Khamis, 8 September 2011

Sejarah II

Masa tingkatan dua, gua ada sambar baju ada gambar che guevara selai dekat bandel. 3 helai 5 ringgau. Lagi dua helai satu gambar hawai, satu gambar hello kitti tak silap gua la.

Pada baju che guevara tu ada tu tulis 'hasta la victoria siempre'. Gua tak ambik port langsung siapa che guevara, dan apa maksud ayat tu.

Satu hari ada warden gua tegur masa tengah makan dekat dewan makan asrama, 'saya taknak tengok lagi awak pakai baju kominis'. Terus gua bawak balik simpan dekat rumah.

Last sekali gua tengok baju tu dah jadi kain lap kaki bawah sinki dapur rumah gua.

Tadi gua pergi translate ayat pada baju tu dekat google translate,

bahasa melayu dia keluar ayat - 'seterusnya ke arah
kemenangan'.

Gua tak tau apa motif cikgu tu tak bagi pakai baju ada ayat motivasi yang begitu power macam ni. Mak gua lagi la. Tapi gua syak mak gua memang ingat baju tu kain buruk. Memang buruk sangat pun.

Kakakakakaka.

1 ulasan: