasitau, tapi kalau gua kasitau nanti dikatakan ahli pekida nak buat provokasi pula kan. Baik gua diam sebelum kena tibai tim komando amk tu.

Khamis, 5 Januari 2012

Cerita menipu.

Gua ada menulis cerita menipu di blog beralamat seperti berikut. Gua pos guna henpon skrin kecik, jadi tak boleh nak buat link klik saja.

Gua harap lu orang tak malas nak highlight, tekan ctrl c dan ctrl v.

Sila ke alamat blog - noktahsahaja.blogspot.com

Rabu, 4 Januari 2012

Berkongsi kasih

Seorang pakwe memandu sebuah kereta Proton Satria. Dari raut wajah pakwe itu terlihat dia sedang sangat fokus dengan pemanduannya serta beberapa kumpulan makwe di kaki lima jalan, jalan pejalan kaki.

Makwe di tempat duduk penumpang tarik muka angin melihat kelaku pakwe yang tak padan dengan ada makwe dekat seat sebelah.

Tiba-tiba makwe itu menutup tingkap, dua-dua belah. Kemudian dia pasang aircond.

Pakwe mula usha lampu amaran minyak yang berkelip-kelip.

Dia mengambil sebatang rokok dari kotak rokok di celah kangkang, bersama lighter sekali.

Dengan muka rilek dan biasa-biasa, pakwe itu menutup aircond, lalu membuka tingkap. Rokok sudah bernyala.

Sekali sedut, lepas asap berkepul keluar ikut tingkap. Makwe tarik muka. Pakwe senyum saja.

Jangan harap makwe nak pasang aircond kalau meter minyak dah berkelip. Kah kah kah.

Selasa, 3 Januari 2012

Sekolah

Dah lebih kurang 2 bulan juga gua tak nampak pemandangan macam ini hari dekat bandar temerloh.

Pemandangan bandar tu macam biasa je la. Temerloh ni bukan pesat membangun sangat pun. Kongsi gelap je kalau membangun sangatnya.

Cumanya pemandangan budak-budak asrama pakai baju batik tu saja. Ini hari boleh tahan juga banyak pesen baju batik asrama.

Rugi pula gua masa duduk asrama dulu keluar tak pakai baju batik.

Ahad, 1 Januari 2012

1.1.2012

Ah, lantak ah. Gua tak kira. Gua nak juga post entri hari ni. Lantak.

Apa nak jadi, jadi.

Janji gua ada pos entri hari ni.

KAH KAH KAH....