Khamis, 4 Ogos 2011

Diari Ramadhan - '97

Tahun 1997 gua darjah dua. Tahun ini gua mula berjinak-jinak dengan sesuatu bernama puasa. Sebelum memang gua dah tau puasa itu tak makan dan tak minum. Tapi gua tak peduli sangat.

Gua cuma peduli hal raya, yakni hal-hal baju baru, baju melayu, balik kampung dan duit raya.

Tapi masa darjah dua itu gua mula belajar puasa, yakni yang gua paham, tak makan serta tak minum.

Sekarang tahun 2011. Gua sama macam 1997. Tapi gua dah besar. Gua fikir panjang sikit, apa guna gua tak makan tak minum tahan lapor, tapi ibadat lain gua hancur. Puasa gua hancur. Sama macam 1997, walaupun sekarang dah 2011.

2 ulasan: