Khamis, 9 Jun 2011

Minum.

Gua minum air di satu gerai kanopi. Air teh cawan.

Masa tu gua minum sorang sambil usha makwe-makwe, lalu lalang.

Gua pasang rokok, kemudian tarik ashtray kasi dekat.

Gua hisap sambil usha makwe.

Tap.

Gua renjis habuk rokok dalam ashtray.

Tiba-tiba hati gua rasa tak sedap. Rasa lain macam. Gua rilek dulu pandang makwe, gua tengok meja.

'makcik, teh lagi satu,' jerit gua tak berapa kuat sambil tengok teh dalam cawan yang baru gua minum dua hirup dengan perasaan hiba.

7 ulasan:

  1. khabarnya teh tarik campur habuk rokok amat banyak khasiat~

    BalasPadam
  2. bujal,
    cis. Tak sanggup la nak telan. Haha

    BalasPadam
  3. isap asap
    minum abu..

    okay la tu..

    BalasPadam
  4. teh campo nikotin. fuh :)

    dill.

    BalasPadam
  5. bact,
    haha. Bagus. Serdak teh boleh lagi kalau tak sengaja. Ini habuk rokok.

    Dill,
    mane ada nikotin dah habuk rokok.

    BalasPadam