Seorang manusia menukarkan kerja kepada duit. Konspirasi kerja dah ada orang tulis. Pandai-pandai cari sendiri dekat internet.
Bila kerja bertukar jadi duit pada hari-hari yang ditetapkan, manusia akan beratur di mesin keluar duit.
Semakin ramai manusia kerja, semakin banyak duit, maka semakin kuat mesin keluar duit kena buat kerja. Kerja keluarkan duit ni mudah, janji ingat nombor enam angka dan ada kad.
Gudang menyimpan duit ini kemudiannya menyediakan mesin keluar duit ini di merata tempat, termasuk di kedai runcit 24 jam sebelah kedai mamak yang juga buka 24 jam.
Dengan serta merta kerja selama 31 hari yang sudah menjadi duit tadi, akan bertukar menjadi jajan, air handred plus, teh, roti canai dan sebagainya.
Manusia-manusia ini tadi akan kembali mengulang-ulang perilaku yang sama, mungkin sampai mereka mati. Tidak diketahui pula apa perilaku manusia ini sekiranya mereka tiba-tiba teringat kiamat dan membuat kerja yang menjadi pahala, kerja tabligh dakwah contohnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan