Rabu, 18 Mei 2011

Ikan laga

Ni cerita gua masa darjah 4 tak silap. Masa ni tengah musim ikan laga tengah naik. Felda gua ni banyak betul musim.

Gua ingat ada musim wau, musim ayam serama, musim burung, musim jual tikam, dan berbagai lagilah. Musim haji gua tak masuk sangat, cuma ada la sekali gua ikut pergi hantar atuk gua ke lapangan terbang.

Masa rehat dekat sekolah dalam kelas kawan gua dah mula bincang projek ikan laga ni. Gua set je. Tugas gua ada mencari guni bawang yang macam jaring tu, sebab gua dekat dengan kedai runcit.

Petang tu gua lencong mengaji, masuk pot ikan laga dekat parit belakang rumah kawan gua. Kawan gua cerita, parit tu pot ikan laga harimau benggala. Spirit gua naik.

Mula-mula turn gua dengan sorang kawan, masing-masing pegang bucu jaring guni bawang. Sekali sauk bersepah ikan naik. Keli, sepat, haruan, tongsan dan anak jaws. Tapi kitorang buang saja, spirit ikan laga dah merasuk kitorang.

Sekali lagi sauk, ya! Menggelepar ikan laga warna kelabu belang-belang besar ibu jari. Mungkin inilah yang dikata ikan laga harimau benggala. Gua kata gua nak ikan ni. Kitorang cari lagi dua ekor sebab kitorang bertiga.

Ikan jenis lain macam pari dan gelama memang kitorang tak layan, campak-campak saja ke kucing yang menunggu di tebing.

Dah dapat tiga ekor, semua spesis harimau benggala. Gua jadi pelik, sepatutnya spesis ni adalah sukar ditemui dan kuat semangat laganya. Tapi gua diamkan saja.

'mu nok tahu, kalu nok bagi ike ni kuat, keno letok ike ni tempak gelap,' ajar kawan gua. Gua angguk tanda faham.

'tempat gelap tu lagu mano, bawah katil boleh?' tanya gua mahu kepastian.

'mu tanam dalam tanoh,' kata kawan gua. Gua angguk tanda faham.

Petang tu juga gua tanam botol cuka besar tu dalam tanah. Ikut kata kawan gua tu, makan masa dua minggu baru ikan tu kuat. Spirit gua naik.

Selesai tanam, gua berdiri cekak pinggang. Dalam hati gua, ikan laga harimau benggala gua bakal jadi champion peringkat asia.

Dua minggu kemudian gua cabut botol dari tanah. Ikan gua dah mati. Semenjak hari tu baru gua tau, ikan perlukan makanan, bukan minum saja. Gua kecewa, gua buang botol tu dalam semak berhampiran. Ini konspirasi paling besar yang gua pernah terlibat masa darjah-darjah.

3 ulasan:

  1. Gila innocent masa lu kecik2. Kah kah kah

    BalasPadam
  2. kah kah kah
    lu tanam 2minggu je
    gua tanam 2 bulan..
    air pon kering weh..

    BalasPadam
  3. roy, haha. Tu la. Ala, bukan ramai budak rasa mende macam ni masa kecik.

    Back, peh. Lagi melampau 2 bulan...

    BalasPadam