Jumaat, 16 September 2011

Deko bersama Mat.

Udoh rupa benda dah blog ni gua pun tak tahu.

Bila Bact kata blog gua buruk semalam, hati gua terus panas. Gua minum air sejuk, air sejuk menggelegak.

Gua nyala rokok pakai jari, hidup.

Terus gua deko deko deko blog.

Mujur keyboard tak cair.

Pengaruh restoran mamak 24 jam.

Bila orang-orang yang tak cukup berjaga siang, dan mahu menambah waktu berjaga pada waktu malam, restoran mamak 24 adalah pilihan terbaik, selain kedai tomyam yang tutup jam 3 hingga 4 pagi.

Mamak yang bijak mempergunakan sistem ekonomi kapitalis, kebanyakannya turut menyediakan perkhidmatan wifi percuma di restoran mereka.

Majoriti pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini adalah golongan pelajar yang tiada internet di rumah bujang, serta kutu-kutu MLM yang mahu berkempen.

Selain itu kutu bola juga sering menjadikan restoran mamak ini sebagai markas dan tempat untuk persatuan mereka.

Sebenarnya, gua tak tau apa nak cerita. Gampang betul.

Selasa, 13 September 2011

Blog dan adik perempuan.

Ah sudah wei. Adik perempuan gua suruh gua buat blog untuk dia pula.

Apa keburukan blog yang gua nak gebang ni?

Itu hari gua gebang keburukan kolej misi dah berjaya dah, masuk tingkatan 6 saja sudahnya dia.

Ni nak gebang keburukan blog, gua dah tak boleh cari point dah ni.

Tolong weh.

Khamis, 8 September 2011

Sejarah II

Masa tingkatan dua, gua ada sambar baju ada gambar che guevara selai dekat bandel. 3 helai 5 ringgau. Lagi dua helai satu gambar hawai, satu gambar hello kitti tak silap gua la.

Pada baju che guevara tu ada tu tulis 'hasta la victoria siempre'. Gua tak ambik port langsung siapa che guevara, dan apa maksud ayat tu.

Satu hari ada warden gua tegur masa tengah makan dekat dewan makan asrama, 'saya taknak tengok lagi awak pakai baju kominis'. Terus gua bawak balik simpan dekat rumah.

Last sekali gua tengok baju tu dah jadi kain lap kaki bawah sinki dapur rumah gua.

Tadi gua pergi translate ayat pada baju tu dekat google translate,

bahasa melayu dia keluar ayat - 'seterusnya ke arah
kemenangan'.

Gua tak tau apa motif cikgu tu tak bagi pakai baju ada ayat motivasi yang begitu power macam ni. Mak gua lagi la. Tapi gua syak mak gua memang ingat baju tu kain buruk. Memang buruk sangat pun.

Kakakakakaka.

Selamat hari sabtu

Selamat hari sabtu.

Anak muda bersedia.

Buat jadual untuk pergi rumah terbuka.

Kah kah kah.

Khamis, 1 September 2011

Sejarah

Lepas ni cikgu sejarah tak payah susah-susah lagi suruh budak-budak hafal nota salin nota bagai.

Sejarah akan jadi trend. Semua orang akan berborak hal sejarah.

Di mamak.
Di kopitiam.
Di warung pak jabit.

Kutu mlm juga mungkin akan sembang hal sejarah.

Terima kasih kepada mat sabu.