Jumaat, 3 Februari 2012

Saya dan Pak Cu di suatu ketika menjawat jawatan selaku kutu kampung.

Di satu petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pahang sebelah jerantet sana. Leweh sahaja perginya.

Koi dan seorang rodong sedang duduk-duduk mengabiskan petang yang cerah dan indah, disulam dengan bauan selut kerbau, di kepala empang paya di hujung kampung kami.

Koi tanggal baju, sangkut di pemulas pintu empang. Angin petang terasa sejuk bersentuh dengan kulit yang sikit berpeluh.

Pak cu duduk di atas simen empang, kakinya di julur ke bawah hala ke air.

'Petang ceroh gini rugi la tak ada job,' kata koi pada Pak Cu. Pak Cu ludah ke dalam air paya di bawah.

'Job mende,' jawab Pak Cu perlahan. Dia mencapai botol koka kola di sebelahnya yang diletak atas surat khabar. Dia mencubit sedikit daun kering hancur yang diadun sebati dengan tembakau danhill, kemudian meletakkan di atas mangkuk kecil dibuat dari timah surya pada batang betik.

Pak Cu angkat botol koka kola cermat. Tapak tangannya di muncung botol, dipekap ke mulut. Koi bakar serbuk daun kering tadi dengan lighter.

'brr.....'

asap menyembur keluar dari mulut dan hidung Pak Cu. Dia tersengih dengan botol koka Kola masih di tangannya.

'Moh makan,' kata Pak Cu sejenak kemudian.

'Moh,' jawab koi pula.

2 ulasan: