Khamis, 12 Januari 2012

Menengok diri sendiri.

Dalam beberapa ketika, gua rasa ada benda tak betul yang gua tengah buat sekarang. Betul, itu memang perasaan gua. Tapi setengah dari perasaan itu, gua rasakan dipengaruhi oleh faktor asing yang turut sama dalam menjalankan kehidupan.

Gua bukan jenis tak tau langsung hal agama. Bukan tak tahu hal halal haram agama. Gua khatam quran tiga kali sebelum baligh, sekali lepas baligh.

Sudah semestinya gua tahu isi botol chivas reagal yang sudah menjalankan tugas menjadi ashtray tepi kepala belah kanan tempat pembaringan gua sekarang ini ada haram disisi agama. Tapi gua togak juga tanpa fikir sekali.

Gua umur bukanlah kecik sangat. Sedang-sedang umur begini kalau 40 tahun lepas anak dah dua, dan dah berusaha mengepung tanah di kampung, membuat dusun buah-buahan serta bersawah untuk memberi makan perut seisi keluarga.

Tapi gua masih lagi berperangai tak dan hujung bulan, paling lambat empat hari lagi nak gaji duit dah habis dan makan biskut cap ping pong sementara menunggu hujung bulan gaji. Gua tak kisah, itu pengalaman gua untuk kekuatan hari-hari selepas ini.

Sekali-sekala balik kampung gua dengar juga mak gua sound masa tengah mengacau teh o dalam teko, 'aok ni pipi cengkung, badan kurus, molek sangat dah kalau ada orang nak menjaga makan minum, nak harap ke mama, kadang teh o tak dan habis secawan aok dah hilang..'

Gua diam. Tak baik menjawab mak kabor mende-mende. Hirup teh o dalam cawan tak pe. Gua pasang rokok sebatang, asap hembus ke tepi, mengikut arah angin.

Dalam kepala gua terkenang baki akaun dalam bank sesudah gua transfer duit ke akaun kereta beberapa hari lepas, RM 215.49. Dalam hati kecil gua menjawab, 'diri sendiri pun tak tertanggung lagi mama..'

4 ulasan:

  1. menjadi seorang lelaki ni, banyak jugek tanggungjawabnya keh rasa.


    aok orang pahang ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak tak de rasa-rasa dah. Hehe

      iyep.

      Padam
  2. abang ni lagi lah. makwe ade, duit nak kawin takde

    BalasPadam
  3. gua pun gitu juga bang. Bakal mak mertua pun dah slek je gua tiap-tiap malam pekena nasi lemak free. Haha

    BalasPadam