Ahad, 10 April 2011

sebutir epal

tak. Tak. Wa tak cerita pasal blogger. Tak ada kena mengena dengan yang akan mati, atau yang dah mati.

***

Ada sepohon epal yang subur. Berbuah setiap musim.

Semua buahnya masak ranum.

Ada sebutir epal, berbuah di dahan paling tinggi. Sebutir buah itu, paling sedap, masak ranum, merah merenggah.

Sampai masa tukang kebun petik epal. Pemetik epal itu pun petik epal yang senang-senang dekat dahan bawah.

Satu, satu.. Epal di dahan yang rendah dah makin kurang. Epal di hujung dahan tu hairan.

'apahal diorang ni tak petik petik wa ni,'

dia dah mula bengang sebab orang tak petik dia. Padahal dia lagi merah dari yang bawah.

'ah, baik wa gugurkan diri sendiri, untung-untung diorang ambik,' fikir epal yang rasa dirinya best itu.

Lalu dia pun gugur lah ke tanah. Tukang kutip buah tak sedar pun dia gugur. Sehari. Dua hari. Epal lain di barisan atas orang dah mula petik.

Tapi epal tadi yang gugurkan diri busuk di tanah. Busuk la dia di tanah begitu sahaja tak ada orang nak pun.

Tamat.

***

Lu dapat tak cerita ni? Itu lu punya hal.

Kih kih kih

2 ulasan:

  1. pasal wanita....

    wanita yang gugurkan diri dia ke tanah tu sebab dia nak dpt perhatian lebih dr lelaki2..dia rasa dia tak laku..sebab tu dia jatuhkan diri ke tanah..supaya dapat perhatian dr lelaki2..

    padahal dia tak tahu..lelaki2 mesti nk yang fresh..tak mau mende yang kotor....

    itu pendapat wa..kalau salah betolkan..hehehe~

    BalasPadam
  2. yes!

    power arh cik bella. :)

    wa suka. wa suka.

    BalasPadam