Selasa, 16 Ogos 2011

Mat dan Min : Menangis.

Min datang pada Mat dengan mata merah dan sedu macam baru lepas menangis.

Mat : Kamu menangis.
Min angguk.
Mat : Kenapa?
Min diam.
Mat : hm....
Min diam.
Mat : Tak suka kamu menangis depan saya.
Min diam.
Mat : Kamu tahu kenapa?
Min geleng kepala.
Mat : hm... Kamu ingat tak tiap kali saya datang pada kamu macamana?
Min angguk.
Mat : Macamana?
Min : Senyum.
Mat senyum.
Mat : Apa kamu rasa?
Min : Suka.
Mat : Itulah. Kalau saya datang pada kamu dengan tangis?
Min diam.
Min senyum.
Mat senyum.
Mat : Cantik, sebenarnya saya tak suka kamu datang pada saya dengan tangis pasal kamu sangat hodoh masa kamu menangis.
Min muncung bibir.
Mat : Begini lagi cantik.
Min senyum dan ketawa kecil.
Mat sapu kesan alir air emata pada pipi Min dengan ibu jari. Min masih tersenyum. Esaknya hilang.

...

Jika aku tempat kamu berkongsi kesedihan, kongsilah. Biar kamu tersenyum, dan aku sebenarnya tempat untuk kamu tersenyum.

Lelaki, bila seorang gadis sedang menangis datang pada kamu lalu dengan serta merta tangis bertukar tawa, kamu adalah insan yang sangat istimewa buat dia.

15 ulasan:

  1. ini cerita masa belum kawin.keh keh~~

    BalasPadam
  2. Lepas kawin cemana plak abam buj?Lepas kawin cemana plak abam buj?

    BalasPadam
  3. Lepas kawin cemana plak abam buj?Lepas kawin cemana plak abam buj?

    cpt la kasitau
    excited neh
    hahahha

    BalasPadam
  4. "Jika aku tempat kamu berkongsi kesedihan, kongsilah. Biar kamu tersenyum, dan aku sebenarnya tempat untuk kamu tersenyum."

    "Lelaki, bila seorang gadis sedang menangis datang pada kamu lalu dengan serta merta tangis bertukar tawa, kamu adalah insan yang sangat istimewa buat dia."

    Sweet~~"Jika aku tempat kamu berkongsi kesedihan, kongsilah. Biar kamu tersenyum, dan aku sebenarnya tempat untuk kamu tersenyum."

    "Lelaki, bila seorang gadis sedang menangis datang pada kamu lalu dengan serta merta tangis bertukar tawa, kamu adalah insan yang sangat istimewa buat dia."

    Sweet~~

    BalasPadam
  5. nape rase sangat best ye? hihi

    dill.

    BalasPadam
  6. Keh keh~next entri aku jawab..

    BalasPadam
  7. mana nak cari lelaki tu nih.aisy..

    BalasPadam
  8. Orait2 abam buj. :)

    broken_nigina, dimana saja. Tak perlu cari. Dia datang sendiri pada kamu. Mohon pada yang MAHA Pemurah. :)

    BalasPadam
  9. i hope there is someone out there who can lend me his shoulder to cry on and wipe my tears..soooo sweet :)
    oh,,gedik ! haha..

    BalasPadam