Khamis, 12 Mei 2011

Kenangan saya dengan basikal resing 6 gear

Kali ni gua betul-betul nak pos entri.

Gua kali pertama dapat basikal masa umur 10 tahun. Bapak gua beli sebab dia dah tak larat nak hantar gua pergi mengaji hari-hari rumah Poksoh. Gua tak tahu lah hidup lagi ke tak tok guru mengaji gua tu sekarang ni.

Berbalik kepada basikal, sebenarnya masa gua kecik sebelum tu gua dah ada basikal kecik roda belakang ada backup rasanya. Gua ingat-ingat lupa.

Gua tak tau silap gua ke silap bapak gua sebab beli basikal resing ada 6 gear tu, bermula la gua into scene lencong mengaji, pergi mandi sungai dalam ladang sawit. Kalau tak mandi sungai gua pergi menangguk ikan laga pakai guni bawang.

Ada sekali tu gua rasa gua dah lebih sangat, seminggu seterit gua lencong mengaji pergi cari batu permata dalam ladang sawit, tok guru gua pergi report sama bapak. Makan juga getah paip dekat betis. Basikal resing 6 gear tu bapak gua gantung pada tiang beranda rumah, gua tengok hari-hari pasrah. Terpaksa menapak pergi mengaji...

2 ulasan:

  1. haha..tu ler lencong lagi ko..dpt getah paip setepek..

    oh?entry ko kali ni macam panjang sikit la..hukhuk !

    BalasPadam
  2. malang kamu~aku darjah dua mak aku da belikan basikal tahu! cuma aku budak baik~~tak melencong gi kebun sawit~haha~~

    BalasPadam