Jumaat, 3 Jun 2011

Jumaat

Sempena hari jumaat yang mulia ini, gua rasa patut juga untuk bersopan-santun sedikit.

Sedangkan makwe kedai topup yang pakai skirt paras paha tu boleh pakai baju kurung hari jumaat, gua apatah lagi.

Jadi gua rasa mahu guna kata ganti nama diri saya agar tampak lebih sopan dan jumaat.

Test. Test.

Tadi sekejap, lepas solat jumaat saya pergi makan tengahari di kedai menjual makanan, namanya borak-borak cafe.

Saya makan nasi ayam dan minum nescafe o ais. Makwe saya kata brader yang kerja di situ tak hensem langsung. Saya makan sahaja. Komen makwe saya langsung tidak menggugat selera makan saya.

Kemudian, sedang makan saya tengok seorang makwe sedang lap sudu guna tisu. Makwe itu tak cantik sangat. Tapi saya tak mahu komen apa-apa.

Sedang dia lap sudu, ada satu sudu jatuh ke lantai. Dengan rilek serta tak pandang kiri kanan, dia ambil sudu yang jatuh lalu masukkan dalam bekas sudu, bersama sudu-sudu lain.

Saya rasa amat celaka sekali, dan makan di kedai makan ini adalah satu kemalangan.

Saya bayar nilai makanan dan terus blah.

Sekian.

2 ulasan:

  1. seharusnya kamu menegur insan yang bersalah itu.supaya yang lain tidak mendapat kecelakaan sakit akibta penggunaan kulteri yang tercemar.

    *berkata saya dengan penuh nada sopan~

    BalasPadam
  2. sungguh tak sopan perempuan begitu.
    harus di tapak di muka
    dan beransur pulang

    BalasPadam