Khamis, 9 Jun 2011

Santai bersama Mat Ashaari

Tadi siang gua tidur.

Kemudian gua bangun tidur. Untuk bangun dari tilam itu gua perlukan beberapa step.

Mula-mula gua perlu gagau rokok. Biasanya bawah bantal. Kadang-kadang kalau rokok tu sejuk dia port sekali dengan gua dalam selimut.

Kemudian, bila dah ada rokok gua perlukan lighter. Biasanya lighter port sekali dengan rokok.

Dah lengkap, gua cucuh rokok sambil baring.

Fade in.

Barulah gua akan bangun dari tilam dan hidup macam orang lain.

Mandi. Gosok gigi. Minum air. Tengok sms masuk sebelum tidur tak sempat baca. Bersiap. Keluar.

Peh. Santai juga hidup gua rupanya.

Oh. Lupa nak bagitau, kerja gua adalah berjaga malam.

Santai... Santai...

4 ulasan: