Jumaat, 1 Julai 2011

Darah pejuang

Gua orang Pahang. Anak jati Pahang. Bab nenek moyang, itu gua tak tahu.

Dari cerita atuk gua yang dan (sempat) dengan Penjajahan jepun serta Orang Putih, kami adalah cucu cicit Dato' Bahaman. Atuk gua sendiri adalah cicit betul kepada Dato' Bahaman belah bini dia.

Gua suka juga dengar atuk gua cerita. Tapi dia punya cerita jenis payah nak habis. Iklan pun tak ada masa nak masuk campur. Itu yang gua tak daya tu.

Pernah juga gua minta dia cerita pasal komunis. Marah betul dia, "pasal kemeneh ni tak boleh, jangan sebut nanti tangkak dek poleh," kata atuk gua gaya orang berbisik.

"Pasal apa tak boleh tuk?" gua tanya suara perlahan-lahan tepi telinga dia.

"Tak boleh. Poleh maroh, nanti kena tangkap," jawab atuk gua. Sama saja alasannya.

Jadi gua buat kesimpulan sendiri, mungkin atuk gua ada benda yang dia fobia pasal hal-hal komunis ni.

Tapi ada sekali dia cerita pasal dia dengan dua orang kawan dia, orang kampung gua juga. Dua-dua orang dah arwah, atuk gua saja yang hidup.

Atuk gua cerita, dia dengan kawan dia dua orang tu pernah kerja hantar garam ke Taman Negara buat bagi makan gajah. Peh. Power juga atuk gua ni. Gajah pun nak bagi makan garam serupa lembu kambing. Tapi gua syak lain macam juga. Jadi gua tanya benda yang gua syak itu.

"Ada orang bela gajah ke di Taman Negara tu tuk?" tanya gua.

"ada, gajah orang buat tarik balak," jawab dia komfiden. Gua angguk tanda faham.

Gua tak puas hati. Apa gila kerja hantar garam. Gajah bukan binatang bela macam lembu kambing. Nak tanya kawan dia tu, dah mati pula.

Mungkin abah gua tahu, fikir gua. Gua tanya dia.

"dulu dia orang tu kerja hantar bekalan makanan ke gerila dalam hutan, makanan tu bungkus dalam garam, bila siapa-siapa tanya dia kena jawab macam tu saja, hantar garam bagi makan gajah," cerita bapak gua. Peh. Power juga atuk gua. Gua tanya pasal apa atuk gua tak cerita pasal komunis, polis marah.

Bapak gua kata, itu saja benda yang dia boleh sebut bila orang tanya pasal komunis, tak kira siapa pun tanya, sampai ke mati.

Peh. Rupa-rupanya dalam darah gua memang dah ada darah pendekar-pendekar ni. Padan la gua asyik rasa nak berjuang saja.

Malam ni pun gua nak pergi berjuang dah, berjuang mesin kelapa rumah orang kenuri kejap lagi ni karang. Gua tengok lebih kurang, pergi 600 biji juga ni. Tengok kawah gulai saja dah 6. Tapi kalau kawan gua yang tengah bertugar ni ada power serta tangan tak reti lenguh, gua main internet sajalah.

Peh, panjang juga gua mencarut sambil pekena sirap bandung sama surya kenduri ni.

3 ulasan:

  1. wow! panjang entri ini :)

    dengar cerita orang tua mmg best. banyak pengalaman

    dill.

    BalasPadam
  2. cucu dato2 bahaman rupanya aok ni ek... keh pon anak jati pahang gak... hehe!!~



    ^^

    BalasPadam
  3. dill,
    Peh. Cargas juga komen. Power2.

    bella,
    Hehe. Gua tak tahu . Atuk gua yang cerita.ua tak tahu . Atuk gua yang cerita.

    BalasPadam