Isnin, 29 Ogos 2011

Ikon Sejarah Negara.

Sebenarnya lu orang boleh cari sendiri dekat youtube. Bukan susah pun.

Tapi gua nak juga kongsi video ni.

Isu Mat Sabu ini sangat penting buat negara kita.
Isu Mat Sabu ini sangat penting buat Malaysia.
Isu Mat Sabu ini sangat penting buat kita.

Ucapan berani Mat Sabu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011 ini sangat penting buat Malaysia dan akan tercatat dalam sejarah revolusi Malaysia untuk 50 tahun akan datang.

Mat Sabu power. Mat Sabu berani. Mat Sabu tak takut ISA. Mat Sabu tak takut ONMU.

Ya, selama ini, kita rakyat dimomokkan dengan cerita-cerita keganasan dan kekejaman komunis.
Ya, selama kita ditakutkan dengan pengganas yang mahu Malaya merdeka dengan angkat senjata dan tembak askar gurkha british adalah pengganas dan mahu buat negara komunis di Malaya.
Ya, selama ini dalam buku teks sejarah sekolah menengah ajar anak-anak Malaysia bahawa KMM (Kesatuan Melayu Muda), API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar), Rashid Maidin, Abdullah Cd, Mat Indera, Shamsiah Fakeh adalah pengganas, pembunuh dan kejam.

Isu Mat Sabu ini akan jadi sejarah negara. Isu Mat Sabu ini akan jadi besar. Isu Mat Sabu ini akan beritahu ramai orang pasal sejarah Malaya merdeka yang menipu.

Mat Sabu akan jadi ikon sejarah Malaysia untuk generasi kita.
Mat Sabu akan ubah sejarah Malaysia yang menipu selama ini.
Mat Sabu ialah hero.


Kita akan jadi generasi pertama yang tahu harga tumpah darah berperang mahu merdeka.
Kita akan jadi generasi pertama yang bangga dengan Melayu yang angkat senjata halau penjajah.
Kita akan jadi generasi pertama yang mengubah Malaysia menjadi lebih baik.

Sekarang ini mesti Mat Sabu sudah kena tangkap.
Sekejap lagi mesti keluar berita Mat Sabu kena tangkap ISA.
Hari esok akan keluar berita Mat Sabu pengganas komunis.
Hari lusa akan keluar berita NGO buat laporan polis beramai-ramai.
Kita tunggu. Kita tunggu. Kita tunggu.

Orang-orang kampung akan berborak di gerai pasal Mat Sabu.
Makcik Felda akan berborak pasal Mat Sabu.
Mat forum meja mamak wifi akan berborak pasal Mat Sabu.

Mat Sabu akan jadi ikon yang berani me"mainstream"kan kisah perjuangan angkat senjata mahu merdeka dari diborak pecinta-pecinta sejarah sahaja.

Tahniah Mat Sabu. Tahniah.
Tribute untuk Mat Sabu yang berani. Tribute.

Tribute

2 ulasan: