Isnin, 23 Mei 2011

Cewah II - Penutup

Blog hilangpunca sudah tutup.

Untuk gua, hilangpunca adalah satu-satunya bahan bacaan yang mampu jadi sumber inspirasi gua. Tak keterlaluan rasanya kalau gua kata, hilangpunca tempat gua belajar apa itu 'prinsip'.

Mungkin pada Pipiyapong hilangpunca cuma tempat beliau berkarya, mungkin beliau tak sedar ada antara pembaca hilangpunca, hidup dan jadi orang kerana hilangpunca.

Mungkin, inilah jawapan teka-teki design kulit hilangpunca.

'kini semua orang pun mahu menulis macam Pipiyapong' adalah satu fenomena. Umpama Search dengan Isabella. Umpama Kurt Cobain dengan Grunge. Umpama Anwar Ibrahim dengan Reformasi.

Pipiyapong dengan hilangpunca adalah fenomena dunia penulisan blog.

Entri terakhir hilangpunca, 'scene burger yang pincang' gua kira hint untuk beliau bunuh hilangpunca. Apa pun alasan Pipiyapong tutup hilangpunca....

Ah, malaslah gua nak menaip panjang-panjang, sukahati dia la nak tutup ke nak apa.

4 ulasan:

  1. 'kini semua orang pun mahu menulis macam pipiyapong'

    nice

    BalasPadam
  2. sampai bilakah "kah kah kah" ini mampu bertahan

    BalasPadam
  3. semoga arsenal terus dengan art nya tersendiri.

    BalasPadam