Ahad, 10 April 2011

Waspada janji ‘kacang putih' -ugusan melayau

BINTULU 9 April – Tawaran manis
manifesto pembangkang menjanjikan
pelbagai imbuhan termasuk wang tunai
RM200 untuk setiap seorang murid sekolah
rendah hanyalah ibarat ‘janji kacang putih’
yang muncul setiap kali tiba musim pilihan
raya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, ia berbeza
dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)
yang sejak sekian lama membelanjakan
sehingga RM35 bilion setiap tahun untuk
membangun dan memacu program
pendidikan negara, antaranya prasekolah.
Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan
mengapa tawaran RM200 hanya dijanjikan
untuk penduduk Sarawak sedangkan tidak
ada ganjaran seumpamanya dikeluarkan
untuk rakyat di Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan Kelantan yang ditadbir pembangkang.
“Kalau hendak dikirakan RM200 itu apalah yang
ada.., dalam satu bulan sudah habis sedangkan
kita tanggung percuma persekolahan anak-anak
kita dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
menengah sehingga masuk universiti.
“Ini hanyalah tawaran-tawaran manis semasa
pilihan raya, jangan penduduk Sarawak gadai
masa depan kerana terpengaruh dengan ganjaran
seperti ini, ” katanya.

***

"Janji melayu" dekat kerdau dengan merlimau ape cerita?

Orang jengka apa cerita? Dah dapat ke?

Orang kerdau apa cerita? Da setel semua?

Apa cerita? Apa cerita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan