Sabtu, 31 Disember 2011

2012

Bila bercakap hal 2012 secara auto otak gua menangkap iklan syampoo rambut. Iklan pesen main hari kiamat ni memang gua tak berkenan betul. Dah tu mende kaitannya pula kiamat dengan kelemumur.

Gampit, dah tercerita mende tak pekdah. Sebenarnya gua nak cakap hal 2012 ni la. Malam ni masuk la 2012. Cilake apa nak sambut tahun baru 2012, Padahal Awal Muharram tak ambik cuti pulun gaji dabel elaun cuti am. Ah, melalut lagi dah gayanya ni.

Sempena kedatangan 2012 yang bakal tiba beberapa jam dari sekarang ni, ikhlas gua cakap, gua rasa macam biasa je. Tak rasa macam nak masuk tahun baru pun. Betul. Apa gila tahun baru nak rasa-rasa eksaited bagai, sedang Hari Raya Puasa pun gua rilek bangun-bangun tidur pekena winston dulu sebatang, lepas tu baru nak cari teh 0 dekat dapur.

Jadi, pertukaran tahun baru untuk 2012 gua malas nak beria-beria tukar langsir rumah sangat, timing belt kereta pun entah dah berapa ratus ribu kilometer dah lepas.

Gua dah rancang, tahun baru 2012 ni gua akan sambut di kedai nasi lemak makwe, pekena nasi lemak sama milo suam sambil tunggu kira detik jam 12. Canggih juga rancangan ini rasanya berbanding mengisap ganja di bilik tidur sambil layan berborak hal politik libya.

Aduh, apa ke bendanya yang gua melalut sangat ni.

1 ulasan:

  1. gaya lu melalut ni menunjukkan lu eksaited dengan tahun baru

    chill lah

    BalasPadam