Khamis, 19 Januari 2012

Saya sebuah kuali.

Saya ialah sebuah kuali. Saya adalah sebuah kuali yang pergi sekolah kerana mampu membuat karangan jenis biografi ini.

Kebanyakan orang ramai tahu tugas wajih saya selaku sebuah kuali. Sebagai sebuah kuali yang masih mampu untuk menjalan tanggungjawab sebagai kuali, tugas saya tentulah untuk memasak makanan di atas dapur.

Namun, kadang-kadang ada juga kaum kuali ini menjalankan tugas-tugas lebih masa untuk mencari wang tambahan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi lewat hari ini. Mana kuala-kuali tua yang sudah tidak berdaya berkawan dengan api, pergilah dia mencari kerja yang termampu seperti menjadi tenaga tambahan kepada erial televisyen, menjadi dulang emas untuk pendulang emas haram, serta dikitar semula untuk bertugas sebagai body Proton Saga BLM.

Begitulah sedikit sebanyak ketaran kehidupan saya sebagai kuali.

Pengalamanm saya menjadi kuali ini tidaklah indah sangat sepertimana kuali-kuali yang menjalankan tugas di kedai tomyam, kedai mamak mahupun kedai charkuewtiow.

Banyak pengalaman pahit berbanding manis menjadi kuali di rumah bujang ini. Setakat kerak megi 3 bulan tak basuh tu memang dah biasa. Belum kira kulat lebih panaskan nasi goreng bungkus kedai makan tomyam lagi.

Pengalaman paling mencabar saya bertugas sebagai kuali di rumah bujang adalah tergantung di dinding sehingga bersawang dan angkut-angkut buat sarang di tubuh badan saya.

Memang betul, bontot saya tidaklah sehitam bontot kuali di kedai mamak atau charkuewtiow, namun kelebihan itu langsung tidak menggembirakan saya. Sebagai kuali haruslah saya menjalankan tugas menjadi kuali.

Saya tidak mahu di masa hadapan, anak cucu saya mengata belakang-belakang saya ini terpengaruh dengan perangai manusia yang tidak menjalankan tugas sebagai manusia. Malu saya disamakan dengan manusia.

Begitulah sedikit sebanyak kehidupan saya, dan kami yang lain-lain sebagai kuali.

2 ulasan:

  1. babi
    jadi kuali rumah sewa paling sedih sekali dalam sejarah hidup kuali

    hahhaha

    BalasPadam
  2. kah kah kah.
    banyak duduk saja kuali lu ni

    BalasPadam