Isnin, 24 Oktober 2011

Cinta.

Sebelum gua bermakwekan makwe yang sekarang ini, gua pernah ada seorang makwe terlebih dahulu.

Mungkin, gua pun tak berapa pasti pasal gua sendiri tak pernah tahu punca dia minta diputuskan hubungan cinta suci tu, pasal jarak. Dia belajar di Johor Bharu. Gua pula bergelumang dia Kolumpo. Tiba-tiba dia minta dilepaskan tanpa sebarang alasan. Jiwang juga ayat gua ini.

Gua lepaskan, atas dasar orang dah taknak. Betul, gua sayang dia. Pada gua, itu pengalaman.

Kemudian gua bercinta dengan makwe gua sekarang ini. Kerja Tuhan memang ada hikmahnya. Dengan makwe sekarang ini, makan gua dia hantar ke tempat kerja. Memang gua bersyukur betul.

Hujung bulan lepas dia msg gua, jemput gua pergi majlis bertunang dia. Kata dia, 'bawak sekali makwe baru, orang nak kenal.'

Gua tak pergi. Gua kerja.

Malam ini, gua teringat kisah belajar bercinta ni. Alhamdulillah, gua tak mengalami masalah cinta macam dalam novel.

Panjang juga mencarut ni. Teringat punya hal la ni. Celaka betul.

3 ulasan: